Teman geram betul la dengan lipas-lipas nie. Terutama di bahagian dapur, dalam kabinet dapur semua sudah di cerobohi oleh puak-puak lipas nie. Lipas bukan sahaja kotor, malah ia membawa bersamanya cacing-cacing halus yang berupaya memasuki tubuh manusia. Mengunakan racun penyembur serangga, hanya mampu membunuh serangga ini. Tetapi, tak lama nanti akan muncul pula puak-puak lipas yang baru. Memang tak kesudahanlah berperang dengan lipas nie.
Ok, teman nak kongsikan satu petua nie. Actually, teman pun belum lagi mencuba petua nie, sebab teman tak dapat lagi daun salam tu... Apa pun, teman pasti akan mencuba petua nie juga nanti...
Ok, petua tu macam nie... Mula-mula, dapatkan daun salam... jangan pula kome guna daun ketum ya... lain pulak jadinya nanti...
Daun salam tu kemudiannya kome hiriskan halus-halus, macam buat bunga ramai tu... kemudian, tabur di tempat-tempat lipas itu berkeliaran. Lipas tak akan muncul lagi kat situ... menurut petua itu la... teman tak berkesempatan lagi mencuba petua nie... tak tau la, mujarab ke idok... Kalau kome yang pernah cuba petua nie atau ada petua lain, kongsikanlah pengalaman kome tu kat ruangan komen di bawah nie ye...
mudahh..mmg geram tgk lipas2 berkeliaran..
ReplyDeletedaun salam buat masak rendang...huhu..