Monday, April 30, 2012

Petua - Untuk menghilangkan kesan alat solek di pakaian

Hari ini, teman ingin kongsikan bersama satu petua untuk menghilangkan kesan alat solek dipakaian. Caranya, mudah sahaja.

Gambar hiasan : ehsan dari blogger AJIJOI


Syampu rambut... Selain dari untuk mencuci rambut... Ada juga kegunaan lainnya yer...


Gambar hiasan : ehsan dari blogger CAHAYACINTA


Untuk menghilangkan kesan alat solek seperti kesan gincu, bedak berwarna pada pakaian, tidak menjadi masalah kalau mengunakan syampu rambut. Tuangkan sedikit pada kesan kotoran tersebut dan gosoklah dengan tangan perlahan-lahan. kemudian bilaslah dengan air bersih. Kesan kotoran tersebut akan hilang segera. Cubalah.

Friday, April 27, 2012

Kemana semua orang pagi nie...


Kemanakah semua semua staff nie... Sunyi je pagi nie... Adakah mereka bangun lewat di pagi Jumaat nie... atau mungkinkah hari nie cuti... and teman datang office waktu cuti.... huhuhuhuhuhuh... apakehei laa hari nie...

Thursday, April 26, 2012

AFQ 9


Selalunya AY dengan WRP jer yang parking kat Impiana Palace nie... Tak pun AFE... JDB dan WPY sebulan sekali jer... Tapi nie ada AFQ pulak... Sapa pulak mai singgah nie... CLK pulak tuh... perghh... teman bila laa nak drive CLK nie...

Petua - Bawang goreng tidak berketul

Selalunya, selepas bawang merah di goreng, ia akan berketul-ketul dan melekat. Untuk mengelakkan ini, selepas bawang merah itu di goreng, di toskan, kemudian digaulkan dengan sedikit gula.


Gambar Hiasan : ehsan dari Wikipedea

Bawang goreng akan cantik, dan tidak mudah lemau atau lembik.

Manusia perlu kreatif untuk berjaya dalam kehidupan

Hari tu, teman ada sharekan macam mana satu restoran nie menghiaskan kedai... tak ada cerita banyak sangat... cuma sekeping tampalan gambar jer... check kat sini entry tu...

Hari nie, teman nak sharekan email yang teman terima dari seorang sahabat... berkenaan dengan kretiviti juga... Kali nie teman ingin berkongsi cerita bagaimana seorang pengukir mengukir nama sebagai pengukir terkenal dan dalam masa yang sama sebagai pencinta haiwan... tapi, mungkin tidak sebagai pencinta alam semula jadi... sebab dia menebang pokok untuk menghasilkan hasil seninya tuu... Nie pendapat peribadi teman... Segulung ijazah di gengaman tangan tidak akan menjanjikan apa-apa, sebaliknya kreativiti dan semangat tidak mengalah merupakan kunci utama untuk berjaya dalam hidup.

Ok, nama pengukir nie Mr. Randy Boni



















Jom kita tengok macam mana di mengukir batang kayu nie... nak lebih detail lagi klik kat sini untuk web sitenya




Dengan hasil seni, pengukir ini menjadi terkenal di seluruh dunia dan menjadi hasil kreativitinya sebagai punca pendapatannya... Persoalannya, adakah kreativiti ini boleh dibentuk, di pelajari atau ianya lahir dalam diri individu itu sendiri... mmm... sama-sama lah kita fikirkan...

Wordless - Matahari terbit



Tuesday, April 24, 2012

Possing ngan Abang Kamaruzzaman - Top 15 MasterChef Malaysia

Dah lama dah nak buat entry nie... tapi tak sempat... lupa nak upload gambar... macam-macam laa.... hari nie baru teringat nak upload gambarnya kat laptop nie... Ceritanya macam nie... hari tuh... bulan February, 25 hari bulan...

Teman sefamily, ke Giant Shah Alam... macam biasa laa... aktiviti wajib disetiap hujung bulan... menambahkan stok kat rumah...

