Hotel di Lumut, Perak. Ini kali pertama
teman kami menginap di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut atau nama lainnya Damai Laut Golf and Country Resort. Sebelum ini, teman hanya kesini apa
bila menjalankan tugas saja. Sebenarnya entry nie dah lama terperap kat dalam
draft tu. Hari ini baru ada masa untuk edit apa yang patut. Perjalanan teman ke
daerah Manjung kali ini hanyalah menziarah rakan-rakan bersempena hari raya
Aidil Fitri yang lepas. Macam biasa, teman pasti membuat review untuk setiap
hotel atau resort yang teman kunjungi. Klik disini untuk maklumat lebih lanjut berkenaan Swiss Garden Beach Resort Damai Laut.
Ok, entry hari ini teman kongsikan review
teman berkenaan Swiss Garden Beach Resort Damai Laut. Swiss Garden Beach Resort Damai Laut nie kedudukan agak
terpencil sedikit. Jauh dari keriuhan bandar Sitiawan atau Sri Manjung. Ada dua cara untuk ke Swiss Garden Beach Resort Damai Laut nie. Kalau melalui perjalanan darat dengan kereta mengambil masa lebih kurang 30-45 minit dari Sitiawan.
Jarak
perjalanan dari Swiss Garden Beach Resort Damai Laut ke Sitiawan atau Sri Manjung adalah lebih
kurang 25KM sahaja. Hampir 3/4 perjalanan dari Sitiawan ke Swiss Garden Beach Resort Damai Laut,
pengunjung akan dihidangkan dengan hutan paya bakau. Kalau bernasib baik,
pengunjung mungkin akan terserempak dengan kumpulan monyet liar yang mencari
makanan berhampiran paya bakau tersebut. Jika air laut pasang, mungkin
pengunjung berpeluang melihat ketam, memerang dan pelbagai jenis ikan
bermain-main air di sekitar paya bakau itu.
Satu lagi cara untuk kesini ialah melalui bot dari jati Lumut ke jeti Swiss Garden Beach Resort Damai Laut. Masa perjalanan lebih kurang sama je. Kalau melalui bot, perlu di arrange awal dengan pihak resort supaya mudah mereka menguruskan pengangkutan.
Kebetulan pada waktu teman check in hari tu,
teman tiba di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut hampir pukul 9 malam. Untuk check kali ini, teman ambil 2 bilik, sea view. Konon-kononnya nanti nak tengok laut la... Malas nak singgah makan
di luar. Sampai saja di resort, teman terus check in dan hantar beg pakaian ke
bilik dan kemudian turun balik untuk makan malam. Malam nie, kami makan malam di Thai Taste, Swiss Garden Beach Resort Damai Laut je. Ambil ala-carte order je. Untuk malam nie, teman order set nasi putih dan kari ikan. Well memang terbaik la set kari ikan nie. Ikannya segar dan kari nya pun cukup rasa. Memang best.
Lepas habis diner, terus bilik. Maklum la, semua dah letih dan nak tidur. Sebelum buat apa-apa, sempat jugak la teman ambik gambar kedua-dua bilik nie. Untuk check kali ini, teman ambik apartment dua bilik. Untuk sehari semalam je. Ok la, janji boleh tidur dengan selesa. Lupa pulak teman nak snap bilik nie. Teman pun dah lupa apa nombor bilik yang diberi kat kami. Ok. ini la tempat untuk kami beradu malam ini.
Ok la kan. Katil pun besar... Muat la untuk kami 3 beranak nie untuk tidur semalaman disini.
Sambil baring-baring tu, boleh la layan menonton TV nie... Tak ada saluran ASTRO la pulak... So, layan jer la TV3 yang bosan nie... Esok, awal-awal pagi lagi dah bangun... siap solat subuh... Lepas tu lepak kat balkoni sambil menghirup udara segar di waktu pagi.
Nun sayup mata memandang terbentang luas Selat Melaka. Pulau di hadapan tu adalah Pulau Pangkor.
Cuaca pagi nie hujan renyai-renyai sket. Itu yang buat sejuk sangat pagi nie. Nak turun breakfast pun malas. Tapi, perut lapar. Untuk breakfast, teman dapat dua voucher percuma. So, kena tambah lagi 3 untuk ayah, ibu dan Along. Aisar bukannya makan sangat pagi-pagi macam nie. Selalunya, Aisar dapat percuma je breakfast kat hotel nie.
Ok, untuk sarapan pagi di Garden Terrace nie, setiap pengunjung akan dikena bayaran sebanyak RM33 seorang. mmm... layan jer la... Bukannya selalu pun... Sesekali je nak breakfast macam nie.
Lepas breakfast, teman luangkan masa berjalan-jalan sekitar Swiss Garden Beach Resort Damai Laut nie. Kebetulan, pagi nie hujan renyai-renyai. So, tak boleh la nak layan Aisar mandi kolam. Di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut nie ada padang golf. Nasib baik la teman nie tak berapa minat sangat main golf. Kalau tak, tentu dah layan menebas.
Land skap Swiss Garden Beach Resort Damai Laut nie sangat menarik. Ada kolam ikan yang menempatkan ikan Japanese Kap bersaiz besar.

Bila hujan dah reda, kami ronda-ronda sekitar resort nie. Best juga kalau bercuti lama kat sini. Saja jer divert Aisar ke tempat lain dari tengok kolam nie lama-lama. Kalau tak nanti jenuh nak bagi dia keluar dari kolam nie. Berjanggut menunggunya.
Kalau kome nak tau, Damai Laut Country Resort nie di kelilingi oleh paya bakau. Bab yang agak menyeramkan... kat sebelah guard house tu ada perkuburan orang-orang melayu. Kawasan perkuburan nie di pagari dengan pagar dan pokok. So, pengunjung memang tak akan perasan kewujudan kawasan perkuburan nie. Kalau kome selak pokok tu, nampak la kawasan perkuburan tu. Sedekah la surah Al-Fatihah buat arwah-arwah di situ ye.
Bila hujan dah reda sket, kami pun menapak jauh sket... nak tengok selat Dinding... Ada watch tower di situ... berhampiran jeti Swiss Garden Beach Resort Damai Laut nie... Cuaca pun agak mendung, malas la teman panjat tower nie.
Di hadapan sana, kita boleh nampak sekitar bandar Lumut, taman esplanet Lumut dan jeti Lumut yang berada bertentangan dengan Swiss Garden Beach Resort Damai Laut.
Cuaca dah mula panas... Sebelum balik, kami habiskan masa dengan photoshot family... Gambarnya tak di kongsikan disini... hehehehehe...
Itu la saja review teman untuk Swiss Garden Beach Resort Damai Laut nie. Family teman pun dah jauh meninggalkan teman di belakang. Ok, macam biasa, nie ada rate yang teman bagi selama menginap di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut nie.

Bilik
|
|
Kemudahan
|
|
Khidmat Pelanggan
|
|
Breakfast
|
|
Kepuasan Menginap Keseluruhan
|
|
No comments :
Post a Comment
Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...