Thursday, January 3, 2013

Petua : Merawat kudis buta

Selamat Tahun 2013 kepada semua pengunjung blog teman nie. Entry petua pertama 2013 nie adalah berkenaan Kudis Buta. Kome pernah dengar tak tentang kudis buta nie. Teman pernah la dengar, tapi tak pernah tengok dengan mata kepala sendiri. Ok, berbalik kepada petua untuk merawat kudis buta nie, bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti tersenarai dibawah nie;


  1. Kapur barus (lebih kurang tiga ketul)
  2. Belerang kuning
  3. Minyak Zaiton


Mula-mula campurkan kapur barus dan belerang kuning. Tumbuk kedua-dua bahan ini sehingga hancur lumat. Setelah hancur, campur kedua-dua bahan ini dengan minyak zaiton. Perapkan bahan ini semalaman sebelum boleh digunakan.

Cara pengunaannya.
Sapukan campuran ini kepada kudis tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari. Insyaallah, penyakit kudis buta tersebut akan baik.

Selamat mencuba!

Klik disini untuk membaca petua rawatan kayap ular.

Gambar : ehsan carian Google.

2 comments :

  1. Tak perlu susah cuba ini krim>>
    Salam semua. Saya ada hasilkan krim yang telah terbukti berkesan untuk kudis dan kudis buta. Disapu terasa sejuk saja. Hilang rasa gatal-gatal, pedih yang tidak menyenangkan dan tidak melia atau menanah. Ia mempercepatkan sembuh. Dalam masa beberapa hari insyaAllah akan bertambah pulih. Untuk mandian sebagai mencuci kulit badan dan pencegahan, Sabun Mutiara Bumi telah dikeluarkan juga. Hubungi saya untuk mencubanya. Jenama Krim Mutiara Bumi, harganya cuma 12.00 saja dan Sabun Mutiara harganya RM6.00 saja. Untuk mencuba sila hubungi .Hj Man 0134389413..T kaseh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya approve kan komen ini sebagai pilihan alternative kepada pembaca entry ini. Admin tidak akan bertanggungjawab jika ianya membawa kemudaratan. Risiko adalah tanggungjawab sendiri. Sila tinggalkan komen anda disini berkenaan komen +A Rahmani

      Delete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...