Thursday, February 12, 2015

Petua : Mengatasi masalah rambut gugur

Masalah rambut gugur. Rambut adalah mahkota. Tanpa rambut gondol lah kome tu. Tapi ada sesetengah lelaki itu suka botakkan kepala mereka. Ada dua persepsi disini kenapa mereka botakkan kepala mereka. Pertama, supaya nampak lebih macho dan keduanya, mereka nampak lebih pelik jika berambut. Jadi mereka botakkan rambut mereka. Bagi golongan wanita, adalah sangat pelik kalau wanita itu botak. Sebab itu dikatakan rambut adalah mahkota bagi setiap wanita.

Rambut gugur

Gambar ehsan Google.


Entry kali ini, teman nak kongsikan petua untuk mengatasi masalah rambut gugur. Terutama bagi golongan wanita, mereka sangat risau jika rambut mereka gugur di tahap kronik. Sebelum ini teman ada kongsikan beberapa petua untuk mengatasi masalah rambut gugur. Teman senaraikan di bawah;


Untuk membuat petua ini, bahan utam yang di perlukan ialah biji halba.

Masalah rambut gugur

Gambar ehsan Google.

Dapatkan biji halba secukupnya. Biji halba ini dikisar sehingga hancur. Kemudian bancuh dengan sedikit air sebelum di sapukan di atas kepala. Lakukan sedikit urut lembut di kulit kepala. Kemudian biarkan selam setengah jam. Setreusnya, bilas dengan air bersih. Amalkan petua ini sekali seminggu.

Petua ini bukan saja dapat membantu mengatasi masalah rambut gugur tetapi dalam waktu yang sama menjadikan rambut sihat berseri.

Selamat mencuba!

4 comments :

  1. Petua yang berguna ni. Terima kasih kogsi ni.

    ReplyDelete
  2. ohh ade petua yg simple utk rambut gugur ek.. Izni bz ke? jarang dah update... hurm... kalo tak, amik suplement shakelee, elak rambut gugur, heee~ kuar duit skit la kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal tahun agak sibuk juga la... +eMMe dah bersalin ke? Apa khabar baby baru?

      Delete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...