Sunday, February 18, 2018

Kuliah : Lakukan 5 perkara ini sebelum tidur

Sekadar perkongsian. 🌻Cerita ini sangat menarik, tolong luangkan masa, tak sampai 5 minit untuk membacanya.

Suatu hari Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Ali ( R.A. ) :

Wahai Ali, lakukanlah 5 perkara ini sebelum kamu tidur...

◆ 1. Berikan sedekah 4000 Dinar, kemudian tidurlah..
◆2. Khatamkan Al Quran, lalu tidurlah..
◆3. Belilah Syurga, lalu tidurlah.
◆4. Perbaikkilah hubungan dua orang  yang tengah berselisih, kemudian kamu tidurlah.
◆5. Tunaikanlah satu kali Haji, lalu tidurlah.

Ali ( R.A.) pun menjawab, "Ya Rasulallah. Mana mungkin aku boleh melakukan semuanya itu ?
Lalu Nabi ( SAW ) pun menjawab :

◆4 kali membaca Al Fatihah adalah sama nilai dengan sedekah 4,000 Dinar.
◆3 kali membaca surah Al Ikhlas adalah sama nilainya dengan menamatkan bacaan satu Al-Qur'an.
◆3 kali membaca Shalawat adalah sama nilai dengan harga Syurga.
◆10 kali bacaan "Istighfar" adalah sama nilainya dengan menyambung silaturrahim dua orang yang berselisih.
◆4 kali membaca  "Subhanallah,Alhamdulillah, Laa ilaaha ilallah, Allahu Akbar" adalah sama dengan menunaikan satu kali Haji.

Lalu Ali (R.A.) pun berkata, "Ya Rasulallah SAW! Kini aku akan menjalankan semua nasihatmu itu sebelum aku masuk tidur...

Amalan sebelum tidur
Gambar ehsan Google.

Hanya perlu masa kurang 5 minit untuk melaksanakannya, namun lihatlah semua kebaikan amalan yang akan perolehi... Untuk mengingatkan Anda akan amalan ini, cara termudah adalah dengan menuliskan kesemua zikir tersebut dalam nota hand phone tu untuk dibaca sebelum tidur & boleh juga ditampalkan dekat tempat tidur supaya Anda tak lupa untuk membacanya 😊.... Dan tentu saja, dengan niat kerana Allah SWT....

🌻Lebih indahnya jika hebahkan entry ini kepada seramai Muslim yang boleh kerana jika atas usaha Anda seseorang itu dpt menjalankan amalan-amalan ini, maka Anda pun akan menerima pahala dan kebaikannya .. InsyaALLAH.

     Aamiin...YaRobbal 'Aalamiin...

🌻Surah Al- Fatihah utk melindungi Anda dari kemurkaan Allah
🌻 Surah Yaasin utk melindungi Anda dari kehausan pada hari pengadilan.
🌻Surah Waaqi'ah utk melindungi Anda dari kefakiran dan kelaparan.
🌻Surah Al-Mulk utk melindungi Anda dari azab kubur.
🌻Surat Al-Kautsar utk melindungi Anda dari kejahatan musuh.
🌻Surat Al-Kaafiruun utk melindungi Anda dari kekafiran pd saat ajal menjemput Anda.
🌻Surat Al-Ikhlaas utk melindungi Anda dari kemunafikan.
🌻Surat Al-Falaq utk melindungi Anda dari merbahaya.
🌻Surat An-Naas utk melindungi Anda dari fikiran jahat.


Semoga kita mendapat keberkatan dari Allah.

"Aamiin Yaa  Robbal Aalamiin "

🌸🌺🌸🌺🌸🌺🌸🌺

6 comments :

  1. wah hebat sekali ayat al Qur'an ini
    Bayangkan saja, tiga kali salawat sama dengan halnya membeli surga

    ReplyDelete
  2. waktunya hanya sebentar saja untuk berdoa
    hanya perlu waktu 5 menit saja

    ReplyDelete
  3. Shalawat sumber keajaiban dan berkah. Shalallahu 'alaa muhammad.

    ReplyDelete
  4. wah bagus perkongsian nih
    Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  5. insyaAllah..
    biasanya tertidur tk smpat doa ap ap

    ReplyDelete
  6. nice sharing! suami setiap malam mesti ingatkan azah baca surah ayatul kursi

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...