Thursday, July 30, 2015

Petua : Menila pakaian dengan berkesan

Petua untuk memutihkan pakaian. Sejak anak teman mula bersekolah darjah satu nie, stok nila dah menjadi kemestian bila shoping barang dapur. Nila nie gunanya untuk memutihkan pakaian sekolah tu. Kalau tak letak nila bajuk sekolah tu warna nya macam berseri jer... Nampak kusam... Sebab tu lah perlu letak nila, supaya baju sekolah tu putih berseri.

Nila pakaian

Gambar ehsan Google.

Masalahnya, bila guna nila nie, kalau tak pandai buat... akan ada kesan tompokkan biru pada baju putih tu... Sebab tu, dalam entry hari nie teman akan kongsikan satu cara untuk menila pakaian putih dengan lebih berkesan.

Mudah saja caranya, mula-mula campurkan nila dengan air panas. Kemudian, campurkan dengan air sejuk. Kemudian, rendamkan pakaian tersebut kedalam campuran nila tu selama 10 minit. Lepas tu, bolehlah perah pakaian tersebut sekadarnya dan di jemur di ampaian.

Hasilnya, pakaian putih akan kembali putih berseri. Selamat mencuba!

Wednesday, July 29, 2015

Senarai terkini kabinet Malaysia

Umum mengetahui rombakkan kabinet yang diumumkan oleh PM dan berkuatkuasa 29 Julai, 2015. Teman menjangkan sebaliknya, tetapi lain pula yang terjadi. Memang negara kita mengamalkan kebebasan untuk bersuara tetapi jaminan untuk kita tidak dikenakan tindakan jika mereka tidak suka dengan apa yang kita suarakan. Nanti, tak pasal-pasal teman kena tangkap, masuk penjara. Nanti siapa pulak yang nak jaga anak teman?


Apa pun teman sedih bila fikirkan situasi politik dan tekanan ekonomi di Malaysia nie? Nampak sangat kesannya. Pening bila fikirkannya...

Contoh sambutan raya. Tahun sudah, punyalah meriah beraya... Open house disana-sini... full schedule... Tahun nie bila GST dilaksanakan... Nampak sangat hambarnya sambutan raya tahun nie... Tak lah semeriah tahun lepas...

Ok, sebagai perkongsian... Inilah senarai terkini barisan kabinet kerajaan Malaysia berkuatkuasa 29 Julai, 2015.

Malaysia Cabinet 2015

Tuesday, July 28, 2015

Gara-gara Clash of Clan

Sapa main Clash of Clan (COC)? Cepat mengaku, kalau tak teman attack based kome tu. Hehehe... actually, teman pun dah terjebak dalam kancah peperangan Clash of Clan nie. Kalau ikutkan dah setahun lebih. Tapi tak lah aktif sangat. Teman cuma aktif semula bila baca entry +Papa Blogger. Lepas baca entry tu teman terus join clan yang dibentuk oleh +Papa Blogger Kelab Blogger Ben. April 2015, +Papa Blogger tutup clan tu dan wujudkan pulak clan Riders Gempak. Start join clan +Papa Blogger la, teman selalu join war clan. Bukan apa, saja suka-suka sambil support kawan-kawan dalam clan tu. Bukannya ambik banyak masa pun. Clan war hanya ambil masa dalam 2 minit saja pun. Selebihnya buat strategy macam mana nak upgrade base dan defend yang baik. Untuk upgrade base ambil masa berhari-hari.


Kek COC

Ok back to entry. Disebabkan penangan Clash of Clan nie, isteri seorang sahabat telah meraikan hari jadi suaminya dengan sebiji kek Clash of Clan. Seronok betul suaminya bila dapat kek tu. Actuallh, depa suami isteri dok main Clash of Clan nie. Apa pun, tak salah main game tu. Asalkan tidak terlalu leka dan mengabaikan tanggung-jawab masing-masing.

*Kek tu nampak menarikkan... mesti sedap... :d

Monday, July 27, 2015

Wordless : Pokok ada kunci

Apa motif ye, gantung kunci besar di pokok?

Kunci

Saturday, July 25, 2015

Kuliah : Tidur selepas subuh

Siapa yang suka tidur lepas subuh tolong baca ye. Dan siapa suka tidur lepas subuh then bangon nak solat dhuha pon tolong baca .. sentap and muhasabah diri sesame kita ye .. takde ruginya.. inshaAllah...

Tidur lepas subuh, bagi pandangan orang soleh. 

Sekadar perkongsian. 

Elakkan tidur selepas subuh

Sebelum ini, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh.

Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yg tinggi iaitu ilmu firasat yg sangat kuat. Jadi sesiapa yg dekat dengannya, hati-hati. Apa yang terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yang baik. Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali berdepan dengan beliau ini.

Diberi peluang, aku terus bertanya... "ustaz, macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?"

Dia menjawabkan... "tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh"... Ohhh, "jadi ustaz, ape hukum tidur lepas subuh?

"Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku? Dia mengatakan lagi... Aku bisik dalam hati "ada byk mazhab ke dia ni?".

Jangan kau nak menyatakan perkara yg kau tak boleh sorokkan dengan aku. "Astaghfirullah.., dia membaca lintasan hati aku..." "maaf ustaz".

Aku cakap dekat dia,.. "dua dua mazhab lah ustaz".

Dia kata, kalau dengan cara hidup kau, cara amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati. Aku nak menangis... "Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yang aku tau, orang yang macam ini dia jatuh KUFUR!"

Aku senyap... "kenapa ustaz?"

Dia menjawab, orang yang macam ini SOMBONG dengan Allah. Dia berlagak depan Allah!. Dia menolak pemberian Allah! 

Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidur. Umpama macam kalau kau seorang yang jutawan, bawa duit yang berjuta-juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari. Tetapi apa yang dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin. Jadi ape yg ada pada fikiran kau? Mesti kau akan kata "dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong pulak tu". 

Aku tersentak...

Dia berkata lagi... "orang yang tidur lepas subuh dan lepas itu bangun, ada hati lagi nak Dhuha, Allahuakbar. Orang macam ini lagi tak malu depan Allah. Tadi dia tolak pemberian Allah. Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah. Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya orang ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat dhuha".

Allahuakbar...

Bila duduk dengan orang yang setiap masa takutkan Allah, baru sedar macam mana amalan kita selama ni. Betapa hinanya fikiran aku selama ini. Jauh beza nak banding amalan kita yang tak tau Allah terima ke tak. Tapi hidup setiap hari macam tak rasa banyak dosa. Allah... 

Kita ni banyak dosa, bukan setakat banyak dosa bahkan bermandikan dosa.

Dia kata lagi.. "orang yang riak kalau bertaubat Allah ampunkan. Kalau orang yang sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis?

Allahuakbar...

Aku tanya tentang tidur lepas subuh je... dah rasa macam nak ke neraka. Belum tanya hal lain lagi.

Dia kata lagi... "ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sebab tak cukup tidur malam tadi sebab main futsal lah, jalan-jalan dan apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?"

"Allah dah kata dalam Al-Quran, siang aku jadikan untuk kau bekerja, malam untuk kau berehat. Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, sebab itulah hidup kau tunggang langgang.

Kau siapa? Nak ubah sunnatullah?

"Allahuakbar, jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yang takut dengan Allah. Orang yang dekat dengan Allah. Hidup memang kena pandu Al-Quran dan hadis. Tapi, carilah orang yang boleh memperjelaskan lagi apa yang ada dalam Al-Quran dan hadis itu. Janganlah asyik meminta dalil dari orang itu orang ini dan memproses dengan kepala sendiri. Ada orang bawa Al-Quran ke hulu ke hilir. Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.

Sentap beb,,rase macam potong bawang halus-halus,,tapi benar setelah aku mula sedar fakirnya aku jika aku tidur selepas subuh,,lantaran itu aku mula sedar dan tidak tidur lepas subuh,,ku baca surah al waqiah dan solat dhuha setiap hari,,dan ku rasakan rezeki ku melimpah limpah sampai aku rasakan,,,ya Allah!!!!! Murahnya rezeki MU jika ku tidak tidur lepas subuh,,

๐Ÿ‘† tidur lepas subuh....fikir fikirkanlah. Peringatan utk diri sendiri juga...

Thursday, July 23, 2015

Petua : Untuk menurunkan tekanan darah tinggi

Hari nie teman hendak kongsikan petua untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Time raya nie, mesti ramai yang membuat rumah terbuka. Kome yang pergi beraya tu, janganlah main belasah je makan sampai tak ingat dunia. Kalau nak jaga kesihatan, jaga permakanan yang kome ambil tu.

Daun pandan

Untuk petua menurunkan darah tinggi nie, bahan utama yang diperlukan ialah daun pandan. Caranya mudah jer. Ambil beberapa helai daun pandan. Bersihkan dan rebuskan daun pandan ini bersama dua gelas air sehingga mendidih. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas. Kemudian, sejukkan air ini dan minum. Lakukan ini setiap hari sekali sehingga masalah tekanan darah tinggi kembali normal.

