Thursday, May 31, 2018

Petua : Untuk menghalau lipas

Teman geram betul la dengan lipas-lipas nie. Terutama di bahagian dapur, dalam kabinet dapur semua sudah di cerobohi oleh puak-puak lipas nie. Lipas bukan sahaja kotor, malah ia membawa bersamanya cacing-cacing halus yang berupaya memasuki tubuh manusia. Mengunakan racun penyembur serangga, hanya mampu membunuh serangga ini. Tetapi, tak lama nanti akan muncul pula puak-puak lipas yang baru. Memang tak kesudahanlah berperang dengan lipas nie.

Lipas
Gambar ehsan Google.


Ok, teman nak kongsikan satu petua nie. Actually, teman pun belum lagi mencuba petua nie, sebab teman tak dapat lagi daun salam tu... Apa pun, teman pasti akan mencuba petua nie juga nanti... 

Ok, petua tu macam nie... Mula-mula, dapatkan daun salam... jangan pula kome guna daun ketum ya... lain pulak jadinya nanti...

Daun salam tu kemudiannya kome hiriskan halus-halus, macam buat bunga ramai tu... kemudian, tabur di tempat-tempat lipas itu berkeliaran. Lipas tak akan muncul lagi kat situ... menurut petua itu la... teman tak berkesempatan lagi mencuba petua nie... tak tau la, mujarab ke idok... Kalau kome yang pernah cuba petua nie atau ada petua lain, kongsikanlah pengalaman kome tu kat ruangan komen di bawah nie ye...


Wednesday, May 30, 2018

Wordless : Muzium Kapal Selam

Antara tempat yang menarik boleh di lawati di Melaka adalah Muzium Kapal Selam yang terletak di Pantai Klebang, Melaka.

Muzium Kapal Selam

Sunday, May 27, 2018

Kuliah : Penghulu istighfar

Untuk entry pagi ini, teman ingin memanjangkan perkongsian ilmu dari Ustaz Elyas Ismail berkenaan penghulu istighfar.

Penghulu Istighfar
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, pemenuh kebutuhanku, keperluanku, Pengabul doa—doaku, Penjaga diriku, Pelindung diriku, Pengaman diriku, Pemelihara diriku, PemiIik diriku, Rabbku. TIdak ada Tuhan selain Engkau, Tidak ada yang kuharapkan, kudatangl, kusandarkan, kumintai pertolongan, bantuan, kecuali Engkau, Tidak ada yang bisa mendatangkan manfaat dan madharat, membanyakkan menyedikitkan, mengadakan, meniadakan, Membesarkan mengecilkan, menghidupkan, mematikan, melapangkan, menyempitkan, kecuali Engkau.


Saturday, May 26, 2018

Kuliah : Hebatnya berdoa sebelum berbuka puasa

Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, yaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur. Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.

Berdoa

Gambar ehsan Google.


DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA

Di Mekkah dan  Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras

Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap utk berbuka  menjelang azan maghrib  kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca "Allahuma lakasumtu... atau dzahaba zhoma'u padahal hanya mencakupi maknanya berupa  ucapan syukur sahaja.

Nabi SAW :

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah)

Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT.

Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa

Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja..... boleh diubah mengikut hajat masing

Cadangan doa ketika  berbuka puasa

  1. Bertambah iman
  2. Sihat tubuh badan
  3. Mati yang baik.
  4. Murah rezeki.
  5. Anak soleh.
  6. Keluarga bahagia.
  7. Rahmat Allah.
  8. Jauh azab kubur.
  9. Lapang dada.
  10. Kekalkan iman.
  11. Ampunkan dosa.
  12. Anak-anak berjaya.
  13. Perniagaan yg diberkati.
  14. Jauhi segala penyakit.
  15. Ibadat diterima.
  16. Mudah segala urusan.
  17. Diterima taubat.
  18. Lapangkan kubur.
  19. Mudah bayar hutang.
  20. Lailatulqadar.
  21. Syafaat Nabi SAW.
  22. Syurga Firdaus.
  23. Jauhi neraka.
  24. Terima kitab tgn kanan.
  25. Selamat meniti Sirat.
  26. Selamat fitnah Dajal.
  27. Ketenangan hati.
  28. Doa ibubapa.
  29. Keluarga yg dirikan solat.
  30. Diterima puasa Ramadhan

Semoga memberi manfaat buat semua.


