Thursday, October 23, 2014

Petua : Senyuman menawan dengan gigi putih

Macam mana nak dapatkan gigi putih bersinar? Senyuman akan pasti lebih menarik dan menawan dengan gigi putih tersusun rapat. mmm... hari nie teman nak kongsikan petua pasal gigi pulak. Pernah tak kome terfikir celebriti, artis-artis or sapa sapa-sapa yang bila senyum dah nampak giginya putih melepak tanpa sedikit pun kotoran. Mesti kome fikir dema tu melaburkan banyak duit untuk buat treatment untuk memutihkan gigi. Ada betul tak?

Untuk buat treatment gigi nie of course la mahal. Sekali treatment lebih kurang RM80 hingga RM150. Itu pun tahan untuk sebulan je. So, mampu ke nak buat treatment tiap-tiap bulan.

Gigi putih

Dalam segment petua untuk entry ke dua hari, teman kongsikan petua macam nak dapat gigi putih dengan hanya bermodalkan lebih kurang RM1.50 je Anggaran saja nie tau...

Ok, caranya mudah saja... Dapatkan bahan-bahan di bawah nie...

  1. Sediakan 1 sudu soda bikarbonat
  2. Lemon atau limau nipis

Macam mana nak buatnya.

Ambik 1 sudu soda bikarbonat tuu..., Kemudian, perah hirisan lemon atau limau nipis ke dalam soda bikarbonat... Gaul sehingga sebati... Perahan lemon atau limau nipis tu biarlah berpada dengan soda bikarbonat tu yer... Jangan lah terlampau banyak sangat pulak...

Bila dah sebati tu, gosokkan campuran ini pada gigi kome tu untuk 2-3 minit. Lepas tu kumur dengan air bersih. Dah pun siap. Senang jer kan.

Amalkannya untuk dua kali sehari untuk kesan yang lebih efektif. Untuk gigi yang sensitif pulak boleh cuba petua nie dua kali seminggu.

Ok, Selamat mencuba ye.

1 comment :

  1. Bukan susah pun nak dapat gigi yang bersih ni. Boleh cuba juga ni.

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...