Thursday, February 12, 2015

Petua : Menghilangkan kedut di wajah

Wajah berkedut. Inilah satu perkara yang paling menakutkan bagi kebanyakkan orang, terutamanya bagi golongan wanita. Sebelum nie adalah teman kongsikan satu petua untuk mengatasi masalah kedutan di wajah. Kalau kome nak membacanya boleh klik kat sini ye.


Untuk menghilangkan kedutan yang mula menghuni di bahagian wajah kome tu, mula-mula kome kenalah dapatkan bahan-bahan nie;

Lobak merah

Gambar ehsan Google.
  • Sebiji lobak merah (diparut sehingga hancur)
  • Satu sudu tepung jagung
  • Sebiji telur (di ambil kuning telur sahaja)
Kuning telur

Gambar ehsan Google.

Ketiga-tiga bahan ini, kome campurkan dan kacau sehingga sebati. Bila dah sebati, boleh lah sapukan pada bahagian wajah yang berkedut tu dan biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali sehari, di sebelah pagi selepas bangun dari tidur dan malam sebelum tidur. Jadikan ini amalan seharian.

Selamat mencuba!

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...