Sunday, March 10, 2019

Kuliah : Syukur

Mengikut pengalaman hidup yang singkat ini, kelihatan ramai orang berbuat amal kerana mengharap kurniaan yang AKAN datang dari tuhan. Tetapi tidak ramai yang beramal kerana menghargai kurniaan yang TELAH diberikan tuhan..


Ramai bersedekah, kerana mengharapkan balasan berlipat ganda. Tetapi tidak ramai bersedekah kerana menghargai rezeki harta benda yang telah dikurnia.

Syukur

Gambar ehsan Google.

Ramai solat dhuha, kerana mengharapkan rezeki bertambah. Tetapi tidak ramai solat dhuha kerana mensyukuri segala nikmat yang telah diterima.

Ramai membaca al-Quran, kerana mengharap kehidupan bahagia. Tetapi tidak ramai membaca al-Quran, tanda terima kasih kepada tuhan.

Ramai beramal untuk jadi kaya, untuk berjaya dalam pelajaran dan kerjaya, untuk mencapai cita-cita, tetapi tidak ramai beramal kerana mensyukuri nikmat kesihatan, nikmat memiliki keluarga, nikmat keamanan, nikmat kebahagiaan, dan berbagai lagi nikmat yang tidak dapat dihitung.



Gambar ehsan Google.


Kenapa begitu? Sedangkan Allah telah berfirman:

لئن شكرتم لأزيدنكم

"Sekiranya kamu bersyukur, nescaya aku akan tambahkan lagi ke atasmu..."

Bagaimana mungkin tuhan akan terus memberikan lagi kurnianya kepada kita, sedangkan yang telah diberikan sebelum ini pun kita belum mensyukurinya?

Sebelum minta apa-apa lagi dari tuhan, muhasabah dahulu segala yang telah diberikan sebelum ini. Apakah kita sudah ber'terima kasih' kepadaNya dengan selayaknya..

Renung-renungkan dan selamat beramal...



5 comments :

  1. Yang sedia ada hargai..syukuri.Moga nanti diberkati.Aamiin.

    ReplyDelete
  2. walain kafartum inna 'azaabi lasyadid...

    ReplyDelete
  3. syukur dengan setiap pemberian dariNya. insyallah lebih lagi mendatang.

    ReplyDelete
  4. Betul. kita nak minta lebih tapi apa yang kita beri kepadaNya?

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...