Thursday, January 15, 2015

Petua : Mengatasi masalah rambut gugur

Rambut gugur. Kome ada masalah rambut gugur tak? Jika rambut tu gugur dalam anggaran 10 helai sehari, itu adalah normal. Tetapi jika rambut gugur lebih dari 10 helai sehari, itu tandanya masalah. Dalam entry yang lepas, teman ada kongsikan beberapa petua yang boleh kome bacanya dengan klik disini dan disini juga.


Gambar ehsan Google.

Dalam entry hari nie, petua yang teman nak kongsikan disini mengunakan lemak ayam. Selalunya, apabila membersihkan ayam, kita akan buang bahagian lemak ayam itu. Ambil lemak ayam tersebut dan masak lemak tersebut  sehingga menjadi minyak. Lemak ayam ini dimasak dengan sedikit air. Air bergantung kepada berapa banyak lemak ayam tersebut.


Gambar ehsan Google.

Setelah ayam tersebut cair menjadi minyak, biarkan ia sejuk. Kemudian, sapukan pada kulit kepala dan kemudian biarkan untuk seketika (setengah jam). Sebaik-baiknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Selepas itu, bilas dengan air bersih dan lap rambut sehingga kering. Lakukan setiap hari. Cara ini juga dapat mencegah kelumumur.

Ok, Selamat mencuba. Tinggalkan komen ada disini bila dah cuba petua nie.

2 comments :

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...