Jus buah-buahan sebagai pembasah tekak semasa berbuka puasa. Cuti-cuti di hujung minggu nie, teman merajinkan diri untuk ke dapur menolong dinda menyediakan juadah berbuka puasa. Tiba-tiba adinda bersuara nak minum honeydew milk shake. Kebetulan di rumah ada honeydew. Teman periksa peti sejuk, cari bahan yang sesuai. Tak ada pulak susu segar. Yang ada ais cream vanilla. Belasah saja la...
Ok inilah juadah pembasah tekak semasa berbuka puasa hari sabtu lepas. Teman kongsikan resepinya kat bawah nie.
Bahan-bahannya :-
- Sebiji buah tembikai susu / honeydew (di potong kecil-kecil)
- Ais cream berperisa vanilla
- Madu lebah
- Whipped cream (hiasan)
Cara membuatnya :-
Buah tembikai susu yang telah di potong kecil-kecil itu hendaklah di kisar halus. Kemudian campur bersama sedikit madu lebah (1-2 sudu makan) dan ais cream vanila (3-4 scope). Lepas tu, kisar sehingga halus.
Untuk special version, hidangkan bersama 1-2 scope air cream vanilla bersama topping whipped cream. perggg... memang best la... Boleh juga gunakan hirisan kecil buah honeydew sebagai hiasan.
Next time nak buat Coconut Milkshake pulak...
sedapnyaaa :)
ReplyDeleteuishhhh menggetar jiwa tgk shake ni...kalau tambah performance drink atau mealshake mesti lagu aummmmm....
ReplyDeletesinggah blogwalking! salam ramadhan :)
fuhhhhhh..nasib baca entri ni lepas buka puasa..kalau x..melelehhhh tgk gambar...huhuhuhu..lebih2 lagi sambil tgk ni...anak disebelah minum sirap sejuk.....
ReplyDelete