Thursday, May 24, 2018

Petua : Untuk sentiasa nampak muda

Ramai antara kita yang inginkan wajah tampak sentiasa muda. Dalam erti kata yang lain ialah, awet muda. Tak perlu untuk jumpa bodoh bagai dan mengamalkan amalan syirik yang bertentangan dengan akidah Islam. Cuma kome perlu jaga permakanan saja. Dalam entry hari ini, teman akan dedahkan satu rahsia untuk awet muda.

Peria Katak



Gambar ehsan Google.

Caranya macam nie dan perlukan amalan setiap hari. Amalkan makan peria katak setiap hari. Sama ada di masak sebagai sayur atau di jadikan sebagai ulam. Peria katak mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kecantikkan dalaman wanita. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, peria katak mentah adalah yang terbaik. Amalkanlah. Kome pasti gembira dengan hasilnya.

Selamat mencuba.


Wednesday, May 23, 2018

Wordless : Kelapa Pandan

Bestnya la kalau masa berbuka nanti dapat minum air kelapa pandan nie... Nak tau kenapa kelapa nie di panggil kelapa pandan...? Sebabnya buah kelapa nie mengeluarkan haruman daun pandan...

Kelapa Pandan

Kelapa Pandan




Sunday, May 20, 2018

Kuliah : Antara perkara yang membatalkan puasa

Teman sekadar ingin memanjangkan perkongsian ini. Kali ini adalah berkenaan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Adakah pesakit asthma yang mengambil inhealer itu terbatal puasa mereka? Bagaimana pula pesakit diabetis yang mengambil suntikkan insulin? Batalkah puasa pesakit jantung yang mengambil ubat Tablet Glyceryl Trinitrate (GTN)? Untuk pengetahuan kome, ubat GTN ini perlu di letakkan di bawah lidah. Jom kita dengar apa kata Ustaz berkenaan perkara ini.




Saturday, May 19, 2018

Kuliah : 2 perkara yang menyedihkan

Dalam entry kuliah pagi ini, teman ingin kongsikan dua perkara yang menyedihkan: 😢

  1. Seorang lelaki yang tidak pernah masuk masjid kecuali jenazahnya.
  2. Seorang wanita yang tidak pernah menutupi auratnya kecuali ketika dikafankannya.

Firman Allah SWT:


“Sedangkan kamu lebih mengutamakan kehidupan dunia...”
(Surah Al-A'la: 16)

Demikianlah sikap kebanyakan manusia:

  1. Mereka boleh masuk ke tempat kerja sebelum waktunya.
  2. Mereka boleh tiba di lapangan terbang sebelum waktunya.
  3. Mereka boleh datang dan menunggu giliran di hospital sebelum waktunya.
  4. Mereka boleh berada di dalam stadium, 2 atau 3 jam sebelum perlawanan bermula...

Akan tetapi tatkala mereka mendengar azan mereka berlengah-lengah tanpa berasa apa-apa, apatah lagi melewatkan solat.

Moga Allah SWT pelihara kita semua hendaknya.

Jadikan kata-kata ini sebagai azam untuk mengubah diri.😉


Sunday, May 13, 2018

Kuliah : Perlu ke sedekah Surah Al-Fatihah kepada arwah?

Sekadar memanjangkan perkongsian dalam segmen kuliah. Perlu ke sedekahkan Surah Al-Fatihah kepada orang yang telah meninggal dunia? Berikut adalah penjelasan Ustaz Don berkenaan perkara ini.


Ustaz Don Beri Penjelasan MENGEJUTKAN !!!

Sering menjadi persoalan, perlu ke sedekah Al-Fatihah kepada ibubapa atau sesiapa yang sudah meninggal dunia? Ustaz Don Daniyal tampil memberi penjelasan yang intipatinya LEBIH BESAR & MENGEJUTKAN!!! Hanya dengan share saje pun kome sudah mendapat pahala. Perlu Ke Sedekah AlFatihah kepada orang yang telah meninggal dunia?

