Dalam entry kuliah hari nie, teman hendak memanjangkan perkongsian ini. Kerap kita dengar orang menyalahkan takdir atas perbuatan dosa dan maksiat yang telah dilakukannya dengan sengaja. Dalam entry sebelum ini, teman ada memanjangkan perkongsian berkenaan “Apakah Allah telah menetapkan hambanya sesat”. Kome boleh klik disini untuk membaca perkongsian tersebut.
Telah dinyatakan di dalam Al-Quran bahawa berdalih dengan takdir adalah cara iblis dan orang-orang musyrik untuk membenarkan segala apa yang mereka lakukan.
Surah Al-An’aam, 6:148
Sumber dari portal surah.my
Allah telah mengutuskan Rasul-Rasul dan kitab-kitabnya sebagai panduan buat manusia. Apakah kita memilih untuk menjadi golongan yang mengikut hawa nafsu? Setiap perbuatan dosa dan kemaksiatan adalah merupakan pilihan dan kehendak hamba tersebut untuk melakukannya. Jadi jangan jadikan takdir sebagai alasan untuk kamu berbuat sedemikian.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
saya akui...bila banyak dosa...nak beribadah mun semakin payah
ReplyDeletemacam2 alasan utk cover kesalahan diri..namun Allah Maha Mengetahui hati hamba2Nya..
ReplyDeleteboleh x saya kaitan entry ni dgn statement yg selalu org sebut, bila bercerai... semua ni takdir. kenapa nk salahkan takdir bila jodoh tak panjang?
ReplyDeleteSebab dan akibatnya semua berpunca dari diri sendiri... Usaha dan tawakal... Dalam bab perkahwinan, suami dan isteri perlu berusaha sama-sama utk memperbaiki segala kekurangan... Kalau sorang je, memang tak jalan laa... Jadi, jangan salahkan takdir...
DeleteApapun terjafi atas diri Kita sebenat nya kan
ReplyDelete