Thursday, March 12, 2015

Petua : Untuk melangsingkan badan

Cara untuk melangsingkan badan. Semua wanita impikan tubuh yang langsing. Sebelum ini, teman ada kongsikan beberapa petua untuk melangsingkan badan. Kome boleh klik link di bawah untuk membacanya.



Badan langsing

Gambar ehsan Google.

Petua nie perlu dijadikan amalan seharian, barulah berkesan. Ia perlukan komitment dan kesungguhan untuk berhasil.

  1. Jalan cepat. Pakai kasut yang cukup selesa agar kaki tidak melecet dan sihat
  2. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah dengan menaiki lif.
  3. Berenang selalu. Berenang dengan laju dengan nafas yang panjang.
  4. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-oto dan sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah.
  5. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantikkan dan merampingkan peha.

Perkongsian diatas perlu di jadikan amalan seharian untuk melihat keberkesanannya.

1 comment :

  1. yang kayuh basikal tu pernah buat
    memang bagus
    yang berenang tu tak pernah sebab tak pandai hehe

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...