Ustaz Don Beri Penjelasan MENGEJUTKAN !!!|  SEDEKAHKANLAH AL FATIHAH UNTUK IBUBAPA MU SETIAP SELEPAS SOLAT SUBUH.

Ini merupakan nasihat Ustaz Don kepada anak-anak yang masih hidup didunia ini supaya diluaskan pintu rezeki bagi mereka. Rasulullah SAW pernah bersabda:-

“Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup@telah tiada)”. Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu... CLOSE

Berdoa

Gambar ehsan Google.

Berdasarkan Hadith Nabi SAW:-

“Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dlm sehari” Huraian hadith:-

Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang masih hidup mahu pun yang sudah tiada)

Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus-putus berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati). Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT

Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh.…. Tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru-guru kita dan mereka-mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar-benar bersungguh-subgguh)

Mereka yang lupa berdoa kpd kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah SWT.

Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari.

Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (makanan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dan sebagainya...). Berusaha dan bertawakal.… In Syaa Allah

Rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dan sebagainya. Tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.

Mari kita cuba... Allahhuakhbar
Caranya:-

“YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa-dosa kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungilah mereka. Aminn yarabillialamin.

“(Doa ini utk org tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal:-

“YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa-dosa orang tuaku, tempatkanlah bapaku/ibuku ditempat orang2 yang beriman.

Tolong!!!
Tolong!!!
Tolong!!!
Tolong!!!    
    
Kepada semua umat Islam, jangan Baring Masa Azan. Nanti jenazah kita menjadi berat. Jangan bercakap masa azan  juga!!!, nanti payah kita nak mengucap masa nak mati...!

Semasa inilah syaitan mula berbisik...

"Tak payah kongsikan info nie... Bukan dapat apa pun..."

Mayat orang Islam yang tidak sembahyang pada 1,000 tahun dulu masih diseksa sehingga kini. Korang percaya tak? Allahuakbar! 1 waktu kita tinggalkan solat bersamaan 8,000 tahun seksaan neraka.

Jika kita sehari 5 waktu tak solat? 5 x 8000 = 40,000 tahun.

Subhanallah ringan- ringankanlah tangan korang untuk share benda ni. Dapat pahala mengingatkan saudara Islam yang lain. Malaikat maut datang melawat kita sebanyak 70 kali setiap hari.

Bila-bila masa saja malaikat boleh tarik nyawa kita .

Sebarkan agar umat Islam tahu!

SAMPAIKANLAH WALAU HANYA PADA 1 ORANG  MANUSIA.


Saturday, May 12, 2018

Kuliah : Kisah ahli Ibadah yang kuat solat tahajjud

Teman sekadar ingin kongsikan kisah ini. Semoga kita mendapat pengajaran dan iktibar darinya.

Pada zaman dahulu ada seorang ahli ibadah bernama Abu bin Hasyim yang kuat sekali tahajjudnya. Hampir bertahun-tahun dia tidak pernah meninggalkan solat tahajjud. Pada suatu malam ketika hendak mengambil wudhu untuk tahajjud, Abu dikejutkan oleh kehadiran satu makhluk yang duduk di tepi telaganya.

Solat Tahajjud

Gambar ehsan Google.



Abu bertanya, “Wahai hamba Allah, siapakah Engkau?”

Sambil tersenyum, makhluk itu berkata; “Aku Malaikat utusan Allah".

Abu Bin Hasyim terkejut sekaligus bangga kerana telah didatangi oleh malaikat yang mulia.

Abu lalu bertanya, “Apa yang sedang kamu lakukan di sini?”

Malaikat itu menjawab, “Aku disuruh mencari hamba pencinta Allah.”

Melihat Malaikat itu memegang sebuah kitab tebal, Abu lalu bertanya;

“Wahai Malaikat, buku apakah yang engkau bawa?”

Malaikat menjawab; “Di dalamnya terdapat kumpulan nama hamba-hamba pencinta Allah.”

Mendengar jawapan Malaikat, Abu bin Hasyim berharap dalam hati moga-moga namanya ada di situ.

Maka ditanyalah kepada Malaikat. “Wahai Malaikat, adakah namaku di situ ?”

