Friday, September 9, 2011

Doa sewaktu bersujud & keistimewaannya

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.


Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."


Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.


"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."


Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.


Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.


Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.


Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-


"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"


Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"


Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"


Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu kiamat) muka umatku akan putih (berseri-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"


KEISTIMEWAANNYA


Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-


"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah swt menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"


Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.


Wassalam.


"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA, Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dengan keIKHLASAN hati."




p/s : sharing is caring

Tinggalkan 24 Perkara Ini

Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. 


Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri. 


  1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S.W.T 
  2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 
  3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan. 
  4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 
  5. Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan) 
  6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan. 
  7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan. 
  8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 
  9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 
  10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya. 
  11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati bolehdatang bila-bila masa. 
  12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. 
  13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim. 
  14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal. 
  15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. 
  16. Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati. 
  17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita. 
  18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T. 
  19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat. 
  20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan. 
  21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin. 
  22. Jangan lupa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama. 
  23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadaNYA. 
  24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S.W.T itu lebih mengetahui. 

p/s: Yang baik itu adalah dari ALLAH S. W. T. dan yang buruk itu dari kesilapan hambaNYA juga

Thursday, September 8, 2011

Mengapa Komunis & Mat Indera dibenci? Kekejaman atau pengkhianat?

Beberapa fakta sejarah berkenaan PKM and Mat Indera dikongsi untuk info bersama...




SERANGAN bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) ke atas Balai Polis Bukit Kepong, 35 kilometer dari Muar, jam 4.30 pagi pada 25 Februari 1950, adalah sangat berkesan dalam sejarah negara.




Serangan itu memperlihatkan kegigihan dan kecekalan anggota polis yang begitu kecil jumlahnya iaitu 20 orang bersama enam Pengawal Kampung (Home Guards) mempertahankan maruah sebuah institusi yang melambangkan keselamatan dan kedaulatan negara dan masyarakat. Mereka memang menjadi sasaran Parti Komunis Malaya yang meletakkan Rejimen 3 dan 4 untuk bergerak dan menguasai Johor. Serangan yang melibatkan 180-200 orang anggota Malayan Races Liberation Army (MRLA), PKM itu telah diketuai oleh Mat Indera.

Dalam serangan itu Sarjan Jamil Mohd Noh, Ketua Balai telah mengetuai anak buahnya untuk mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong, Balai Penghulu dan Berek Kelamin Polis daripada ditawan oleh komunis. Mereka tidak mahu menyerah kalah walaupun dipujuk oleh Mat Indera melalui isteri seorang anggota polis yang dapat ditangkapnya di berek kelamin.



Mereka tidak berganjak daripada lubang-lubang kubu pertahanan mereka walaupun seorang demi seorang anggota polis itu tercedera dan tertewas oleh peluru komunis yang datang seperti hujan menimpa bumi. Mereka berjuang selama enam jam tanpa mengira keselamatan nyawa mereka. Ada juga isteri-isteri polis yang cuba melawan membela kematian suami mereka. Namun, kudrat mereka tidak seberapa. Kekejaman komunis mengatasi segala-galanya. Mereka bukan sahaja membakar kompleks balai polis itu menjadi debu, tetapi sanggup membaling seorang anggota polis yang cedera ke dalam api yang sedang membara. Tiga orang isteri polis juga dihumban ke dalam api tanpa belas kasihan. Ada yang terpaksa berpelukan ketakutan menunggu kematian yang menyeksakan itu. Seorang kanak-kanak juga menjadi mangsa kekejaman komunis. Mereka rentong seperti arang. Hanya Yusof Rono, seorang anggota polis yang cedera parah dapat melepaskan diri untuk meminta bantuan.

Dato Onn Jaafar, Menteri Besar Johor dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri, yang telah melawat kawasan itu menyifatkan pertahanan anggota-anggota Balai Polis itu adalah sebagai sesuatu tindakan yang sangat `determined and heroic'. Seramai 25 orang yang terkorban mempertahankan Balai Polis itu; 19 orang anggota polis dan 6 orang pengawal kampuong. Bagi Mat Indera dan PKM, ini adalah satu kejayaan besar. Mat Indera tidak rasa bersalah walaupun mereka yang dibunuh dan dibakar hidup-hidup adalah sebangsa dan seagama dengannya.


Mat Indera pengkhianat bangsa & agama.


Mengapa Mat Indera berada dalam PKM dan terlibat dalam Peristiwa Bukit Kepong? Jika disusuri sejarah politik negara, PKM telah menjalankan satu dasar Malayan United Front iaitu satu dasar yang telah diputuskan sebelum 1948 lagi. Dalam dasar ini, PKM akan cuba menyebarkan pengaruh dan ideologi komunis kepada semua bangsa di Tanah Melayu. PKM yang ditubuhkan pada 1927/1930, selama ini hanya mendapat sokongan daripada satu bangsa sahaja sedangkan orang India dan Melayu terutamanya tidak ramai menjadi anggotanya.

Untuk mencapai tujuan ini, anggota PKM telah meresap masuk dan menubuhkan kesatuan sekerja, parti-parti politik serta badan-badan masyarakat yang lain. Malah mereka juga menyamar dengan nama orang Melayu dan menggelarkan dirinya sebagai Haji seperti Cheng Nan yang menyamar sebagai Haji Hashim dan bergaul dengan masyarakat Melayu di Pahang. Malah untuk menunjukkan imej kerjasama bangsa itu, Musa Ahmad, seorang kelulusan sekolah agama rakyat telah dilantik sebagai Pengerusi PKM. Beliau kemudian digantikan oleh Abdullah C.D. apabila Musa bermastautin di China . Namun, mereka adalah boneka kerana Chin Peng adalah pemegang dasar PKM.

