Pesanan Rasulullah s.a.w buat yang
menghidap penyakit ktonik.
Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang
menghidap penyakit kroniklkanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi
dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana
dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saw;
"Dituntut ke atasmu melakukan solat
malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang
soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus
segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."
Menurut guru kami. Al Fadhil Ustaz Wan
Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja
merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi
badan si sakit semula.
Mesti cuba tau! Moga Allah
menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua.
Thanks for sharing!
ReplyDelete