Abu menjangka namanya ada di dalam buku itu, kerana amalan ibadahnya yang tidak putus-putus, selalu mengerjakan solat tahajjud setiap malam, berdo’a dan juga bermunajat kepada Allah SWT di sepertiga malam, setiap hari.

“Baiklah, biar aku lihat,” kata Malaikat sambil membuka kitab besarnya. Dan, ternyata Malaikat itu tidak menemukn nama Abu bin Hasyim di dalamnya.

Tidak percaya, Abu meminta Malaikat mencari sekali lagi.

“Betul... namamu tidak ada di dalam buku ini!” kata Malaikat.

Abu bin Hasyim pun gementar dan jatuh tersungkur di depan Malaikat.

Dia menangis semahunya.

“Rugi sekali diriku yg selalu tegak berdiri di setiap malam dalam tahajud dan munajat, tetapi namaku tidak masuk dalam golongan para hamba pencinta Allah,” ratapnya.

Melihat itu, Malaikat berkata, “Wahai Abu bin Hasyim! Bukan aku tidak tahu engkau bangun setiap malam ketika yang lain tidur, engkau mengambil air wudhu dan menahan kedinginan ketika orang lain terlelap dalam kehangatan buaian malam.

Tapi tanganku dilarang Allah menulis namamu.”

“Apakah gerangan yang menjadi penyebabnya?” tanya Abu bin Hasyim.

Engkau memang bermunajat kepada Allah, tapi engkau pamerkan dengan rasa bangga ke mana-mana. Engkau asyik beribadah memikirkan diri sendiri. Sedang di kanan kirimu ada orang sakit, ada orang lapar, ada orang sedang sedih, tidak engkau tengok tidak engkau ziarah. Mereka itu mungkin ibumu, mungkin adik beradikmu, mungkin sahabatmu, malah mungkin juga cuma saudara seagama denganmu, atau mungkin cuma sekadar mereka menjadi tetanggamu.

Tidak engkau peduli pada mereka, kenapa?

Bagaimana mungkin engkau dapat menjadi hamba pencinta Allah kalau engkau sendiri tidak pernah mencintai hamba-hamba yang diciptakan Allah?” kata Malaikat itu.

Abu bin Hasyim seperti​ disambar petir di siang hari.

Dia tersedar hubungan ibadah manusia tidaklah hanya kepada Allah semata (hablumminAllah), tetapi juga kepada sesama manusia (hablumminannas) dan juga kepada alam.

JANGAN BANGGA DENGAN BANYAKNYA SOLAT, PUASA, DAN ZIKIR KERANA ITU SEMUA BELUM MEMBUAT ALLAH SENANG !!!

TAHU APA YANG MEMBUAT ALLAH SENANG?

Nabi Musa: Wahai Allah, aku sudah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yang membuat Engkau senang?
Allah SWT:
SOLAT? Solat mu itu untukmu sendiri, kerana dengan mengerjakan solat, engkau terpelihara dari perbuatan keji dan mungkar.
ZIKIR? Zikirmu itu hanya untukmu sendiri, membuat hatimu menjadi tenang.
PUASA? Puasamu itu untukmu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri.
Nabi Musa : Lalu apa yang membuat Mu senang Ya Allah?
Allah SWT: SEDEKAH, INFAQ, ZAKAT serta PERBUATAN BAIK-mu.

Itulah yang membuat AKU senang, kerana tatkala engkau membahagiakan orang yang sedang susah, AKU hadir di sampingnya. Dan AKU akan mengganti dengan ganjaran 700 kali (Al-Baqarah 261-262)

Saudara-Saudara, jika kamu sibuk dengan ibadah ritual dan bangga akan itu... maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukan Allah.

Tapi, bila kau berbuat baik dan berkorban untuk orang lain... maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah senang dengannya. Buatlah Allah senang maka Allah akan limpahkan rahmat-Nya dengan membuat hidup kita lapang dan bahagia.

(Petikan dari Kitab Mukasyafatul Qulub Karya Imam Al Ghazali)

Saudaraku seiman, sebarkanlah ilmu ini agar kita makin barakah.

Pentingnya Silaturrahim.