Selamat mencuba.

Petua : Menanggalkan kesan hangus pada periuk

Macam mana hendak menanggalkan kesan hangus masakan pada periuk? Inilah yang terjadi di pagi hari raya kedua yang lepas. Masa tu, kak long sedang sibuk didapur menyediakan sarapan pagi. Masa tu, kak long memanaskan kuah kacang di dalam periuk kaca. Sepatutnya kuah kacang tu dikacau pelahan di atas api sederhana. Nak dijadikan cerita, masa memanaskan kuah kacang tu, kak long masak pulak nasi goreng. Itulah yang terjadi, disebabkan terleka mengoreng nasi dia terlupa kuah kacang yang sedang dipanaskan tu. Akibatnya, kuah kacang tu hangus di bahagian bawahnya, dan meninggalkan kerak hitam di dasar periuk tu. Nak menanggalkan kerap hitam tebal tu pun sukar. Kalau menyentalnya dengan berus kasar, pasti meninggalkan kesan calar pada dasar periuk tu.

Kesan hangus pada periuk


Jangan lah risau sangat ye. Teman akan kongsikan satu petua macam mana hendak menanggalkan kesan kerak hitam nie. Mudah je caranya. Mula-mula, bersihkan periuk tu dari kesan minyak.


Gambar ehsan Google.

Kemudian, taburkan soda bikarbonate pada permukaan periuk atau kuali yang hangus itu. Kemudian, masukkan sedikit air panas dan biarkan semalaman. Lakukan berulang kali sehingga kesan hangus itu hilang.

Selamat mencuba ye.

Wednesday, July 22, 2015

CPUV-CPUV Nuffnang di bulan Ramadhan yang berlalu pergi

June 2015 nie memang teman agak sibuk. Tambahan pula di bulan Ramadhan al-Mubarak. Sibuk memanjang jer. Nak buat entry pun tak sempat. Apa tah lagi entry khas yang di buat untuk CPUV Nuffnang. Banyak juga la CPUV yang tak sempat di buat entrynya, dah pun credit ke akaun Nuffnang teman.

CPUV - uMobile Blogger Ambassador

Teman mulakan dengan CPUV uMobile Blogger Ambassador. Ini adalah CPUV yang ke 8 untuk June 2015 dan juga CPUV yang ke 35 untuk tahun 2015 nie. Untuk CPUV nie, blog teman diberi 3 CPUV berganda sekali gus menceriakan akaun Nuffnang teman untuk bulan June.

CPUV - Resort World Sentosa - Hotel


CPUV ke dua adalah CPUV Resort World Sentosa Hotel. Ini adalah CPUV ke 9 untuk June 2015 dan CPUV ke 36 untuk 2015. Untuk CPUV nie, blog teman diberikan 3 CPUV berganda.

CPUV - Nando's Sedap Sangat Ke

CPUV ke tiga adalah CPUV Nando's Sedap Sangat Ke. Ini adalah CPUV ke 10 untuk bulan June dan CPUV ke 37 untuk tahun 2015. Blog teman diberikan 3 CPUV berganda untuk iklan Nuffnang nie. Lama juga teman tak makan-makan di Nando's.

CPUV - OLDTOWN White Coffee

CPUV berikutnya adalah berkenaan Old Town White Coffee. CPUV ini adalah yang 11 untuk bulan June, sekali gus menjadikan CPUV ke 38 untuk tahun 2015. Untuk CPUV nie, Nuffnang memberikan 3 CPUV berganda yang memeriahkan lagi akaun Nuffnang teman.

CPUV - Shell Helix "Love My Engine"

CPUV terakhir adalah kempen Shell Helix "Love My Engine". Ini ialah CPUV ke 12 untuk bulan June dan CPUV ke 39 untuk tahun 2015. Teman memang penguna setia petrol Shell Helix dan sebelum nie pun teman gunakan minyak hitam Shell Helix full synthetic untuk mendapatkan performance yang mantap.

Apa pun setakat nie, nie la CPUV yang teman tak sempat nak buat entry dedikasi yang dah di credit kan akaun Nuffnang teman. Kalau sempat nanti, teman buat entry CPUV terbaru dari Nuffnang.

Apa pun, terima kasih pada Nuffnang yang tidak putus-putus memberikan CPUV untuk blog teman yang tidak seberapa ini.

Wednesday, July 15, 2015

Check list akhir kereta

Hari nie pasti ramai yang sudah merancang untuk balik beraya di kampung. Sebelum memulakan perjalanan tu, pastikan kenderaan kome tu dalam keadaan yang baik. Nie teman kongsikan check list terakhir pemeriksaan kenderaan sebelum kome memulakan perjalanan.

