Apa pula rahsia anak yang ke dua yer? Dalam entry yang lepas, teman ada kongsikan macam mana nak mengenal perangai anak-anak. Klik disini kalau hendak membacanya. Entry nie hanyalah sekadar perkongsian. Mungkin ianya betul atau mungkin juga tidak.
Teman adalah anak ke dua dari lima adik-beradik. Mungkin boleh teman kongsikan pendapat teman disini.
ANAK MANJA EMAK
- Sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^^
**Ye ke. Teman rasa sama jer... tak ada yang lebih atau kurangnya...
ANAK DEGIL
- Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yang betul. Dalam ramai-ramai adik beradik dia je yang KETEGAQ. Kemahuan dia kuat. Kalau buat sesuatu sungguh-sungguh .kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.
**Bab nie tak setuju. Teman nie idak le degil orang nya... masih boleh di runding lagi...
TAK PANDAI PUJUK
- Memang anak no. 2 ni dia tak pandai pujuk makwe atau pakwe dia. (ciannn)
**bab nie teman setuju. Teman memang tak pandai untuk memujuk. Mungkin sebab itulah teman cuma ada seorang sahaja mak we, seorang sahaja kekasih dan seorang sahaja isteri... dan tak pernah pun terfikir untuk... Apa pun tips memujuk yang di kongsikan oleh kawan-kawan sangat berguna...
BERCINTA
- Dia kalau bercinta, sangat setia. Sanggup berkorban..
**setuju sangat. Mungkin karektor ini kena pada teman. :d
Sharing is caring...
HITAM / PUTIH
- Apa yang dikatakan semua dipegang. Kalau hitam, hitam lah. Kalau putih, putih lah. Degil tak boleh toleransi.
**tak setuju... bukan semua kot yang macam nie... Depend la macam mana asuhan sejak dari kecil lagi.
HATI
- Anak no. 2 ni juga nampak je keras. Tapi hati dia lembut. SATU lagi pe’el dia. Dia tak boleh ditegur.
**tak setuju juga... sama macam diatas, mungkin ini adalah bergantung kepada asuhan sejak kecil lagi.
BERDIKARI
Very independent. Memang betul. Tapi kalau terlebih independent pun payah. Mudah bergaul. Very take care.
**kalau dari kecil lagi kita dah asuh anak supaya berdikari... sampai besar pun dia akan independent dan mudah bergaul.
ARAHAN
- Anak no. 2 ni juga dia payah nak terima arahan. Dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja dengan orang.
**mungkin ada sebahagian dari mereka macam nie kot... Tapi, tak semua macam nie.
PEMAAF & CARING
- Tidak dinafikan anak no. 2 ni pun pemaaf dan caring. TAPI awas, jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.
**Setuju. Karektor nie ada pada diri teman.
PAKAIAN
Nak semua ‘up to date’. Semua nak kemas.
**hehehehehehe....
BETUL TAK WAHAI KAWAN? hehehehehe... cer komen sket...
biasanya anak no. 2 banyak mengalah...berkorban....dan jika perempuan..sure pandai masak....apa pun semuanya bergantung pada didikan orang tua
ReplyDeletehurm... jadi Izni ni anak no 2 la ek, ce cari maklumat pasal anak sulung pule.. teman anak sulung...
ReplyDeletetapi ade betul n tak betul nye maklumat pasei anak no. 2 ni... perangai anak2 ni berbeza2 kan.. kite leh tau melalui pemerhatian la... bini Izni anak no???
Anak sulung... :)
Delete