Wednesday, October 14, 2020

Check in My Sejahtera Apps

Sejak Covid-19 melanda negara kita nie, setiap pergerakkan kita perlu di rekodkan. Sama ada dengan menulis di buku atau mengunakan applikasi smart phone. Salah satunya adalah pengunaan applikasi MySejahtera. Kalau pergi mana-mana mesti kena check in apps MySejahtera tu. Tapi, kita kebiasaannya check in untuk diri kita sendiri saja. Pada hal, boleh je masukkan nama ahli keluarga kita yang lain tu.

MySejahtera

Macam mana nak masukkan sekali nama parents, anak dan isteri kalau kita bawak sekali? Ini yang teman nak kongsikan disini. Kalau polis semak pada senarai nama atau menerusi applikasi MySejahtera tu, siap la kome melayang RM1K tu.

Tahukah kome, melalui applikasi MySejahtera, sorang je check in dah cukup... tak perlu check in beramai-ramai... dan tak perlu beratur panjang lagi. Ini dapat mengelakkan perhimpunan beramai-ramai dan sosial distancing. Ok, macam mana nak buat...?

Mudah saja caranya :

1) Buka Apps MySejahtera. Kemudian pergi home MySejahtera. Bahagian atas kanan tekan 'More'.

MySejahtera

2) Pilih ‘Manage Dependents’.

3) Kemudian ‘Add dependents’. Boleh letakkan sekali details parents, anak dan isteri yang selalu keluar dengan kita.

MySejahtera

4) Dah isi banyak-banyak. Jangan lupa save. 

5) Waktu nak check in tick saja nama orang yang kita bawa. Kalau tak ada tak perlu tick. Kemudian check in macam biasa.

Selamat check in nama parents dan anak kita sekali atau nama-nama lain dependents yang bersama kita. Tak melanggar SOP dan beratur panjang check in setiap orang.


6 comments :

  1. saya keluar sorang jer..

    bukan kemahuan begitu tetapi keadaannya begitu hehehe

    ReplyDelete
  2. Senang kan. Sorang je check in dan pilih nama yang ada je. More better tak perlu beratur panjang nak kena check in sorang sorang.

    ReplyDelete
  3. ohh now i know..thank u share ya

    ReplyDelete
  4. Dah buat. Senang kalau tak bawa handphone. Partner tolong check-in.

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...