Wednesday, January 13, 2016

JJCM : Char Kuey Teow Tsunami, Tasik Biru

Tempat makan best di Kuang. Jalan-jalan Makan-makan kini bersiaran di tepi Tasik Biru, Kuang untuk menunaikan hasrat adinda yang teringin nak makan Char Kuey Teow Tsunami yang terkenal di kawasan Tasik Biru nie di Warung Teratak Dedap. Warung nie terletak di tepi Tasik Biru. Kebiasaannya, pengunjung akan singgah di gerai nie pada waktu petang. Sememangnya pelanggan gerai akan singgah disini, sambil makan, sambil menikmati waktu petang di tasik.


Gambar ehsan FB Warung Teratak Dedap

Warung Teratak Dedap, Kuang

Makan Char Kuey Teow di bawah pohon kelapa tidak berbuah. Betul-betul di tepi Tasik Biru sambil tengok orang bermain jet ski. Kalau nak datang sini, teman cadangkan kome datang sini sebelum waktu asar. Kalau lewat, gerai nie penuh. Silap hari bulan, bahan utama seperti udang dan ketam untuk char kuey teow tsunami nie habis. Klik disini untuk FB Warung Teratak Dedap untuk maklumat lanjut.

Tasik Biru, Kuang

Tasik Biru, Kuang

Ok, menu signiture yang teman pesan dah sampai. Inilah Char Kuey Teow Tsunami yang terkenal di Tasik Biru. Jangan lupa cuba sekali Rojak Pop-Pop dan Cendol Pop-Pop. Sepinggan Char Kuey Teow Taunami nie berharga RM13.

Char Kuey Teow Tsunami

Rojak Pop-pop


Cendol Pop-pop

Lepas seminggu, teman datang lagi ke Warung Teratak Dedap nie. Kunjungan terbaru nie hanyalah untuk mencuba Mee Goreng Melayu. Bukan apa, hari tu nampak sorang pelanggan tu makan Mee Goreng Melayu, nampak menyelerakan jerk. Itu yang nak cuba rasa jugak.


Mee Goreng Melayu

Well, my comment... mmm... not bad... Beginilah susana Warung Teratak Dedap nie di waktu petang. Penuh dengan pelanggan-pelanggannya.

Warung Teratak Dedap, Kuang

Warung Teratak Dedap, Kuang

Warung Teratak Dedap, Kuang

Sambil makan tu... Sambil layan tengok aksi orang main jet ski...

Tasik Biru, Kuang

Tasik Biru, Kuang

Tasik Biru, Kuang

Teman dapat tau, warung nie akan berpindah di tempat lain. Masih lagi di sekitar Tasik Biru nie. Tak boleh la lagi nak makan di tepian Tasik Biru nie...

Warung Teratak Dedap, Kuang

Lepas nie, kalau kome nak datang makan kat Warung Teratak Dedap nie... calling-calling la nombor kat sign board atas tu... 019-3427478

Warung Teratak Dedap, Kuang

Apa pun, lepak petang-petang di Warung Teratak Dedap nie sambil pekena Rojak Pop-pop atau Char Kuey Teow Tsunami memang owhsome.

6 comments :

  1. Menarik tempat makan dia. Harap sempat lagi nak merasa makan di tepi tasik. Boleh nak pergi juga.

    ReplyDelete
  2. dok fikir kuang ni dok hak mana . nak gak google nanti . tetiba terliur plak tgk segala jenis makanan terutama cendol ...

    ReplyDelete
  3. berpa minit klau dri damnsar prdana ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti la pulak... Cara paling mudah tau jaraknya, guna je applikasi Google Maps tuu...

      Delete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...