Thursday, May 10, 2018

Petua : Bayam untuk menghaluskan kulit wajah

Ramai yang impikan kulit wajah yang halus dan bersih dari sebarang cela. Ada yang pelbagai produk kosmetik yang melambak di jual di pasaran. Tak dinafikan, ada yang berkesan dan ada juga yang mendatangkan kesan sanpingan.

Sayur bayam hijau

Gambar ehsan Google.

Dalam entry hari ini, teman hendak kongsikan satu petua untuk mendapatkan kulit wajah yang halus dengan hanya mengunakan bahan-bahan yang mudah didapati di dapur. Kome dapatkan bahan-bahan nie;

  • Segenggam sayur bayam hijau
  • Sebiji telur (di ambil kuning telur sahaja)
  • Madu lebah
  • Air mawar

Cara nak membuatnya macam nie ye... mula-mula, sayur bayam hijau tu di bersihkan. Jangan kome masak pulak sayur bayam tu...🤗 ok... Lepas tu, kome blend atau kisar bayam tu bersama sedikit air sehingga halus. Kemudian, campurkan bersama kuning telur, madu dan air mawar. Gaul kesemua bahan ini sehingga sebati. Bahan ini, kome boleh la simpan di dalam peti sejuk ye.

Jadikan bahan nie sebagai masker. Amalkan dua kali seminggu, kulit wajah kome akan menjadi halus dan lembut.

Selamat mencuba ye.


Wednesday, May 9, 2018

Wordless : Printing by China company

Banner Barisan Nasional semasa PRU14 macam nie pun printing by China company... Kiranya "Made from China" la gitu...


Barisan Nasional (BN) PRU14

Monday, May 7, 2018

7 tempat rahsia yang tidak boleh di lawati

“Now Everybody Can Fly”, nie tag line Air Asia. Tapi, dalam dunia nie, bukan semua tempat kita boleh pergi tau... tak boleh main terjah gitu pergi ke tempat tu... dunia bebas, dunia tanpa sempadan konon. Tapi realitinya, ia tidaklah bebas seperti yang kome fikirkan. Malah, banyak tempat didunia nie yang tidak boleh di access sebarangan, contohnya markas tentera, kelab-kelab eksekutif dan sebagainya.

7 lokasi rahsia tu teman kongsikan di bawah.

1. Snake Island
Snake Island atau penduduk tempatan memanggilnya Ilha da Queimada Grande, bukan saja sukar di access, malah tak mungkin kome nak melawat tempat nie. Snake Island ialah sebuah pulau kecil yang cantik di Brazil dan dihuni lebih 4000 ular paling berbisa dan boleh membawa maut.

Racun Ular Kapak Emas Lancehead sangat berbisa sehingga mampu mencairkan daging manusia.

Pulau ini di anggap sangat berbahaya sehingga kerajaan Brazil mengharamkan pengunjung untuk memasukinya.



Video ehsan YouTube.

2. Svalbard Global Seed Vault
Satu lagi tempat yang sangat sejuk yang anda tidak boleh memasukinya iaitu Svalbard Global Seed Vault. Ia dibina untuk menyimpan biji benih yang boleh digunakan sekiranya berlaku bencana alam terburuk.

Svalbard Global Seed Vault.

Gambar ehsan Google.

Hanya beberapa orang sahaja yang dibenarkan masuk ke bilik kebal ini. Malah, wakil negara yang menyumbang biji benih kepada Svalbard Global Seed Vault juga tidak di benarkan masuk ke tempat ini. Bilik kebal ini terletak di Pulau Spitsbergen, Norway iaitu berhampiran Longyearbyen di kepulauan Svalbard Artic yang terpencil.



Video ehsan YouTube.


3. Google Datacenter
Google Datacenter di kawal rapi seperti Area 51. Ia adalah kemudahan pusat data yang besar yang digunakan oleh Google untuk menyediakan perkhidmatan mereka yang menggabungkan sejumlah besar penyimpanan digital.

Ia adalah lokasi yang dibina dengan ciri keselamatan tinggi yang menyimpan trilion rekod data.



Video ehsan YouTube.

Video di atas mengunakan 360 view. Menarikan tour yang di buat. Seolah-olah kita memasuki tempat tersebut.