MasterChef Malaysia

Gambar ehsan dari Google

Nie senarai peserta MasterChef 2011 hari tu... Actually, teman satu family memang peminat setia rancangan Master Chef nie... Peserta favorite teman - Zamir... Teman respect betul kat dia... maklum la usia dia kan muda lagi... kemahiran dia pulak mengagumkan teman nie...

MasterChef Malaysia Season 1

Gambar ehsan dari Google

Jalan punya jalan... sampai troli pun dah penuh... tiba la kami kat market area tuu... tetiba terpandang lah mamat nie... tenung punya tenung.... eh... macam pernah ku lihat... tapi dimana yea... :D

Namanya En Kamaruzzaman, salah seorang peserta Top 10  bukan Top 10 laa, tapi Top 15 MasterChef Malaysia, musim pertama... En Kamarulzaman nie terkenal dengan kokokan ayam jantannya... :D

*terima kasih kat blogger Dogol32 membetulkan fakta nie


Teman pun, apa lagi terus je snap gambar...

MasterChef Malaysia

MasterChef Malaysia

Entah macam mana... dia perasan la pulak yang teman nie amik gambar dia tengah masak tu... terus dia cakap... Buat apa amik gambar saya... baik amik gambar kita... apa lagi... tup-tup... dengan troli penuh muatan... dah pun siap possing...

MasterChef Malaysia

Nie laa kenangan bersama Top 15 finalis MasterChef Malaysia musim pertama... :D

Monday, April 23, 2012

Batang pokok betik berwajah manusia

Entry apakehei.blogspot.com hari nie cuma untuk berkongsi berkenaan batang pokok betik yang berwajah manusia... Kisah nie dipaparkan oleh KOSMO ONLINE untuk laporan berita mereka pada 23hb April, 2012.

Gambar : Kosmo Online


Pelik ker?... nampak macam marah jer... :)

Saturday, April 21, 2012

Buah Berangan Lemak Manis

Kalau kome-kome biasa lalu kat jalan Batu Arang - Puncak Alam, mesti jumpa gerai nie berhampiran Sunway Kayangan. Lebih tepat lagi, GPS koordinatenya kat bawah nie. Mana la tau, kalau ada sapa-sapa yang tiba-tiba mengidam nak makan buah berangan... boleh la beli kat sini... teman sendiri pun dah beberapa kali singgah beli buah berangan kat sini.

+3° 7' 35.31", +101° 31' 25.41"

Nie pulak koordinate Google Maps

3.126474, 101.523725


View Larger Map

cuba kome zoom Google Maps kat atas nie... nampak tak gerai buah berangan tu... jangan kome hantar bom, udah laa ye...


Terima kasih la pada blogger Danau Kasih. Baru teman tahu, macam nie rupa Buah Berangan yang diambil dari pokok.




Nie laa gerai yang jual buah berangan kat tepi jalan Batu Arang - Puncak Alam tu...



Lepas beli buah berangan tu, drive balik sambil berangan... sambil makan buah berangan... :D

Friday, April 20, 2012

Wordless - Family Tree

Tuesday, April 17, 2012

Wordless - Hujan lebat di petang Selasa (17 April 2012)

Mood di petang Selasa (17 April 2012), berarak mendung kelabu... Hujan pun turun sangat lebatnya... Confirm, Federal Highway mesti jem teruk... Baik teman balik dulu... Bye...

Monday, April 16, 2012

Rama-rama pun boleh bahayakan manusia...

Entry teman malam nie... teman nak sharekan bagaimana serangga yang kecil dan cantik itu boleh membawa masalah besar kepada manusia nie... Enjoy tengok video kat bawah nie...



Meletup lagi ker...

Kali nie entry pasal penyembur pewangi kat bilik teman nie. Sampai dari Impiana Palace, teman terjumpa benda nie bertaburan jatuh kat atas karpet. Ingatkan baterinya meletup macam hari tu. Klik kat sini untuk bateri remote kipas meletup.



Bila teman periksa, dok teliti, tak ada pulak kesan letupan. Baik pada bateri dan unit itu sendiri. Semuanya OK.


Teman masukkan bateri, masukkan bekas pewangi tu, lepas tu ON. OK la pulak. Tak ada masalah pun. Yang peliknya, macam mana benda nie boleh bersepah kat bawah.... Mmm... Musykil2...

