Thursday, June 25, 2015

Petua : Untuk gigi putih bersih

Petua untuk penjagaan gigi supaya putih dan bersih. Senyuman akan lebih menarik dengan gigi putih tersusun rapi. Sebelum ini, teman ada berkongsi beberapa petua berkenaan penjagaan gigi. Klik link di bawah jika hendak membacanya.

Gigi putih bersih

Gambar ehsan Google.


  1. Petua untuk memutih dan menguatkan gigi dengan mengunakan halia
  2. Memutihkan gigi dengan soda bikarbonat dan lemon


Dalam entry hari ini, teman hendak berkongsi satu petua berkenaan penjagaan supaya putih dan bersih. Petua ini adalah amalan orang tua-tua dahulu. Caranya macam nie.

Hirisan pinang

Gambar ehsan Google.

Mula-mula, dapatkan sebiji pinang, kemudian bakar sehingga hangus. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk halus. Serbuk ini kemudiannya boleh lah disimpan didalam bekas kedap udara untuk memastikan ia sentiasa kering.

Macam mana nak gunanya. Senang jer. Ambil sedikit serbuk pinang hangus nie. Kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Selepas itu, gosokkan pada gigi dengan mengunakan jari. Kalau hendak mengunakan berus gigi pun boleh jer. Lakukan ini setiap hari pada waktu pagi dan malam sebelum tidur.

Selamat mencuba.

1 comment :

  1. orang lama2 pasti menggunakan cara ni...skrg pinang pun payah nak cari..

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...