4. Area 51
Pengkalan tentera ini terletak di Nevada, kira-kira 80 batu dari pusat bandar Las Vegas. Mengikut laporan rasmi, tujuan utama Area 51 adalah untuk penyelidikan dan pembangunan pesawat eksperimental dan persenjataan.

Menariknya, kewujudannya hanya di akui pada tahun 2013. Namun kerajaan Amerika mendakwa pengkalan itu tidak wujud.



Video ehsan YouTube.

Kebanyakan orang percaya bahawa pengkalan itu bukan tempat untuk pesawat revolusi dan sistem persenjataan tetapi tempat yang menyediakan teknologi hebat dan lain daripada yang lain.


5. Arkib Rahsia Vatican
Ia bukanlah sebuah perpustakaan yang sangat lama, Arkib Rahsia Vatican adalah antara perpustakaan terbesar yang menyimpan paling banyak rahsia di dunia. Malah, beberapa orang yang terpilih sahaja mempunyai akses kepada bahan-bahan yang di simpan di dalam perpustakaan ini.


Video ehsan YouTube.

Daripada kod-kod kuno Maya hingga ke buku-buku purba yang didakwa bukti kepada perhubungan dengan makhluk asing. Arkib Rahsia Vatican dikatakan menyimpan kesemua rahsia di dunia.


Video ehsan YouTube.


6. Disney Club 33
Antara kelab yang paling mahal didunia, tetapi tidak ramai yang tahu mengenainya. Bagaimana pun Disney Club 33 di Disneyworld mempunyai senarai menunggu selama 14 tahun. Jika ada yang berminat untuk berada di dalam senarai menunggu itu, sediakan bayaran inisiasi sebanyak USD40,000 (MYR158,000) selain perlu membayar yuran tahunan USD27,000 (MYR107,000)


Video ehsan YouTube

Kelab tersebut dihad sepenuhnya daripada orang ramai. Ahli-ahlinya termasuklah Presiden Amerika, hartawan perniagaan dan pelakon.


Room 39 Korea Utara
Room 39 ini terletak di Korea Utara. Ia ditubuhkan pada tahun 1970, juga di gelar sebagai Bureau 39. Ia adalah organisasi rahsia yang tujuannya adalah untuk mencari cara untuk mendapatkan mata wang asing untuk Pengerusi Parti Pekerja Korea, Kim Jong-un.


Video ehsan YouTube.

Data mengenai Room 39 sangat terhad, tetapi dipercayai ia merupakan sebuah organisasi yang mempunyai lebih daripada 20 akaun bank di Switzerland dan China yang digunakan untuk operasi pengubahan wang haram dan operasi haram lain.

Kumpulan rahsia ini mempunyai lebih daripada 130 syarikat dagang yang berada di bawah bidang kuasanya dan di kawal secara terus oleh Kim Jong-un.


Sunday, May 6, 2018

Kuliah : Mengundi di pilihan raya

Apa kata Ustaz tentang mengundi semasa pilihan raya? Hari Rabu, bersamaan 9 May 2018 adalah tarikh kita untuk menentukan bakal pemimpin yang di pilih untuk menentukan hala tuju negara, Pilihan Raya Umum ke 14. Jadi, sebelum kita membuat keputusan untuk membuat keputusan kita, jom kita dengar nasihat Ustaz berkenaan mengundi semasa pilihan raya nie.



Yang berniat tidak mahu mengundi tu, fikir-fikirkan semula tindakan kome tu. Jadi, ramai-ramai la kita menunaikan tanggungjawab kita pada negara pada 9 May 2018 nanti ye. Semoga Malaysia menjadi negara yang aman dan maju mengikut acuan kita sendiri. Jauhilah Malaysia dari anasir-anasir perosak bangsa dan agama. 


Saturday, May 5, 2018

Kuliah : Kisah guru di maki hamun

Seorang lelaki yang berbeza fahaman dengan seorang guru mengeluarkan kecaman dan kata-kata kasar, meluapkan kebenciannya kepada sang guru.

Sang guru hanya diam, mendengarkannya dengan sabar, tenang dan tidak berkata apa pun.

Setelah lelaki tersebut pergi, si murid yang melihat peristiwa itu lalu bertanya, "Mengapa guru diam sahaja tidak membalas makian lelaki tersebut?"

