Belajar berenang. Memang dah lama plan nak hantar Aisar untuk belajar berenang. Tahun nie baru terlaksana. Senang la sket kalau nak pergi bercuti, tak perlu lagi bawak pelampung. Basically, apa yang di ajar untuk kelas renang nie dari perkara asas, tak tahu berenang sampai la pandai berenang, water confident, terknik pernafasan dan sebagainya.
Kelas renang nie di adakan di Kelab Saujana Utama. Kelab Saujana Utama lengkap dengan kemudahan jim, gelangang tenis, kolam renang dan sebagainya. Setiap hujung minggu banyak aktiviti di buat disini.
Kelas renang nie di adakan di Kelab Saujana Utama. Kelab Saujana Utama lengkap dengan kemudahan jim, gelangang tenis, kolam renang dan sebagainya. Setiap hujung minggu banyak aktiviti di buat disini.
Latihan renang di buat di kolam dewasa. So, memang budak-budak nie tak jejak lantai kolam la jawabnya. Apa pun credit buat En Amir, guru renang Nie yang sabar melayan kerenah kanak-kanak nie... Aisar sendiri pun masa kelas pertama je ada masalah nak masuk kolam... masuk kelas ke tiga dan seterusnya, laju je di terjun dalam kolam tu.
Alatan yang penting untuk belajar renang perlu ada swimming board dan gogel. Pakaian renang, mesti la yang bersesuaian, jangan pulak masuk kolam pakai tshirt ngan tracksuit je...
Alatan yang penting untuk belajar renang perlu ada swimming board dan gogel. Pakaian renang, mesti la yang bersesuaian, jangan pulak masuk kolam pakai tshirt ngan tracksuit je...
Kelas untuk pelajar dewasa juga diadakan dengan bayaran sebanyak RM300 untuk 8 kali kelas. Untuk kelas dewasa, pendaftaran kelas adalah mengikut kumpulan dengan minima pendaftaran 5 orang pelajar. Pelajar lelaki akan di tunjuk ajar oleh En Amir manakala untuk pelajar wanita akan di ajar oleh isteri beliau.
Selepas 8 sesi kelas, Aisar dah boleh berenang tanpa kick board. Cuma masih tak perfect lagi laa... Baru 2 kali cubaan berenang tanpa kick board... So, selepas ini akan continue lagi la untuk 8 sesi dengan bayaran tambahan RM170.
Papa Aisar sendiri pun tak pandai berenang.... mmm... tiba-tiba terdetik di hati nak belajar berenang... mmm.... mungkin kah tahun 2018 nie teman pandai berenang...๐๐คฃ๐๐๐ค
Papa Aisar sendiri pun tak pandai berenang.... mmm... tiba-tiba terdetik di hati nak belajar berenang... mmm.... mungkin kah tahun 2018 nie teman pandai berenang...๐๐คฃ๐๐๐ค
#jombelajarberenang
Bagus belajar swimming.. akak pun tak reti swimming.takut dengan air..hahahah
ReplyDeletePerlu jadi ahli kelab saujana utama ni ke utk join kelas?
ReplyDeleteTak perlu pun... Kelas berenang tu terbuka untuk semua... Call je coach Amir untuk registration...
Deleteok dah call dan dah start pun utk anak saya. terima kasih utk post yg bermanfaat ini :)
ReplyDeletePakai baju jersi and seluar trak boleh?
ReplyDeleteTak boleh... Perlu pakai pakaian renang yang bersesuaian...
DeleteAda kelas renang utk kanak2 disember 2019 ni?
ReplyDeleteBiasanya ada... Cuba refer to teacher Amir... Contact number seperti dalam gambar di atas...
Delete