Friday, November 16, 2012

Tayar dan lori

Gambar nie teman ambil pada hari Isnin, 12 November yang lepas di jalan Batu Tiga, Shah Alam. Semasa menunggu lampu isyarat berhampiran persimpangan Lebuhraya KESAS, bila teman toleh ke kanan, teman terpandangkan lori dibawah nie. Apa lagi, terus amik gambarnya. Biasa la, tag line teman "Once Blogger, Always Blogger".



Teman berfikir, dengan keadaan tayar macam tu dan ditambah dengan muatan yang penuh diatasnya, sampai kemanakah lori nie dapat bergerak sebelum tayarnya pecah. Semasa lampu isyarat bertukar hijau, teman lihat lori ini bergerak dengan lajunya.

Cuba bayangkan kalau tayar hadapan lori nie pecah... pasti lori nie akan terbabas dan boleh mengakibatkan kemalangan dan kehilangan nyawa. Agak malang sebab teman tak dapat nak ambil no platnya. Kalau tidak, tentu teman dah laporkan kepada pihak berkuasa.

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...