Maki hamun

Gambar ehsan Google.

Beberapa saat kemudian, maka sang guru bertanya kepada si murid, "Jika seseorang memberimu sesuatu, tapi kamu tidak mahu menerimanya, lalu menjadi milik siapakah pemberian itu?"

"Tentu sahaja menjadi milik si pemberi." jawab si murid.

"Begitu pula dengan kata-kata kasar itu." balas sang guru.

"Kerana saya tidak ambil endah dengan kata-kata itu, maka kata-kata tadi akan kembali menjadi miliknya. Dia harus menyimpannya sendiri. Dia tidak menyedari, kerana nanti dia harus menanggung akibatnya di dunia bahkan di akhirat, kerana aura negatif yang muncul dari fikiran, perasaan, perkataan, dan perbuatan hanya akan membuahkan penderitaan hidup."

Kemudian, sang guru meneruskan kata-katanya, "Sama seperti orang yang ingin mengotori langit dengan meludahinya. Ludah itu hanya akan jatuh mengotori wajahnya sendiri. Demikian halnya, jika di luar sana ada orang yang marah-marah kepadamu... Biarkan sahaja… Kerana mereka sedang membuang SAMPAH HATI mereka. Jika engkau diam sahaja, maka sampah itu akan kembali kepada diri mereka sendiri, tetapi kalau engkau hiraukan, bererti engkau menerima sampah itu."

"Hari ini begitu banyak orang di jalanan yang hidup dengan membawa sampah di hatinya (sampah kekesalan, sampah amarah, sampah kebencian, ego dan sebagainya).

Oleh itu, jadilah kita seorang yang BIJAK bukan SAMPAH."

Sang guru meneruskan nasihatnya :

"Jika engkau tak mungkin memberi, janganlah mengambil."

"Jika engkau terlalu sulit untuk mengasihi, janganlah membenci."

"Jika engkau tak dapat menghibur orang lain, janganlah membuatnya bersedih."

"Jika engkau tak mampu memuji, janganlah mengeji."

"Jika engkau tak dapat menghargai, janganlah menghina."

"Jika engkau tak suka bersahabat, janganlah bermusuhan."



Teman sekadar memanjangkan perkongsian ini. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua.


Friday, May 4, 2018

Keyboard shortcut

Teman nak kongsikan keyboard shortcut yang kome perlu tahu. Kerja menaip atau membuat editing akan menjadi lebih mudah dan cepat dengan mengunakan keyboard shortcut nie.

Trick Komputer


Ok, Selamat mencubanya ye...


Thursday, May 3, 2018

Petua : Untuk mengatasi masalah kelumumur

Masalah rambut berkelumumur nie selalunya pakej sekali dengan rambut gugur. Sebelum-sebelum nie teman ada juga la kongsikan beberapa petua untuk mengatasi masalah kelumumur di kepala tu. Dalam entry hari ini, teman hendak kongsikan lagi beberapa petua yang teman terbaca di majalah tak lama dulu. Kome boleh mencuba petua ini untuk mengatasi masalah rambut berkelumumur.

Kelumumur

Gambar ehsan Google.

Petua 1
Mengunakan limau nipis untuk menghilangkan kelumumur. Limau nipis hendaklah di belah dua dan perahkan ia di atas kepala dan ramas kulit kepala perlahan-lahan. Lakukan sekerap mungkin selepas bersyampu. Ini akan membuatkan kulit kepala berbau harum dan membantu mengatasi masalah kelumumur.

Petua 2
Ambil 10 biji belimbing buluh, kemudian cincang halus-halus dan campurkan dengan secawan kecil santan. Setelah itu, sapukan dengan rata pada kepala dan rambut sehingga campuran itu habis. Kemudian, balut kepala dengan tuala dan biarkan sekejap. Setelah itu, bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.

Balut rambut

Gambar ehsan Google.

Petua 3
Ambil beberapa helai daun nangka dan daun durian. Masukkan kedalam mangkuk atau gayung. Setelah itu masukkan air kedalam bekas tersebutDan rama daun-daun tersebut sehingga keluar lendirnya. Guna air ramasan tersebut sebagai syampu. Amalkan selalu.

Selamat mencuba petua-petua di atas. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.