Thursday, June 4, 2015

Petua : Untuk merawat masalah darah tinggi

Mengatasi masalah tekanan darah tinggi. Penyakit darah tinggi adalah tergolong dari penyakit tiga serangkai, diabetis (kencing manis), darah tinggi dan penyakit jantung. Apabila sampai masanya nanti, kita akan sangat mementingkan kesihatan diri. Pernah juga teman mendengar asal penyakit adalah dari perut. Maksudnya, asal penyakit adalah dari cara permakanan kita seharian.

Darah tinggi

Gambar ehsan Google.

Ok, dalam entry kali ini, teman hendak berkongsi satu petua untuk mengatasi masalah penyakit tekanan darah tinggi.

Caranya sangat mudah dan ianya perlu dijadikan amalan seharian. Bahan yang di perlukan adalah belimbing buluh. Belimbing buluh nie selain dijadikan ramuan dalam masakkan untuk menambahkan kelazatan makanan terutama apabila memasak gulai lemak cili padi ikan sembilang, juga sangat berkhasiat untuk kesihatan,

Belimbing Buluh

Gambar ehsan Google.

Belimbing buluh dikatakan boleh menghilangkan penyakit darah tinggi dengan mengamalkan memakan buah belimbing yang agak muda sebanyak dua biji sehari. Amalkan setiap hari sehingga kesannya nampak pada penurunan darah anda. Ketika ini, anda juga dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan garam dan daging serta makanan yang mengandungi lemak.

Apa pun, petua ini memerlukan commitment yang tinggi barulah akan menampakkan hasilnya.

4 comments :

  1. boleh cuba :D

    jemput singgah blog saya iolacaviarofficial.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. wah! nice sharing...tapi agak susah kan nak cari belimbing buluh ni...masak lemak cili api letak belimbing ni,,,terangkatttt...sedapnya!

    Btw, kalau sue selain jaga makan, amalkan makan bawang putih & minyak ikan..insyAllah terkawal la tekanan darah tu....



    Singgah blogwalking...:)
    Nak tingkatkan metabolisme badan tak?jemput baca artikel ni:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/cinch-tea-bantu-anda-kurus.html

    ReplyDelete
  3. Usaha dan tawakkal kepadaNYA..

    ReplyDelete
  4. ohhh.. makan belimbing buluh ek... wat masak lemak ikan letak belimbing buluh, perghhh!!! terliur lak, hehehehe...

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...