Wednesday, July 27, 2011

Hotel Review - Istana Hotel, Kuala Lumpur

Hotel di Kuala Lumpur. Hotel review kali ini bersiaran di Hotel Istana Kuala Lumpur8 July, 2011 merupakan hari kedua tayangan Transformer : Dark of the Moon. Memang teruja betul untuk menonton filem ini... tambahan... isteri tersayang yang belanja... itu yang sanggup ambik cuti hehehehe... and actually memang ada plan pun... so, nie adalah kali ketiga kami menonton wayang bersama Aisar Darwisyah... puteri kami tu... first time hari tu... tengok cerita Transformer : Revenge of the Fallen. Masa tu umur Aisar belum masuk setahun lagi... tapi disebabkan minatnya dengan filem Transformer nie... kami bawak jugak laa... waktu tuu terkejut-kejut jugak laa Aisar dek bunyi boom dalam cerita tu... hehehehe... mama and papa dia jer tau macam mana nak tenangkan dia waktu tu... hehehehe... second time pulak bawak Aisar tengok cerita Upin and Ipin... masa tu umur dia dah masuk setahun lebih... so, seronok laa dia tengok kartun...

anyway, selepas habis cerita Transformer Dark of the Moon, kami pun bergegas ke Hotel Istana... check in... so, bermalam lah kami sekeluarga di Hotel Istana ini.... macam melampau jer kan... dah lah duduk kat Sungai Buluh... lepas tuh  over night pulak kat hotel pulak... hehehehehehehehehe... anyway, memandangkan aku nie memang suka ambil gambar... nie laaa yang dapat aku share kat untuk entry kali ini... Untuk detail tentang Hotel Istana kome boleh layari web site mereka di sini.

Hotel Istana

Above picture is taken from poll view...



Gambar ehsan website Hotel Istana




The room we spent here in Istana Hotel... Deluxe room... 1039

Hotel Istana - Deluxe Room


King saiz bed... :) I like it...

Hotel Istana - King bed saiz

Hotel Istana - phone desk

Hotel Istana - Wardrobe


Bath room for deluxe room... beware... the bath room door are not lock... hehehehe...



Bath room - Hotel Istana


Bath tab...

Bath tab - Hotel Istana


there is a phone in the toilet... you can answer the phone while doing your thing...

Bath room phone - Hotel Istana


The out side view from the room...




Park Royal

You can see Park Royal beside Istana Hotel.



Part of interesting craft...

Craft - Hotel Istana


Taman Sari... We have our breakfast and diner here...



Gambar ehsan website Hotel Istana


Me

The rate is still affordable... 2 person just RM 95.++ for buffet dinner and free for kid below 7 year.


Me and family... :d


My Family




Here in Istana Hotel, you are charge for internet access... i'm not sure the rate... but honestly, i don't like it... we can get free internet access at kedai mamak, cafe, workshop... 


Based on our experience http://apakehei.blogspot.com/ our rating for Istana Hotel is below :


From 5 Star :-




Our rating for room condition and facility    : 
Our rating for front desk staff                      : 
Our rating for Taman Sari Cafe                  : 
Overall rating                                              : 




Collection Toy Aisar

Nie la collection toy Aisar...


Nie collection bear masa birthday Aisar yang kedua... bearnya besar sangat dari orangnya... nak dukung pun susah... Allhamdullillah.... murah rezeki Aisar...


Masa birthday umur 2 tahun... Papa and Mama hadiahkan Aisar kereta sport... huhuhuhuhuhuhu... guna bateri and ada remote control lagi... Kereta spot nie siap ada sound system lagi.... hehehehehe.... tengok laa tu... mana besar... bearnya ke or tuannya... hehehehehe...



Kat bawah nie pic Dibo Aisar... Acu Farah belikan... Dibo nie laa yang dikendung ke hulu kehilir setiap hari... masa nak tido pun nak peluk si Dibo nie jugak...




Kat bawah nie... presents birthday pertama Aisar... Namanya Barney... masa umur setahun lebih, baru la pandai dukung dan peluk Barney...