Mat Indera dan ramai orang Melayu pada masa itu terpengaruh dengan dasar PKM kerana dibakar semangat mereka dengan perasaan anti kolonial dan anti-kuasa Barat. British yang menguasai Persekutuan Tanah Melayu dilihat sebagai penjajah yang mengeksploitasi ekonomi negara. .Manakala Raja-Raja Melayu dan pembesar Melayu yang memimpin UMNO dilihat sebagai penyokong British.

Ini kerana PKM telah gagal untuk mendapat perhatian British selepas Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1948. Sebelum itu PKM telah bekerjasama dengan British untuk menentang pihak Jepun di antara tahun 1942-1945. Ramai anggota Komunis telah diberi penghargaan oleh British. Chin Peng diberi gelaran Sir oleh British.


PKM sokong Malayan Union

PKM juga menyokong rancangan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada April 1946. Ini kerana Malayan Union bersifat kesatuan dan republik serta menjadi tanah jajahan takluk British. Kerakyatan juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang lahir di tanah jajahan takluk British. Rancangan Malayan Union ini dianggap progresif kerana tamadun Melayu yang terbina sejak 1273 atau 1400 dengan Kesultanan Melaka dan kerajaan-kerajaan Melayu yang lain akan terhapus. Seluruh Tanah Melayu akan dikenal sebagai Malayan Union dan diperintah oleh Gabenor yang dilantik oleh Raja England dan Wales . Ketuanan Melayu yang berpaksikan Raja Melayu akan termusnah sama sekali.

Ini dibantah oleh Raja-Raja Melayu & orang Melayu yang bersatu diri mereka dalam Kogres Melayu 1946 yang menubuhkan UMNO. Raja- Raja Melayu & UMNO terpaksa berunding selama 2 tahun sebelum British bersetuju menarik Malayan Union dan menggantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Feb 1948.

Ketika itu , British menolak Perlembagaan Rakyat yang dicadangkan PKM dan sekutunya . Inilah punca mereka berdendam dengan British dan memeranginya pada 1948 . PKM juga menjadikan orang Melayu iaitu Raja-Raja Melayu & UMNO sebagai musuhnya kerana dilihat sebagai penyokong British yang melansungkan pemerintahan.

Melalui Persekutuan Tanah Melayu inilah British memberi semula kuasa pentadbiran negeri kepada Menteri Besar & ketua-ketuan jabatan kerajaan yang dilantik oleh Sultan negeri masing-masing . British hanya berjawatan sebagai Penasihat Bristih sahaja.


Mengapa orang Melayu benci Komunis?

Orang Melayu tolak komunis kerana serik dengan kekejaman yang dilakukan mereka selama 13 hari semasa mengisi kekosongan pemerintahan Tanah Melayu selepas Jepun menyerah kalah . PKR ketika bermaharajelala dan menguasai balai polis serta menunjukkan kekuasaanya.

Komunis ketika itu mempunyai senjata canggih menghukum penduduk kampung yang dikatakan bersubahat dengan Jepun . Ramai Tok Imam , tok guru , dan orang biasa ditangkap dan dibunuh hidup-hidup dengan kejam . Banyak rumah yang dibakar di waktu malam. Lebih memilukan lagi , masjid-masjid juga dicemari dan Al Quran dijadikan pengesat Najis!

Kebangkitan pengganas Komunis di Tanah Melayu telah ditentang hebat pemimpin Melayu seperti Kiyai Salleh dan juga beberapa kumpulan lagi . Begitu juga dengan peranan anggota keselamatan selepas Persekutuan Tanah Melayu hingga lah negara merdeka pada 1957. Ramai anak-anak muda dari kampung sertai Polis , AP , Polis Simpan dan tentera.

Mereka menyahut seruan untuk menjaga keselamatan dan keamanan Persekutuan Tanah Melayu sehingga sanggup menggadai nyawa untuk memburu pengganas komunis di hutan belantara . Menurut sumber , seramai 161,281 orang anggota polis terlibat dalam usaha mengatasi ancaman komunis . Askar Melayu pulak ditubuhkan 3 Batalion dalam darurat 1948 - 1960 bagi menentang jumlah 12,500 pengganas komunis . yang mengangkat senjata.

Jelasnya di sini, PKM dan Mat Indera dilihat hanya mahu menegakkan ideologi komunis mereka dengan menggunakan kekerasan senjata untuk mendapat kuasa politik berbanding pihak tentera & polis bertugas menjaga keamana dan keselamatan.

Dengan kegigihan dan semangat mereka memburu pengganas komunis di hutan, maka ancaman pengganas dan pengkhianat negara ini dapat diatasi. Kedaulatan dan kemerdekaan negara dipertahankan.

Adakah anggota tentera & polis yang pertahankan keamanan negara dianggap pembelot bangsa ? Adakah patut Mat Indera dianggap pejuang apabila sanggup bersekongkol dengan komunis dengan membiarkan bangsanya dan agamanya dimusnahkan?


Fikir-fikir dan renung-renungkan lah...