Thursday, September 25, 2014

Petua : Untuk menguatkan tenaga batin wanita

Petua kewanitaan. Yes, hari nie sudah hari khamis. Esok hari Jumaat. Hari sabtu dan ahad kita cuti la. Hari-hari kita sibuk. Terutama buat kaum wanita. Celik mata je dah sibuk. Time rehat hanyalah masa tidur. Itu pun selalu kena kacau. Kalau dah penat mesti selalu tak bermaya dan bertenaga.


Gambar ehsan Google.

Ok, kali nie teman nak kongsikan satu petua untuk menguatkan tenaga batin kaum wanita. Petua ini perlu di amalkan selama 3 pagi berturut-turut.

Perkara pertama yang perlu dilakukan, dapatkan 3 jenis daun bunga yang berlainan warna. Kuantitinya agak-agak lah sendiri sekadar cukup untuk satu baldi air mandian.

Ok, perkara kedua yang perlu dilakukan, bangun awal sebelum suami bangun. Menurut orang dulu-dulu kata, petua nie tak mujarab kalau suami sudah terjaga.

Caranya begini ye. Masukkan air suam di dalam baldi secukupnya untuk mandian. Kemudian campurkan sedikit madu asli. Lepas tu rendam daun-daun bunga tiga warna itu selama 30 minit. Kemudian, mandi dengan air tersebut. Amalkan selalu.

3 comments :

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...