Tempat makan best di Kuang, Selangor. Teman hari nie, kebetulan ke Tasik Biru. Masa on the way balik tu, singgah kat Sate Sri Subang nie. Kedai nie di tepi jalan je. Banyak juga restoran-restoran tom yam di tepi jalan nie. Berhampiran persimpangan Kuang dan jalan Sungai Buluh - Kuala Selangor. Teman sharekan koordinatenya kat bawah nie ...
3.218819, 101.530914
View Larger Map
Kedai nie di buka dari 5.00 ptg hingga 11.00mlm dan ditutup pada hari ahad. Selain dari sate, kedai nie ada juga menjual makanan panas yang lain, tapi yang signiture kat bawah nie. Kalau nak order, boleh call nombor nie.
Untuk first time nie, teman beli bungkus bawak balik je. Lagi pun dah lewat nak makan kat situ. Dah hampir maghrib. Untuk test rasa, teman order 20 cucuk satay, mee bandung 2 bungkus dan rojak sotong. Operasi membakor satay semuanya di lakukan secara manual... Apa lagi, pakai kipas ngan dapur arang laa... Tengok la nie, operasi membakor...
Siap ada plak Jalan-jalan Cari Makan TV3 tuh...
Maaf la, teman terlupa nak snap gambar... Tak tahu la, mungkin agak lapar kot... Anyway, nie adalah komen teman berkenaan makanan yang teman order tadi.
Mula-mula komen pasal sate. Satenya agak sedap juga, cuma satenya agak hangus dan ada juga yang rentung. Kuahnya, biasa je. So, komen keseluruhan, Sate Sri Subang nie biasa je, boleh la. Kenapa, teman komen macam nie... Mudah jer... Sebab teman pernah rasa sate yang sangat sedap dan teringin sekali nak makannya lagi. Tapi, Sate Sri Subang nie teman tak terfikir pulak nak makan lagi.
Komen kedua, berkenaan mee bandung. Secara jujurnya, teman tak gemarkannya. Antara bahan atau rencah dalam mee bandung kat sini ialah daging dan sotong kering. Yang buat spoil tu adalah sebab sotong kering. Rasa sotong kering nie telah meresap kedalam keseluruhan rasa mee bandung nie. Kalau kome suka sotong kering, mungkin kome akan suka mee bandung nie.
Komen ketiga pula berkenaan rojak sotong. Teman tak berapa gemar rojak sotongnya.
best ker bro tmpt nih...bleh try ni...
ReplyDeleteSatay nya boleh laa... Tapi, mereka nie tak jaga kualiti... hangit2 laa... kalau awak nak cuba, kena la datang awal sket... boleh juga kalau call untuk buat tempahan... Cuba, teman maleh nak komen lebih-lebih...
Deletebagi saya sedap..satay dia mmg saya akui bg saya sedap dan agak besar cuma kuah dia tu kacang besar2 sangat tapi rasa sedap dah..overall memang kalau orang tanya nak makan mana satay sedap kat sg buloh ni saya mesti akan cakap kat situ..
Deleteoppsss...tak bagi salam pun..tumpang lalu yea
The best satay I've ever had! serius berbaloi.. kalah sate kajang!
ReplyDeleteye... i'm totally agreed with you bro...
Deletebagi sy sedap lg satay mahadi (satay kuang) dah pernah makan kat sini.tp tak tau la tekak masing2 x sama.
ReplyDelete