Hari nie, teman saja nak berkongsi pendapat. Tentang apa ye... nie pasal pendidikan percuma yang sibuk golongan tertentu perjuangkan tu. Tak faham teman, apa sebenarnya yang mereka pejuangkan, sedangkan pihak kerajaan sudah pun memberikan pendidikan secara percuma di peringkat universiti. Laporan berita dibawah adalah petikan berita dari portal The Malaysian Insider.
klik disini untuk membaca laporan tersebut dengan lebih lanjut.
Perpatah orang dulu-dulu mengatakan "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian", "Kalau tidak dipecahkan ruyungnya, manakan dapat sagunya".
Peratusan dari laporan tersebut menunjukkan hanya 22.8% pelajar Melayu mendapat pengecualian manakala 72.6% adalah pelajar Cina. Persoalannya, kenapa pelajar Melayu tidak mendapat pengecualian.

PTPTN ini menyediakan kemudahan pinjaman kepada semua pemohonnya dengan mengenakan beberapa perkiraan untuk kos pentadbiraannya. Jumlah pinjaman setiap penuntut adalah berbeza mengikut jenis kursus, jenis institusi dan keperluan lain untuk meneruskan pengajian. Universiti swasta diperuntukkan pinjaman yang lebih tinggi berbanding universiti awam.
Apabila diistilahkan sebagai pinjam, maka perkataan bayar juga berkaitan antara satu sama lain. Kaedah bayaran serta jumlah bayaran juga berbeza mengikut jumlah pinjaman yang telah dibuat. Mungkin ramai yang telah sedia maklum bahawa kadangkala tidak semua pinjaman dituntut untuk dibayar semula. Ada beberapa pengecualian dan pinjaman ditukar kepada biasiswa kepada mereka yang cemerlang. Bagi mereka yang mendapat keputusan kelas pertama pastinya boleh memohon untuk menukarkan pinjaman kepada biasiswa. Untuk pengetahuan, kelas pertama adalah CGPA 3.75 – 4.00. Susah ke nak dapat CGPA nie... mmm... tepuk dada, tanya selera...
Kenapa pelajar Melayu tidak menyerlah??? Antara faktornya mungkin;
hahahahaha, nie la antara penyebabnya kenapa pelajar kita ketinggalan...
Kenapa pelajar Melayu tidak menyerlah??? Antara faktornya mungkin;
- Kejutan budaya couple couplan, bercinta-cintaan
- Lupa tujuan asal belajar di universiti
- Sibuk dengan aktiviti berpolitik, berdemo sana-sini
- Tak bersungguh-sungguh
- Hangat-hangat tahi ayam
- Enjoy lebih...
hahahahaha, nie la antara penyebabnya kenapa pelajar kita ketinggalan...
No comments :
Post a Comment
Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...