Yang nie pulak Abby... baby doll nie Aisar sendiri yang pilih... siap cium dulu baru amik... :d


Yang nie pulak... Aisar panggil Etok-etok... si Unta padang pasir... Aki nya belikan masa pergi haji hari tuu...






Next time akan update lagi latest Aisar Toy... :d

Liabiliti PLUS

N3 kali ini cuma untuk berkongsi cerita berkenaan PLUS... rasanya semua orang tahu apa maksud PLUS kan... so, tak payah laa aku mendefinasikannya... 

Dalam perjalanan menuju ke Cameron highland lebih kurang 20KM sebelum simpang toll tapah saya terlangar tayar celup lori yang besar diatas lebuh raya tu. Saya ingat bumper depan kereta saya tak rosak terok, maka saya meneruskan perjalanan tampa memberhentikan kereta untuk melihat kerosakan bumper depan tu.

Sampai kat R&R tapah saya berhenti untuk merokok dan saja saja nak tengok kerosakan bumper. Emmmm... Bumper depan mengelami kerosakan teruk! Mesti harus ditukar bumper baru. Maka terbayanglah dalam kepala saya terbanglah dalam RM3500 kerana kesalahan orang lain kerana mereka nak untung lebih, mereka menggunakan tayar celup tampa memikirkan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Lepas tu dalam perjalanan balik ke KL dari Cameron Highlang saya terlanggar lagi tayar lori yang tertanggal diatas lebuh raya. Hati saya dah merasa panas dan marah, maka saya menalipon pihak PLUS. Mereka, PLUS menyuruh ssya berhenti dioffice toll yang berhampiran untuk membuat report. Maka saya berhenti ditoll jalan duta untuk buat report.

Sesudah saya isi borang report, mereka pergi ke kereta saya untuk mengambil gambar kerosakan bumper depan kereta saya dan memphotocopy kad touch & go saya untuk simpanan record mereka kerana kerosakan yang saya alami saya claim dari pihak PLUS.

Kita boleh claim dari pihak PLUS sekiranya kerosakan yang berlaku disebabkan oleh benda benda yang merosakan kereta datangnya dari lebuh raya seperti :

Cermin depan pecah disebabkan batu2 diatas lebuh raya.

mungkin ramai yang tak tau kita boleh claim dari pihak PLUS. 

Petua - Untuk menghilangkan sebu perut

Apabila lewat makan perut mungkin akan kembung atau berasa sebu. Bagi meredakannya ambil dua ulas bawang putih dan dibakar. Pecahkan atau kunyah terus untuk dimakan. Makan 2 kali sehari sehingga hilang rasa kembung perut.




Klik disini untuk mendapatkan produk penjagaan kesihatan usus (Perut)

Friday, July 22, 2011

Wordless @ 22 July, 2011

University Malaya view from Menara TM

Thursday, July 14, 2011

Petua - Untuk menghilangkan rasa pijar cili

Bagaimana hendak menghilangkan kesan pijar cili? Biasanya setelah memotong cili dalam kuantiti yang banyak, pasti tangan dan jari-jemari kome berasa pijar oleh kepedasan cili terseebut.

Pijar cili

Untuk menghilangkan rasa tersebut, ambil satu sudu garam halus lalu dilumurkan pada tangan anda selama 2 hingga 3 minit. Kemudian cuci sehingga bersih.

hilangkan pijar cili

Gambar ehsan Google.

Sarapan Rakyat 1Malaysia

Kome kome semua pernah dengar tak restoran rakyat 1Malaysia... masa tu aku tengah drive masa balik dari Hotel Istana... tetiba terpandang laa pulak banner nie... macam menarik kan... mmm... boleh laaa try pulak makan-makan kat situ yer... mmm.... tunggu ye entry untuk JJMM nanti...





Nie cawangan pertamanya... Apa lagi moh kita kesana...



Kasih Ibu... Kasih Ayah...


Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera...



Ayah berwasiat supaya kubur ayah dan ibu jangan dijadikan mangsa "penebus rasa bersalah" anak-anak.

