Kali ini, teman akan kongsikan satu petua bagi menawarkan sengatan seranga. Kadang kala semasa kita sedang meredah hutan atau semak-samun, secara tidak sengaja kita terlanggar sarang seranga berbisa ini dan menyebabkan seranga ini menyerang kita. Sudah pastinya kita tidak dapat menangkis serangan seranga ini dan terkena sengat.
Jangan panik. Caranya mudah sahaja. Dapatkan cili padi dan patahkan hujungnya. Kemudian, gosokkan cili padi tersebut di sekeliling tempat yang terkena sengatan itu tadi. Lakukan berulang kali, insyaallah, rasa sakit akibat sengatan itu tadi akan hilang.
Petua ini hanyalah untuk mengatasi kesakitan. Sebaiknya, sila dapatkan rawatan lebih lanjut untuk merawat bisa sengatan tersebut.
owh..bagus gak petua nie bro..thanks for sharing..hehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
salam,semalam kaki sye kena sengat tebuan tp kalu nak ilangkan bengkak tu mcmne yek?
ReplyDeletePergilah jumpa doktor,,, sambil2 tu, amalkan lah bacaan nie
DeleteDoa Untuk Mengurangkan Bengkak