Thursday, March 6, 2014

Petua : Mengecilkan peha yang besar

Masalah ke kalau kome mempunyai peha yang besar? mmm... entah la... Tapi kebanyakkan wanita sangat risau pasal benda nie. Pada pendapat mereka, mempunyai peha yang besar menjejaskan penampilan mereka. Semua wanita impikan peha yang seksi.


Ok, teman nak kongsikan petua macam mana nak mengecilkan peha yang besar tu. Kome tau tak jintan. Inilah jintan. Jintan nie ada dua jenis satu jintan putih dan satu lagi jintan manis. Yang diperlukan untuk ini ialah jintan manis ye... Jangan pulak kome amik jintan putih tu... jadi lain pulak nanti...

Gambar ehsan Google

Jintan boleh dijadikan penawar dalam mengatasi masalah melangsingkan tubuh badan seperti perut dan juga peha.

Caranya, rebuskan jintan. Biarkan mendidih seketika kemudian barulah diangkat. Tunggu air rebusan itu sejuk dan setelah itu, boleh lah diminum. Bagi melihat hasil yang positif, amalkan meminum air ini sebanyak 2 atau 3 kali seminggu.

2 comments :

  1. Boleh cuba tengok dengan cara jintan ni pula. Terima kasih akak.

    ReplyDelete
  2. nak minum tu xsanggup....xtahu rasanya..tapi nak kurus..exercise malas....acaner tu....huhuhuhu

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...