Monday, April 2, 2018

10 hackers ternama

Hackers atau penggodam ada tiga jenis. Yang pertama penggodam topi putih, iaitu mereka yang menceroboh sistem komputer bagi mempertingkatkan sekuriti sistem. Kedua, penggodam topi kelabu yang menggodam komputer untuk sekadar seronok-seronok. Ketiga, penggodam topi hitam iaitu penjenayah cyber yang menggodam untuk tujuan jahat.

Hacker

Gambar ehsan Google.


Berikut adalah penggodam tersebut;

Albert Gonzales 
Beliau yang menggunakan nama samaran CumbaJohnny, Segvec, SoupNazi, KingChilli. Berumur 37 tahun. Albert Gonzales  berasal dari Cuba dan mengikut keluarganya ke Amerika Syarikat pada 1980an. Dia kemudiannya menjadi ketua kumpulan “Operation Get Rich” atau “Dei Trying”.

Albert Gonzales
Gambar ehsan Wikipedia.

Albert Gonzales menjadi perancang utama dalam kes kecurian dan penjualan maklumat lebih 170 juta kad kredit dari tahun 2005-2007. Kes ini merupakan kes penipuan kad kredit terbesar dalam sejarah.

Dia menggodam sistem pasar raya seperti DSW, Office Max, Dave & Busters, Boston Market, Barnes and Noble, Sport Authority dan T.J Maxx dengan menggunakan teknik mudah.

Albert Gonzales di tahan di sebuah hotel di Pantai Miami, Florida, AS pada Mei 2008. Polis berjaya merampas lebih AS$1.6 juta wang tunai di dalam rumah keluarganya. Pada 25 Mac 2010, Albert Gonzales di hukum penjara 20 tahun.

Karl Koch
Karl Werner Lothar Koch juga di kenali sebagai Karl Koch menggunakan nama samaran “Hagbard”. Karl Koch merupakan ahli kumpulan penggodam “The Computer Chaos Club”. Pemuda dari Jerman ini bersama ahli kumpulannya menceroboh masuk ke dalam sistem komputer kerajaan AS bagi mencuri maklumat untuk dijual kepada agensi perisikan Kesatuan Soviet, Komitet Gosudarstvennoy Bezopasnosti (KGB).

Karl Werner Lothar Koch

Gambar ehsan Google.

Mereka menyasarkan NASA, data bank ketua turus AS dan Institute Max Planck bagi Fizik Nuklear. Pada 1989, Jerman Barat mengetahui tentang The Computer Chaos Club dan mendakwa mereka atas kesalahan mengintip.

Bagi mengelak dirinya daripada hukuman, Koch bersetuju bekerjasama dengan pihak berkuasa. Namun, tidak lama kemudian iaitu pada 23 Mei 1989, Koch ditemukan mati terbakar di sebuah hutan di Celle, Jerman. Dia dipercayai dibunuh oleh KGB bagi mengelak lebih banyak kebocoran maklumat.

Michael Calce
Beliau menggunakan nama samaran Mafiaboy, berumur 34 tahun. Michael Calce berasal dari Montreal, Quebec, Kanada. Pada Februari 2000, dia melakukan serangan siber ke atas banyak laman sesawang popular termasuk Yahoo!, FIFA.com, Amazon.com, Dell.inc, Ebay, CNN dan E*Trade sehingga tergendala sehingga satu jam.

Michale Calce

Gambar ehsan Google.

Dalam tempoh satu jam sahaja, Calce berjaya ditangkap selepas dia bercakap besar tentang perbuatannya laman sembang.

Pada tahun 2001, dia dihukum tahanan terbuka selama lapan bulan, dihadkan penggunaan internet dan sejumlah kecil denda. Calce menerima hukuman ringan kerana berusia 15 tahun dan masih bersekolah ketika itu.

Edward Majercyzk
Ogos 2014, koleksi hampir 500 gambar peribadi termasuk foto bogel pelbagai selebriti kebanyakkannya wanita tersebar di internet. Skandal ini di kenali sebagai Celebgate atau Fappening.

Perbuatan tersebut didalangi oleh beberapa penggodam termasuk Edward Majercyzk. Penggodam bersiri itu menggodam akaun iCloud dan Gmail milik beratus-ratus orang selebriti bagi mencuri gambar bogel.

Edward Majercyzk

Gambar ehsan Google.

Kes tersebut mendapat liputan meluas di media dan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai terhadap keselamatan data peribadi mereka.

Pada September 2016,  Edward Majercyzk mengaku bersalah dan di hukum penjara selama 9 bulan.

Mathew Bevan dan Richard Pryce
Mereka berdua ini adalah penggodam British, Mathew Bevan bersama anak didiknya Richard Pryce menyerang rangkaian sistem Pentagon selama beberapa minggu pada 1984. Bevan berusia 21 tahun dan Pryce 16 tahun pada waktu tersebut.

Mereka membuat salinan simulasi medan peperangan dari Pengkalan Tentera Udara Griffis di New York, memintas mesej dari agen AS di Korea Utara. Mereka turut menceroboh masuk ke dalam sistem NASA bagi mencari bukti kewujudan makhluk asing.

Mathew Bevan dan Richard Pryce

Gambar ehsan Google.

Tindakan mereka ini menyebabkan AS berasa tidak senang kerana mereka tidak dapat menentukan samada mereka menceroboh masuk ke dalam sistem Korea Utara atau pun Korea Selatan. Sekiranya  Korea Utara, pencerobohan itu di anggap sebagai satu bentuk peperangan dan boleh mencetuskan ketegangan di antara AS dan negara komunis tersebut. Namun, mujurlah mereka menggodam sistem Korea Selatan.

