Thursday, January 17, 2013

Petua : Untuk mendapatkan rambut segar berseri

Kali nie, teman nak kongsikan satu petua untuk mendapatkan rambut segar berseri. Teman pasti kome pasti risau kalau rambut kome kering serta nampak tidak bermaya. Kome pulak jenis orang yang tak suka memakai minyak rambut untuk membasahkannya.


Ok, petua kali nie dapat membantu kome mengatasi masalah ini. Apa yang kome perlukan adalah yoghurt. Yoghurt ini banyak khasiatnya selain untuk makanan dan kesihatan diri. Salah satunya untuk kesihatan rambut. Kome gunalah plain yoghurt, maksudnya yoghurt biasa tanpa sebarang perisa.


Caranya mudah sahaja. Apa yang kome perlu buat, hanyalah dengan menyapu yoghurt tu pada rambut kome. Kemudian, balutkan kepala kome dengan tuala yang telah dibasahkan dengan air panas. Perah la dulu tuala tu sebelum kome balut kepala kome tu ye... Air pulak, jangan lah terlalu panas... kira suam-suam gitu,,, Nanti kome tak tahan panas pulak. Balut rambut kome tu selama setengah jam. Lepas tu, basuh rambut kome tu dan gunakan syampu pelembut rambut (conditioner).

Amalkan seminggu sekali, insyallah rambut kome cantik berseri.

2 comments :

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...