Thursday, June 21, 2012

Petua - Merawat masalah bintil atau ketuat

Kaedah ini adalah agak ekstrem dalam merawat bintil atau ketuat. Bagaimana pun kaedah ini dikatakan cepat sembuh atau hilang. Ini merupakan kaedah ketiga dalam siri merawat bintil atau ketuat. Kaedah ini ada dua cara :



Cara pertama : Kikis bintil itu. Ikat dengan sehelai rambut, jangan dibuka. Jika ia tertanggal, ikat lagi. Insya-Allah bintil itu akan hilang.

Cara kedua : Cara ini akan terasa sakit sedikit. Kikis bintil itu sehingga luka. Sapukan cuka (asid) getah. Anda akan terasa pedih. Bagaimana pun cara ini lebih cepat baik atau sembuh.


Selamat Mencuba...

Klik disini untuk membaca kaedah kedua dalam merawat bintil atau ketuat

Wednesday, June 20, 2012

Games Hina Islam

Devil May Cry 3

Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum 'penghulu syaitan' menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.

























Tuesday, June 19, 2012

Wordless - Menara TM