Bevan dan Pryce berjaya di tahan pada tahun berikutnya. Bevan di denda AS$ 1,500, manakala Pryce di lepaskan kerana kekurangan bukti.

Jonathan James
Antara 23 Ogos dan 27 Oktober, 1999 Jonathan James pada ketika itu berusia 15 tahun, menceroboh masuk ke dalam pelbagai sistem termasuk sistem sekolah Bellsouth dan Maimi - Dade serta server (pelayan) komputer agensi Pengurangan Ancaman Pertahanan (DTRA) AS.

Dia juga berjaya menceroboh ke dalam sistem Pentadbiran Angkasa Aeronautik Negara (NASA) dan mencuri perisian bernilai AS$1.7 juta yang digunakan untuk mengawal elemen kelangsungan hidup di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Jonathan Joseph James

Gambar ehsan Google.

Selepas pencerobohan itu dikesan, NASA terpaksa menutup komputer mereka selama 3 minggu Dan membelanjakan AS$ 41,000 untuk memeriksa dan memulihkan sistem mereka.

James ditahan pada Januari 2000. Dia kemudiannya mengaku bersalah atas dua kesalahan juvana sebagai pertukaran kepada hukuman yang lebih ringan.Dia dihukum tahanan di rumah selama enam bulan dan diletakkan dalam pengawasan sehingga berumur 18 tahun serta di perintahkan menulis surat permohonan maaf kepada NASA dan Jabatan Pertahanan.

Pada 2008, James sekali lagi di siasat oleh pihak berkuasa kerana disyaki terlibat dalam siri penggodaman maklumat kad kredit. Pada 18 Mei 2008, James di temui mati di dalam bilik air rumahnya dengan kesan tembakan di kepala. Dia di percayai membunuh diri kerana tidak mahu dihukum atas kesalahan yang tidak dilakukannya.

Hector Monsegur
Beliau merupakan pengasas bersama kumpulan penggodam dan mengunakan nama samaran ‘Sabu’. Ketika itu beliau berumur 34 tahun. Lulzsec yang telah menceroboh sistem Sony News International, Agensi Perisikkan Pusat (CIA), Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Scotland Yard dan beberapa agensi terkenal yang lain.

Identiti sebenar Sabu di kenal pasti oleh Backtrace Security pada 11 March 2011 dan Monsegur di tangkap oleh FBI pada Jun 2011. Namun, Monsegur bersetuju menjadi pemberi maklumat dan bekerjasama dengan FBI bagi menangkap penjenayah cyber yang lain.

Hector Monsegur

Gambar ehsan Google.

Monsegur menyalurkan maklumat sehingga FBI berjaya menangkap lima penggodam yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Anonymous, Lulzsec dan Antisec. Maklumat yang diberikan oleh Monsegur juga membawa kepada penangkapan penggodam paling di kehendaki, Jeremy Hammond dan dua penggodam dari UK iaitu James Jeffery dan Ryan Cleary.

Sepanjang berkerjasama dengan FBI, Monsegur berjaya menghalang 300 serangan cyber sepanjang 3 tahun sejenak 2011 termasuk ke atas sistem NASA, tentera AS dan syarikat media.

Semasa hari jatuh hukum pada 27 Mei 2014, Monsegur dibebaskan dengan setahun pengawasan kerana bekerjasama dengan FBI.

Andrian Lamo
Andrian Lamo ketika itu berusia 36 tahun. Beliau mula mendapat perhatian media selepas menceroboh masuk ke dalam beberapa rangkaian komputer berprofile tinggi termasuk The New York Time, Yahoo! dan Microsoft. Dia ditahan pada 2003.

Pada 2004, lamu dihukum tahanan di dalam rumah ibu bapanya selama enam bulan, diletakkan di bawah pengawasan selama dua tahun dan di arahkan untuk membayar AS$ 65,000.

Andrian Lamo

Gambar ehsan Google.

Pada 2010, Lamo melaporkan kepada tentera AS tentang Bradley Manning yang telah membocorkan banyak document sulit tentang operasi tentera AS di Iraq kepada Wikileaks. Manning kemudian di hukum penjara selama 35 tahun.

Menurut Lamo, dia tidak akan mendedahkan Manning sekiranya nyawanya tidak dalam bahaya.

Kevin Mitnick
Kevin Mitnick berumur 54 tahun juga dikenali sebagai The Condor dan The Darkside Hacker. Kevin pernah di penjarakan pada tahun 1988 mencuri program komputer beberapa organisasi.

Selepas dibebaskan beliau kembali menggodam beberapa sistem komputer beberapa organisasi ternama seperti Nokia, Motorola dan Pentagon sehingga di senaraikan penjenayah cyber yang paling di kehendaki di AS.

Kevin Mitnick

Gambar ehsan Google.

Pada 1995, Mitnick di tangkap oleh pihak berkuasa dan di dakwa atas 25 pertuduhan berkaitan jenayah cyber. Pada 1999, Mitnick mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan dan dihukum penjara selama 46 bulan dan tiga tahun di bawah pengawasan. Selepas menjalani hukumannya, beliau kini menjadi usahawan berjaya dan memiliki firma sekuriti komputer sendiri, Mitnick Security Consulting.

1 comment :

  1. terlampau cerdik pun susah jg..selalunya yg jadi penggodam ni, mereka yg mencipta sistem tu sendiri (dlm movie la kan)..

    sistem ciptaan manusia takde yg kebal, hanya ciptaan Allah SWT saja yg sempurna..

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...