Sebelum balik beraya

Tuesday, July 14, 2015

Tips penjagaan kereta

Mesti ramai yang sudah merancang perjalanan untuk balik beraya di kampung. Tapi, sebelum memulakan perjalanan tu, pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik. Teman kongsikan tips penjagaan kereta di bawah nie. Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

Tips penjagaan kereta

Berhati-hati ketika memandu. Ingat, kelajuan membawa maut. Sayangilah diri dan keluarga anda. Ingat yang tersayang. Selamat menyambut Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

Thursday, July 9, 2015

Petua : Untuk memutihkan kulit di bawah lengan

Memutihkan kulit di bawah lengan atau dengan kata lain memutihkan ketiak. Teman akan kongsikan satu petua untuk mengatasi kulit gelap di bawah lengan atau ketiak. Petua ini bukan sahaja dapat mencerahkan tetapi boleh juga mengatasi masalah bau ketiak.



Gambar ehsan Google.

Untuk membuat petua ini, dapatkan bahan-bahan di bawah;
  1. Kapur sireh
  2. Sebiji limau nipis



Gambar ehsan Google.

Caranya;
Perahkan air limau nipis kemudian campurkan dengan kapur sireh. Campuran ini kemudianny di gaul sehingga sebati. Campuran ini hendaklah tidak terlalu cair. Setelah sebati, sapukan pada bahagian bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit sebelum dibersihkan dengan air bersih.

Lakukan setiap malam dan kesannya bukan sahaja ketiak menjadi lebih cerah tetapi mampu menghilangkan bau ketiak.

Ok, selamat mencuba.

Tuesday, July 7, 2015

Kantoi tak puasa

Aikk.... kome nie tak puasa yer... Kejadian nie di rakam kat di stesyen Petronas Saujana Utama Sungai Buluh pada 6 Julai dalam pukul 12.30 gitu. Actually, teman ambik cuti nak teman kan dinda menyerbu jualan promosi karpet kat JAKEL Shah Alam. Singgah kat Petronas nie sekejap untuk penuhkan angin tayar kat baby. Adinda pulak pegi ke toilet. Tak lama lepas tu, dinda kembali... sambil... abang... abang... ada orang tengah makan nasi briyani kat dalam kereta tu... katanya... Ye ke... balas teman pulak... mmm... siap ko...



Nampak tak kereta Perodua Azia tu... parking baik punya... Siapa sangka di dalam ada orang sedang makan nasi briyani...


Apa macam... nampak tak...

Apa lagi... boleh jadi bahan untuk entry blog teman... teman aktifkan kamera IPhone 5S... Sambil berjalan menuju ke toilet untuk cuci tangan... zoom baik punya... snap gambar... haaa... ambik ko... tak puasa lagi... kan dah kantoi... hehehehehe... lain kali kalau tak nak puasa tu... kalau nak makan jugak... makan lah kat rumah... 

Friday, July 3, 2015

CPUV : Wall's Magnum Raya [PC]

Wall's Magnum Raya. Nie adalah CPUV pertama untuk bulan July, 2015 nie. CPUV ini merupakan CPUV ke 40 untuk tahun 2015. Nuffnang berikan 3 CPUV Wall's Magnum Raya. Itu yang best, bila dapat CPUV berganda nie. Ini adalah kempen Wall's Magnum bersempena perayaan "Hari Raya Aidil Fitri" sehingga 31 July, 2015 nie. Masih ada lagi masa. Cepat ke cawagan pasaraya MyDin terdekat untuk promosi harga istimewa ini.

Shopping nanti, teman akan tambah lagi stock ais cream Magnum untuk bulan nie.

Magnum Hari Raya Promo


Apa pun, terima kasih pada Nuffnang masih lagi memberi CPUV untuk blog teman yang tidak seberapa nie.

Thursday, July 2, 2015

Petua : Untuk menyegarkan mata

Dalam entry hari ini, teman hendak berkongsi satu petua untuk menyegarkan mata. Petua ini hanyalah mengunakan daun sirih.

Mata yang segar

Gambar ehsan Google.

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah pilih beberapa helai daun sirih muda. Kemudian, cuci sehingga bersih.

Daun sirih muda
Gambar ehsan blog Petua Nenek

Setelah bersih, ramas-ramaskan dan masukkan kedalam air suam. Selepas itu, tapiskan air tersebut. Setelah itu, rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali semasa di dalam air. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.


Selamat mencuba.