Thursday, October 9, 2014

Petua : Untuk merampingkan badan

Ramai wanita di luar sana yang impikan tubuh yang ramping dan lansing. Ada di antara mereka yang sanggup mengeluarkan sejumlah perbelanjaan yang besar semata-mata untuk kelihatan ramping, lansing dan menawan. Bagi yang tidak mampu pula, mereka lebih cenderung mengunakan pelbagai jenis produk yang banyak di pasaran tanpa memikirkan risiko terhadap kesihatan tubuh badan mereka. Apa pun sebagai pilihan alternative, teman peturunkan info yang perolehi dari orang lama.


Jangan berlapar - Makanan memberikan tenaga dan apabila tenaga yang di perlukan tidak mencukupi, tubuh akan bertindak balas. Dan bila sudah tidak tahan berlapar, anda pasti akan makan lebih banyak lagi. Jadi tiada gunanya anda menahan lapar.

Amalkan yang pahit - Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat ke otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidak cekapan penghadaman.

Minum air 8 gelas sehari (air suam) - Air secara semulajadinya mengurangkan selera makan dan membantu tubuh memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Cubalah petua ini. Sebelum mengambil makanan berat, minum lah air. Pasti anda tidak akan makan banyak.

Elakkan minuman bergas - Minuman bergas biasanya mengandungi 7 hingga 8 kali ganda gula dan tidak baik untuk kesihatan.

Kurangkan pegambilan garam - Pengambilan garam yang tinggi mengalakkan penakungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna tubuh anda menakung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat badan di sebabkan air.

Monday, October 6, 2014

CPUV : SME Micro Finance

SME Micro Finance. Ini adalah CPUV ke sepuluh dari Nuffnang. Syukur alhamdulillah, blog apakehei nie masih lagi mendapat sedikit ruang dari Nuffnang. Untuk CPUV SME Micro Finance, blog teman telah di beri tiga CPUV yang sama yang ketika ini sedang rancak berdendang di header blog teman.

SME Micro FInance - Maybank

Apa sebenarnya SME Micro Finance nie? Ok, SME Micro Finance nie sebenarnya untuk pembiayaan perniagaan mikro. Jika kome sekarang nie bercadang untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan atau mikro, atau pun sedang menjalankan perniagaan jenis ini dan memerlukan suntikan modal untuk merancakkan perniagaan. Mereka bukan saja memberi bantuan kewangan, tetapi juga memberi sokongan dan bimbingan perniagaan.

CPUV - SME Micro Finance

Ini adalah antara inisiatif pihak kerajaan melalui agensi-agensi berkaitan yang menyertai program ini. Kome boleh klik disini untuk mendapatkan info bank yang menyertai program ini.

Perlu di ingat, bantuan pinjaman ini adalah bertujuan untuk perniagaan dan bukannya untuk tujuan pembiayaan peribadi.

Apa pun, terima kasih pada Nuffnang yang masih sudi memberikan CPUV yang ketika ini berstatus ONGOING berjumlah 15 CPUV kesemuanya.

Sunday, October 5, 2014

Kuliah : Mudahnya solat

Mudahnya solat