Thursday, April 12, 2012

Warehouse Sales Beg Berjenama

Entry di pagi nie, saja teman nak kasi hot sket bagi sapa-sapa yang fan giler dengan hand bag berjenama nie...

Wednesday, April 11, 2012

Satay Sri Subang

Tempat makan best di Kuang, Selangor. Teman hari nie, kebetulan ke Tasik Biru. Masa on the way balik tu, singgah kat Sate Sri Subang nie. Kedai nie di tepi jalan je. Banyak juga restoran-restoran tom yam di tepi jalan nie. Berhampiran persimpangan Kuang dan jalan Sungai Buluh - Kuala Selangor. Teman sharekan koordinatenya kat bawah nie ...


3.218819, 101.530914


View Larger Map



Satay Sri Subang

Satay Sri Subang

Kedai nie di buka dari 5.00 ptg hingga 11.00mlm dan ditutup pada hari ahad. Selain dari sate, kedai nie ada juga menjual makanan panas yang lain, tapi yang signiture kat bawah nie. Kalau nak order, boleh call nombor nie.

No telefon Satay Sri Subang

Satay Sri Subang

Untuk first time nie, teman beli bungkus bawak balik je. Lagi pun dah lewat nak makan kat situ. Dah hampir maghrib. Untuk test rasa, teman order 20 cucuk satay, mee bandung 2 bungkus dan rojak sotong. Operasi membakor satay semuanya di lakukan secara manual... Apa lagi, pakai kipas ngan dapur arang laa... Tengok la nie, operasi membakor...

Satay Sri Subang

Satay Sri Subang

Satay Sri Subang

Satay Sri Subang

Satay Sri Subang


Siap ada plak Jalan-jalan Cari Makan TV3 tuh...

Jalan-jalan cari makan

Maaf la, teman terlupa nak snap gambar... Tak tahu la, mungkin agak lapar kot... Anyway, nie adalah komen teman berkenaan makanan yang teman order tadi. 


Mula-mula komen pasal sate. Satenya agak sedap juga, cuma satenya agak hangus dan ada juga yang rentung. Kuahnya, biasa je. So, komen keseluruhan, Sate Sri Subang nie biasa je, boleh la. Kenapa, teman komen macam nie... Mudah jer... Sebab teman pernah rasa sate yang sangat sedap dan teringin sekali nak makannya lagi. Tapi, Sate Sri Subang nie teman tak terfikir pulak nak makan lagi. 

Komen kedua, berkenaan mee bandung. Secara jujurnya, teman tak gemarkannya. Antara bahan atau rencah dalam mee bandung kat sini ialah daging dan sotong kering. Yang buat spoil tu adalah sebab sotong kering. Rasa sotong kering nie telah meresap kedalam keseluruhan rasa mee bandung nie. Kalau kome suka sotong kering, mungkin kome akan suka mee bandung nie. 

Komen ketiga pula berkenaan rojak sotong. Teman tak berapa gemar rojak sotongnya.

Persia Restaurant

Restoran makanan Arab di Kuala Lumpur. 9 March, detik bersejarah dalam hidup teman. Tahun sudah, teman raikannya di sebuah restoran makanan arab di Cyberjaya. Kali ini, menu makanan Iran menjadi pilihan. Untuk tujuan itu, teman check in di Persia Restoran, terletak di The Ampang Walk (AmWalk), Ampang. Di ground floor saja. Berdekatan dengan pintu masuk utama. Bagi sesiapa yang berminat kesini, teman sharekan koordinate GPS seperti dibawah ini.

3.161015,101.72846

Nie view dari dalam Amwalk...



Persia Restaurant, Amwalk


Persia Restaurant, Amwalk

Nie pulak view dari (luar) jalan besar... biasanya di baranda tu, ramai yang duduk lepak sambil hisap shisha. Berkepul-kepul asap di situ menambahkan jerebu :)


Persia Restaurant, Amwalk

Persia Restaurant, Amwalk

Restoran nie menyajikan menu makanan masyarakat Iran dan Parsi. Memang unik makanan di sini. Lain dari yang lain. Teman ada juga berkunjung ke restoran Arab yang lain tapi hati teman tetap di sini. Kira dah jadi tempat special untuk teman. Setiap tahun, mesti teman akan berkunjung disini.

Persia Restaurant

Apa yang best sangat disini? Meh layan buku menu Persia Restorant nie dulu.

Menu - Persia Restorant

Menu - Persia Restorant

Menu - Persia Restorant

Menu - Persia Restorant

Biasa la kan. Sebelum nak order tu, belek-belek menu apa yang ada. Puas layan menu, tanya pulak apa yang "BEST" kat sini. Maksudnya menu signiture laa tu, yang orang selalu order.

Untuk makan hari ini teman di cadangkan untuk order Special Kebab. Special Kebab nie harganya RM60, cukup untuk dua orang makan. Sebenarnya, ini adalah kali kedua teman kesini dan kali kedua juga memilih menu makanan yang sama.

Di Persia Restaurant, Special Kebab dihidangkan bersama nasi, daging dan isi ayam yang di perap bersama perapan istimewa dan di panggang. Turut dipanggang ialah cili dan juga buah tomato. Daging dan isi ayam panggangnya di panggang sempurna. Agak juicy dan tidak kering. Segar dan nikmatnya terasa apabila di makan. Beras yang digunakan pula adalah dari beras yang berkualiti tinggi. Biji berasnya pun panjang-panjang.


Persia Restaurant

Persia Restaurant

Sebelum makan tu, gaulkan nasi bersama butter sehingga rata... lepas tu, barulah nyam-nyam

Persia Restaurant

Sebagai tambahan, teman memesan salad. Disini saladnya terdiri dari potongan timun segar dan buah tomato serta bawang yang potong kiub digaul bersama ramuannya yang tersendiri. Memang sedap bagi mereka yang sukakan salad segar macam nie.


Persia Restaurant

Persia Restaurant

Untuk minuman, temam memilih Lemonademint berharga RM10 segelas. Jus lemonademint ini amat unik. Ketika meminum sebelum makan nasi, ianya terasa agak masam. Tetapi, setelah makan nasi, daging dan ayam panggang, ianya tidak berasa masam. Tetapi rasanya agak unik, disukar digambarkan dengan kata-kata. Nak tau, cubalah sendiri.


Persia Restaurant

Tata hiasan dalaman restoran ini menampilkan seni lukisan Asia Barat. Lakaran Sultan atau Maharaja di Asia Barat menhiasi segenap penjuru dinding restoran ini. Di bawah nie adalah kaunter pembayaran... Simple jer kan...

Persia Restaurant

Yang nie hiasan di penjuru dinding yang berkonsepkan lukisan raja-raja Parsi dahulu... dengan hiasan tembaga...

Persia Restaurant

Persia Restaurant

Persia Restaurant

Persia Restaurant

Yang nie pulak adalah kaunter penyediaan makanan... ianya terbuka dan kalau pengunjung nak tengok pun boleh sahaja...

Persia Restaurant

Persia Restaurant

Ok la... Nie saja entry untuk berkongsi pengalaman makan-makan di Persia Restaurant nie... memang best... memang amat mengenyangkan... dan amat sesuai sekali bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan menu makanan Asia Barat nie. Next time nak datang lagi.