Petua - Pucuk ubi dan kapur sirih redakan batuk

Pucuk ubi, selain digunakan dalam masakkan, ia juga ada khasiatnya tersendiri dalam perubatan.



Gambar adalah ehsan dari blogger Irshashahira

Ini adalah satu cara alternative untuk rawatan batuk. Jika anak kecil anda sedang batuk, cubalah merawatnya dengan cara berikut. Ambil sedikit pucuk ubi dan sedikit kapur (kapur yang digunakan untuk makan sirih) dan ramas-ramas atau digonyoh dengan kedua-dua tapak tangan hingga keluar air.



Ambil air itu dan sapukan dileher dan dada anak anda. Insya Allah, batuknya akan berkurangan dan beransur hilang.


Klik disini untuk petua merawat batuk mengunakan madu lebah.

Selamat mencuba.

Wordless - Dari Menara TM

Thursday, April 12, 2012

Warehouse Sales Beg Berjenama

Entry di pagi nie, saja teman nak kasi hot sket bagi sapa-sapa yang fan giler dengan hand bag berjenama nie...

Wednesday, April 11, 2012

Satay Sri Subang

Tempat makan best di Kuang, Selangor. Teman hari nie, kebetulan ke Tasik Biru. Masa on the way balik tu, singgah kat Sate Sri Subang nie. Kedai nie di tepi jalan je. Banyak juga restoran-restoran tom yam di tepi jalan nie. Berhampiran persimpangan Kuang dan jalan Sungai Buluh - Kuala Selangor. Teman sharekan koordinatenya kat bawah nie ...


3.218819, 101.530914


View Larger Map



Satay Sri Subang

Satay Sri Subang

Kedai nie di buka dari 5.00 ptg hingga 11.00mlm dan ditutup pada hari ahad. Selain dari sate, kedai nie ada juga menjual makanan panas yang lain, tapi yang signiture kat bawah nie. Kalau nak order, boleh call nombor nie.

No telefon Satay Sri Subang

Satay Sri Subang

Untuk first time nie, teman beli bungkus bawak balik je. Lagi pun dah lewat nak makan kat situ. Dah hampir maghrib. Untuk test rasa, teman order 20 cucuk satay, mee bandung 2 bungkus dan rojak sotong. Operasi membakor satay semuanya di lakukan secara manual... Apa lagi, pakai kipas ngan dapur arang laa... Tengok la nie, operasi membakor...

Satay Sri Subang

Satay Sri Subang

Satay Sri Subang

Satay Sri Subang

Satay Sri Subang


Siap ada plak Jalan-jalan Cari Makan TV3 tuh...

Jalan-jalan cari makan

Maaf la, teman terlupa nak snap gambar... Tak tahu la, mungkin agak lapar kot... Anyway, nie adalah komen teman berkenaan makanan yang teman order tadi. 


Mula-mula komen pasal sate. Satenya agak sedap juga, cuma satenya agak hangus dan ada juga yang rentung. Kuahnya, biasa je. So, komen keseluruhan, Sate Sri Subang nie biasa je, boleh la. Kenapa, teman komen macam nie... Mudah jer... Sebab teman pernah rasa sate yang sangat sedap dan teringin sekali nak makannya lagi. Tapi, Sate Sri Subang nie teman tak terfikir pulak nak makan lagi. 

Komen kedua, berkenaan mee bandung. Secara jujurnya, teman tak gemarkannya. Antara bahan atau rencah dalam mee bandung kat sini ialah daging dan sotong kering. Yang buat spoil tu adalah sebab sotong kering. Rasa sotong kering nie telah meresap kedalam keseluruhan rasa mee bandung nie. Kalau kome suka sotong kering, mungkin kome akan suka mee bandung nie. 

Komen ketiga pula berkenaan rojak sotong. Teman tak berapa gemar rojak sotongnya.