Maksudnya begini:

Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang tanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak, isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah "tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah Allah untuk kembali kepadaNya... ..

(sebenarnya tak ade kematian yang mengejut atau tiba-tiba - setiap kematian itu telah dirancang Allah lama sebelum manusia itu dijadikanNya. ...

"tiba-tiba" itu hanya "tuduhan" manusia kerana bukankah kita rasa seronok hidup! 

Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anak kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah perkara-perkara seperti berikut:

1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak membacanya kerana maklum lah sibuk belaka....)

2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat ("mak/abah memang patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"...)

3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur ("aku sayangkan mak/abah"... walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan! )


4. cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan "sempena kematian ibu/bapaku tersayang... .") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau dan masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin

5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil (maklum lah, anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni lebih berkat"....)

6. buat pelbagai kenduri "hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47....." kematian ibubapa

7. sedekah pisang kat masjid......

8.. buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka, langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)

Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adik beradik lain dengan berkata, "aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada bapak/mak. Kau tak buat ke?"

Abah panggil semua ini sebagai "sindrom penebus rasa bersalah"- kerana " dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi aku tak bersalah lagi!".....

Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat di sini, TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah.... . memadai lah diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - "Ya
Allah, ampunkan lah ibu bapa ku". Takde belanja wang ringgit, tak payah cari orang, tak payah susahkan diri.

Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan doa lah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri sendiri dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).

Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa ilmu bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan diamalkannya - agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di akhirat. Semoga semua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh. Itu lah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal menemani kami sehingga kiamat...... ..

Ambil iktibar dari lampiran di bawah.

Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam: Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata, "Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.."

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang menular di kalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata' ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi,

"Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang."

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

P/s- So jangan la jadi anak yang tidak kenang budi...Selalu kata tak sempat lah...apa lah..tapi buat benda-benda pelik banyak masa...esok kita pun akan ada zuriat dan hidup ni macam roda gak...lu buat orang so lu kena la plak...

Kartun Utusan Malaysia yang dikatakan menghina Islam

N3 kali ini, apakehei.blogspot ingin mengutarakan issue berkenaan kartun di Utusan Malaysia yang dikatakan menghina Islam... nie laa kartunnya...


Entah la... aku tengok tak ada laa apa-apa yang boleh dikatakan menghina Islam... Cuma yang ada... fakta-fakta yang menjadi topik perbalahan disebabkan isu Dato Sri Anuar Ibrahim tuh jer... Pada pendapat aku laa... isu ini sengaja di politik kan... maklum laa they all nie kerja lain... faham-faham jer laa...

Tuesday, July 5, 2011

Tok Imam Dan 20 Sen



"Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.



Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.



Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"




Sahabat-sahabatku sekalian...



Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

Petua - Untuk merawat keputihan


Masalah keputihan. Wanita yang mengalami masalah keputihan boleh cuba merawatnya  dengan petua tradisional ini. Ambil pegaga dengan akarnya sekali lalu direbus. Masukkan sedikit garam, setelah mendidih, tapis dan minum airnya dua kali sehari. Lakukan sehingga keputihan sembuh.

Masalah keputihan

Petua tangani masalah STRESS



Tangani Stress

Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.

Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:
  • Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
  • Bertenang...kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
  • Kenal pasti kenapa anda marah
  • Cuba dengar penjelasan orang lain
  • Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
  • Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
  • Membiasakan diri memaafkan – menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan




Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:
  • Berfikir secara positif
  • Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
  • Belajar menyukai diri sendiri
  • Belajar bertenang
  • Adakan hobi
  • Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
  • Bersifat tegas/asertif
  • Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda

Petua - Untuk Wajah Lebih Tegang Dan Halus

Untuk mendapatkan kulit yang halus, licin dan tegang amalkan masker mudah berikut. Ambil putih telur dan buah tomato yang dihiris halus. Gaulkan sehingga sebati lalu tempelkan pada muka dan gunakan sebagai lulur badan. Amalkan 3 kali seminggu. Selamat mencuba…