Thursday, June 25, 2015

Petua : Untuk mengatasi masalah kembung perut

Orang dewasa juga ada yang mengalami masalah kembung perut. Masalah kembung perut akan menjejaskan aktiviti seharian kita. Sebelum ini, teman ada kongsikan petua kembung perut yang dihidapi oleh bayi. Klik disini untuk membaca petua tersebut.


Gambar ehsan Google.


Ok, caranya mudah saja. Mula-mula dapatkan sebuku halia sederhana besar. Halia ini kemudiannya dibersihkan dan potong kasar. Setelah tumbuk potongan halia tersebut tetapi tidak sehingga lumat.

Gambar ehsan Google.

Kemudian, masukkan halia tersebut kedalam gelas dan tuangankan air panas mendidih anggaran setengah gelas. Kemudian, tutup permukaan gelas itu dengan piring dan biarkan selama 10 minit. Kemudian, tapis dan bahagikan air tersebut kepada dua bahagian. Sebahagiannya di minum terus dan sebahagian lagi di simpan didalam peti sejuk. Sekiranya perut masih lagi terasa kembung, ulang meminumnya sehingga perut terasa lega.

Selamat mencuba,

3 comments :

  1. halia buat sambal.. huish sedap nye.. eh eh? hiks

    ReplyDelete
  2. pernah minum air kunyit waktu pantang..harap2 boleh la minum jika terkena dan cuba cara tradisional...

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...