Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.
Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.
- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S.W.T
- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)
- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.
- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.
- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati bolehdatang bila-bila masa.
- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.
- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.
- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
- Jangan lupa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadaNYA.
- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S.W.T itu lebih mengetahui.
p/s: Yang baik itu adalah dari ALLAH S. W. T. dan yang buruk itu dari kesilapan hambaNYA juga
No comments :
Post a Comment
Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...