Sunday, January 10, 2016

Kuliah : Dulu suka, sekarang tidak lagi

Mengapa bila meningkat usia, banyak perkara yang digemari sewaktu muda dulu semakin tidak menyeronokkan? 


Ustaz berpesan lihatlah sesuatu yang Allah takdirkan dengan mata hati supaya kita dapat muhasabah diri.

"Semakin Meningkat Adalah Umur, Semakin Dekat Adalah Kubur"


Antara contoh-contoh yang diberikan :- 


1. BILA TUA, keinginan utk makan sedap-sedap semakin berkurang. Nafsu makan sudah tiada. 

HIKMAHNYA - Perbanyakkan puasa sunat ataupun mengqada' puasa2 yang dahulunya sewaktu muda pernah kita tinggalkan... 


2. BILA TUA, mata kerap terjaga diwaktu malam dan sukar pula untuk tidur semula. 

HIKMAHNYA - bangunlah untuk berqiamulail, mengerjakan solat sunat tahajud, solat sunat taubat dan lain-lain. Diwaktu muda diantara kita mungkin tidak pernah melakukan solat-solat sunat tersebut tetapi Allah s.w.t memberi kita peluang dengan mengarahkan malaikat untuk mengejutkan kita di tengah malam untuk melakukannya sebelum dijemput pulang. 


3. BILA TUA, sudah tidak gemar menonton tv. Tidak ada lagi rancangan tv yang diminati. 

HIKMAHNYA - waktu yg terluang itu, perbanyakkanlah membaca Al-quran. Mungkin sewaktu muda tidak pernah khatam, maka sewaktu tua ini berusahalah untuk khatam. Paling tidakpun setahun sekali. Sesungguhnya setiap ayat-ayat Al-quran yang kamu baca itulah yang akan mengikuti dan menemani kamu di alam kubur untuk menerangi serta meluaskan alam baru mu kelak. 


4. BILA TUA, selepas bersara, banyak waktu lapang. Anak-anak kita sudah dewasa dan mempunyai keluarga sendiri. 

HIKMAHNYA - sewaktu muda kita mungkin tiada masa utk menimba ilmu yg bermanfaat kerana sibuk menguruskan hal anak-anak yang masih kecil sehingga meningkat dewasa. Oleh itu sisa-sisa usia yang Allah s.w.t pinjamkan ini bolehlah digunakan utk hal-hal berfaedah yang bermanfaat. Banyakkanlah bergaul dengan sahabat-sahabat atau jemaah-jemaah dari golongan yang berilmu/soleh agar dapat kita mempelajari/berkongsi ilmu dari mereka. Banyakanlah menghabiskan masa di surau atau dimasjid-masjid, menghadhiri majlis ilmu, belajar serta bertalakki dengan ustaz/ustazah/alhafiz dan lain-lain program yang berfaedah. Semua yang kita lakukan ini semata-mata sebagai bekalan untuk kita bawa bersama di alam barzakh/akhirat kelak.

4 comments :

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...