Monday, November 25, 2013

Warisan Anggoi Cafe

Tempat makan best di Saujana Utama Sungai Buluh. Pernah tak kome makan pisang goreng cheese?  Haa, inilah keunikan dan kelainan di Warisan Cafe nie. Sebenarnya, Warisan Cafe nie baru sahaja dibuka pada awal November 2013. Kiranya tak sampai sebulan lagi lah cafe ini beroperasi di sini. Selain dari tu, di Warisan Anggoi Cafe nie, ada jugak menu lain. Yang teman dah cuba steamboat dan laksa. Laksa nya best jugak, menepati cita rasa teman. Tapi, yang paling best sekali pisang goreng cheese.



Haa, kalau nak tahu sejak dibuka hari tu, dalam seminggu dah tiga kali teman ke Warisan Cafe nie. Sebab apa? Sebab teman nak makan pisang goreng cheese nie la. Rasanya... mmm... pisang gorengnya ranggup, lemak, manis, berkrim dan disukai ramai :)

Harganya satu set hanyalah RM5.00 jer. Ada lebih kurang 5-6 potong pisang. Lagi best menikmatinya sewaktu panas-panas. Sekali ngap, pergh... bestnya... Untuk pengetahuan, goreng pisang cheese nie hanya akan disediakan apabila ada tempahan. Maksudnya, kome akan menikmatinya panas-panas.





Warisan Anggoi Cafe nie terletak betul-betul bersebelahan dengan Shell Saujana Utama. Untuk lebih spesifik, nie alamatnya ;




No.17-G
Jalan Bidara 6/1
Saujana Utama Sungai Buluh
4700 Sungai Buluh
Selangor

Ok, nie adalah koordinate GPS untuk mereka yang mengunakan GPS


3.204701, 101.486831

Kalau ikutkan, Warisan Anggoi Cafe nie beroperasi pagi dalam pukul 8 sehinggalah malam. Setakat nie, pisang goreng cheese yang teman order tak pernah lah pulak kehabisan stoknya. Mungkin selepas entry nie di publish stok pisang goreng cheese nie cepat habis... hehehehehe... tak apalah, teman sekadar membantu sesama Islam.

Kalau kome ada rasa nak belanja teman makan pisang goreng cheese nie, rogger-rogger lah ye... 10 minit nanti teman sampai... :d

6 comments :

  1. lain macam jer pisang goreng cheese nie..ini baru pertama kali aku mendengarnya..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmm... Ko kena cuba try test dulu... kalau ko peminat cheese, mesti jatuh cinta punya lah... :)

      Delete
  2. Ada cheese kat rumah.. nak terai buat goreng pisang taruk cheese nie tengok apa rasa.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa... dah siap nanti kirim la kat rumah saya... nanti saya tolong komenkan...

      Delete
  3. ahad buka x?..nak terjah kedai ni...

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...