Thursday, October 9, 2014

Petua : Untuk merampingkan badan

Ramai wanita di luar sana yang impikan tubuh yang ramping dan lansing. Ada di antara mereka yang sanggup mengeluarkan sejumlah perbelanjaan yang besar semata-mata untuk kelihatan ramping, lansing dan menawan. Bagi yang tidak mampu pula, mereka lebih cenderung mengunakan pelbagai jenis produk yang banyak di pasaran tanpa memikirkan risiko terhadap kesihatan tubuh badan mereka. Apa pun sebagai pilihan alternative, teman peturunkan info yang perolehi dari orang lama.


Jangan berlapar - Makanan memberikan tenaga dan apabila tenaga yang di perlukan tidak mencukupi, tubuh akan bertindak balas. Dan bila sudah tidak tahan berlapar, anda pasti akan makan lebih banyak lagi. Jadi tiada gunanya anda menahan lapar.

Amalkan yang pahit - Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat ke otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidak cekapan penghadaman.

Minum air 8 gelas sehari (air suam) - Air secara semulajadinya mengurangkan selera makan dan membantu tubuh memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Cubalah petua ini. Sebelum mengambil makanan berat, minum lah air. Pasti anda tidak akan makan banyak.

Elakkan minuman bergas - Minuman bergas biasanya mengandungi 7 hingga 8 kali ganda gula dan tidak baik untuk kesihatan.

Kurangkan pegambilan garam - Pengambilan garam yang tinggi mengalakkan penakungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna tubuh anda menakung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat badan di sebabkan air.

3 comments :

  1. yang jgn belapar & minum 8 gelas air sehari tu mmg sokong sgt hehehe

    ReplyDelete
  2. terima kasih en izni, hope boleh ramping selepas bersalin..tips yg bagus ni.. jom same2 amalkan..dan sihat ramping...

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...