Kali nie, teman nak kongsikan satu petua macam mana nak menghalau tikus. Kome ada masalah tikus tak... tikus nie, start masuk rumah, konfirm beranak pinak dia nanti. Mula-mula sekor, lepas tu start berfamily... lepas membiak bak menjadi satu koloni pulak...
Bahan yang diperlukan ialah daun pokok durian belanda... Buah durian belanda nie banyak khasiatnya. Klik link dibawah nie kalau nak membaca artikel mengenai khasiat buah durian belanda.
Durian belanda dan Kanser
Khasiat buah durian belanda
Gambar - ehsan Google
Caranya mudah sahaja. Apa yang perlu dibuat, ambil daun durian belanda yang segar tadi (masih hijau) kemudian letakkan ditempat-tempat yang biasa kome nampak tikus tu lalu. Letak la banyak-banyak sket. Kalau boleh, letak la lebih dari satu tempat. Baru lah berkesan sket. Sebenarnya, tikus-tikus nie tak suka bau daun durian belanda nie. Bila daun durian belanda nie dah kering. Kome gantikan lah dengan daun yang baru.
Lama-lama nanti, tikus-tikus tu semua akan cabut lari dari rumah kome. Baru lah aman bahagia.


pernah taruk daun ni untuk halau cik ti tu. bau daun dia memang busuk. sebab tu cik ti tak suka.
ReplyDeletetapi busuk lagi bau cik ti. huh!
Memang busuk ke daunnya tu... tak tau pulak teman...
Delete