Tuesday, September 5, 2017

Tips untuk mengenal lelaki sebagai calon suami

Suami adalah nakhoda atau ketua dalam satu keluarga. Tidak dinafikan peranan lelaki amat penting sebagai ketua keluarga yang mampu untuk memimpin untuk keluarga bahagia. Dalam entry kali ini, teman ingin kongsikan beberapa tips untuk kaum wanita memilih lelaki sebagai calon suami mereka.




Agama
Macam mana nak tahu ciri-ciri lelaki yang memiliki didikan agama yang baik? Mudah saja, perhatikan saja calon lelaki itu samada mereka menjaga solat mereka atau tidak. Solat adalah tiang agama. Solat adalah hubungan manusia dengan penciptanya, Allah. InsyaAllah, lelaki yang menjaga solat mereka, mereka akan menjaga hubungan mereka sesama manusia.

Akhlak


Akhlak adalah keperibadian seseorang itu yang di bentuk melalui didikan keluarga. Akhlak boleh ditafsirkan sebagai perangai, tabiat, kelakuan. Akhlak yang baik perlu ada pada diri seseorang suami yang akan membimbing keluarganya ke jalan yang diredhai Allah. “Sebaik baik manusia adalah yang paling baik akhlaknya.”

Menjaga kebersihan diri
Kebersihan adalah sebahagian dari iman. Bila diri kita bersih, InsyaAllah tubuh badan dan minda akan sihat. Bila semuanya sihat, InsyaAllah dia akan dapat membimbing keluarganya ke jalan kebaikkan. Mereka yang mementingkan kebersihan diri tidak merokok. Umat Rasulullah s.a.w tidak akan merokok. Merokok merosakkan tubuh dan memudaratkan kesihatan. Hindari lah mereka yang merokok.

Berfikiran matang
Cari la lelaki yang berfikiran matang, bijak berfikir, boleh menerima pendapat orang lain serta boleh di ajak berbincang untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Kebanyakkan mereka yang berfikiran matang mempunyai perancangan hidup yang lebih baik.

Mempunyai persamaan
Persamaan ini adalah dari segi kegiatan di masa terluang. Ini dapat mengeratkan lagi ikatan cinta dan memahami di antara satu sama lain. Pasangan kita itu adalah mereka melengkapi kehidupan kita. 

Tidak panas baran dan cemburu buta
Hindari lah lelaki jenis ini. Menurut pemerhatian teman, mereka yang bersifat panas baran dan cemburu buta ini berasal dari keluarga yang mempunyai sifat yang sama. Sifat ini akan berkurangan apabila mereka semakin berusia. Jika kome sanggup menjadi punching bag dia, sila la terima mereka ini.


1 comment :

  1. jika menerima lelaki yang panas baran maka kesabaran yang jadi penentuan..

    kurang sabar maka tak lama la jadinya.

    janji tahan emosi kena maki atau fizikal kena terajang maka boleh la cuba dengan lelaki panas baran..

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...