Persia Restaurant

Restoran makanan Arab di Kuala Lumpur. 9 March, detik bersejarah dalam hidup teman. Tahun sudah, teman raikannya di sebuah restoran makanan arab di Cyberjaya. Kali ini, menu makanan Iran menjadi pilihan. Untuk tujuan itu, teman check in di Persia Restoran, terletak di The Ampang Walk (AmWalk), Ampang. Di ground floor saja. Berdekatan dengan pintu masuk utama. Bagi sesiapa yang berminat kesini, teman sharekan koordinate GPS seperti dibawah ini.

3.161015,101.72846

Nie view dari dalam Amwalk...



Persia Restaurant, Amwalk


Persia Restaurant, Amwalk

Nie pulak view dari (luar) jalan besar... biasanya di baranda tu, ramai yang duduk lepak sambil hisap shisha. Berkepul-kepul asap di situ menambahkan jerebu :)


Persia Restaurant, Amwalk

Persia Restaurant, Amwalk

Restoran nie menyajikan menu makanan masyarakat Iran dan Parsi. Memang unik makanan di sini. Lain dari yang lain. Teman ada juga berkunjung ke restoran Arab yang lain tapi hati teman tetap di sini. Kira dah jadi tempat special untuk teman. Setiap tahun, mesti teman akan berkunjung disini.

Persia Restaurant

Apa yang best sangat disini? Meh layan buku menu Persia Restorant nie dulu.

Menu - Persia Restorant

Menu - Persia Restorant

Menu - Persia Restorant

Menu - Persia Restorant

Biasa la kan. Sebelum nak order tu, belek-belek menu apa yang ada. Puas layan menu, tanya pulak apa yang "BEST" kat sini. Maksudnya menu signiture laa tu, yang orang selalu order.

Untuk makan hari ini teman di cadangkan untuk order Special Kebab. Special Kebab nie harganya RM60, cukup untuk dua orang makan. Sebenarnya, ini adalah kali kedua teman kesini dan kali kedua juga memilih menu makanan yang sama.

Di Persia Restaurant, Special Kebab dihidangkan bersama nasi, daging dan isi ayam yang di perap bersama perapan istimewa dan di panggang. Turut dipanggang ialah cili dan juga buah tomato. Daging dan isi ayam panggangnya di panggang sempurna. Agak juicy dan tidak kering. Segar dan nikmatnya terasa apabila di makan. Beras yang digunakan pula adalah dari beras yang berkualiti tinggi. Biji berasnya pun panjang-panjang.


Persia Restaurant

Persia Restaurant

Sebelum makan tu, gaulkan nasi bersama butter sehingga rata... lepas tu, barulah nyam-nyam

Persia Restaurant

Sebagai tambahan, teman memesan salad. Disini saladnya terdiri dari potongan timun segar dan buah tomato serta bawang yang potong kiub digaul bersama ramuannya yang tersendiri. Memang sedap bagi mereka yang sukakan salad segar macam nie.


Persia Restaurant

Persia Restaurant

Untuk minuman, temam memilih Lemonademint berharga RM10 segelas. Jus lemonademint ini amat unik. Ketika meminum sebelum makan nasi, ianya terasa agak masam. Tetapi, setelah makan nasi, daging dan ayam panggang, ianya tidak berasa masam. Tetapi rasanya agak unik, disukar digambarkan dengan kata-kata. Nak tau, cubalah sendiri.


Persia Restaurant

Tata hiasan dalaman restoran ini menampilkan seni lukisan Asia Barat. Lakaran Sultan atau Maharaja di Asia Barat menhiasi segenap penjuru dinding restoran ini. Di bawah nie adalah kaunter pembayaran... Simple jer kan...

Persia Restaurant

Yang nie hiasan di penjuru dinding yang berkonsepkan lukisan raja-raja Parsi dahulu... dengan hiasan tembaga...

Persia Restaurant

Persia Restaurant

Persia Restaurant

Persia Restaurant

Yang nie pulak adalah kaunter penyediaan makanan... ianya terbuka dan kalau pengunjung nak tengok pun boleh sahaja...

Persia Restaurant

Persia Restaurant

Ok la... Nie saja entry untuk berkongsi pengalaman makan-makan di Persia Restaurant nie... memang best... memang amat mengenyangkan... dan amat sesuai sekali bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan menu makanan Asia Barat nie. Next time nak datang lagi.