Wednesday, August 13, 2014

Wordless : Hanya untuk ibu-ibu mengandung

Ini adalah inisiatif terbaru pihak Menara TM khas untuk staff wanita yang mengandung. Hanya untuk ibu-ibu mengandung saja tau. Untuk bapa-bapa yang mengandungi itu harap dapat lebihkan aktiviti-aktiviti sihat seperti berjalan kaki dan bersenam ye...😆😋🤗🤗

Parking khas untuk ibu mengandung

Main belon dari buih sabun pun boleh jadi terkenal

Teman masa kecik-kecik dulu pernah jugak main buih sabun buat belon. Tapi, tak pernah pulak teman terfikir main belon dari buih sabun nie pun boleh jadi terkenal di seluruh dunia. Inilah yang dinamakan skill atau kemahiran yang unik ada pada diri seseorang tu. Siapa sangka kan, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Inilah kemahiran yang ada pada Fan Yang dan pasangannya Ana Yang. Mereka adalah bubble artist atau artis gelembung di dalam bahasa Malaysia. Mungkin nak sedap sket, kita panggil artis buih. Klik disini untuk ke portal mereka dan jangan lupa bayar kalau mahu menonton persembahan mereka tu.

Masyuk beb main buih sabun nie...


Entah bila agaknya depa nie akan buat persembahan di Malaysia nie.

Tuesday, August 12, 2014

Berjimat di hari raya dengan recycle

Berjimat di hari raya. Di hari raya nie, mesti ramai yang memperuntukkan sejumlah wang untuk pemberian duit raya. Bila nak bagi duit raya, mesti perlu letak dalam sampul duit raya kan. Kalau tak dimasukkan dalam sampul, macam tak best la pulak. Dalam berbelanja di hari raya nie, perlu lah berjimat cermat sket. Kalau tak beringat, lepas berhari raya nanti pokai lah jawabnya. Mula lah nak meminjam sana sini. Mana yang dah berkeluarga dan ada anak, confirm duit raya anak menjadi sasaran. Jangan kome buat macam tu. Tak baik tau. Amalkan jimat cermat dalam perbelanjaan tu dan janganlah boros dalam perbelanjaan tu.

Duit raya

Antara yang boleh di jimatkan semasa di hari raya ialah dengan mengunakan sampul raya recycled. Walau pun sampul raya nie murah dan kadang - kadang boleh didapati dengan percuma, tapi ada masanya sukar juga untuk mendapat sampul duit raya dengan percuma. Kalau dapat pun, ianya tidak mencukupi. Niat untuk bersedekah tu baik, tapi janganlah sampai membazir. Satu cara untuk berjimat ialah dengan mengunakan sampul duit raya recycled. Budak - budak sekarang nie, bukannya kisah sangat tentang sampul duit raya tu. Bagi mereka, yang penting isi dalam sampul tu. Jadi, dari membazir duit untuk membeli banyak sampul duit raya, lebih baik duit untuk membeli sampul duit raya tu digunakan untuk bersedekah. Ada juga faedahnya.