Sunday, July 29, 2018

Kuliah : Hebatnya doa duduk antara dua sujud

Kita solat 5 waktu sehari semalam. Tapi, adakah kita memahami doa yang kita baca semasa solat?

Ketika  orang ditanya : “Doa apakah yang  paling  kerap  dibaca oleh orang islam ?”

Banyak  yang  menjawabnya dengan salah. Begitu kerap doa itu dibaca,  hingga ketika sedang membaca doa tersebut, banyak antara kita yang tak merasa  sedang membaca DOA tersebut.

Padahal  doa itu sangatlah hebat, merangkumi  keperluan kita di dunia dan akhirat. Dan dibaca minimum 17 kali setiap hari.


Gambar ehsan Google.

Doa itu, ialah doa diantara dua sujud, marilah kita hayati dan fahami maknanya :

ROBBIGHFIRLII
Wahai Tuhan ampunilah dosaku, dosa adalah beban, yang menyebabkan kita berat melangkah menuju keredhaan اللّهُ. Dosa  adalah  kotoran hati yang membuat hati gelap,  sehingga hati kita merasa berat sekali untuk melakukan kebaikan.

WARRHAMNII
Sayangilah diriku, kalau kita disayang اللّه hidup akan terasa tenang, karana dengan kasih sayang-Nya akan dapat dicapai semua cita-cita. Dengan kasih sayang اللّه nafsu kita akan terbimbing dan terdidik.

WAJBURNII
Tutup lah  segala  kekuranganku, banyak sekali kekurangan kita, kurang syukur, kurang sabar, kurang menerima kenyataan, mudah marah, pendendam  dan  lainnya. Kalau kekurangan kita ditutup/diperbaiki اللّه maka  kita  akan  menjadi  manusia sebenarnya.

WARFA'NII
Tinggikanlah darjatku, kalau اللّه sudah  meninggikan darjat kita, maka pasti tidak ada  manusia atau makhluk yang boleh menghinakan kita.

WARZUQNII
Berikanlah  aku  rezki, sebagai hamba اللّه kita  memerlukan rezki, اللّه mampu mendatangkan rezki dari jalan yang tak disangka dan tidak ternilai banyaknya.

WAHDINII
Berikanlah  aku petunjuk/bimbinglah aku  ke jalan yang benar. Kita bukan hanya minta petunjuk/hidayah yang berkaitan dengan agama. Tetapi kita juga  minta  petunjuk  agar terhindar dari  mengambil  keputusan  yang di anggap salah.

WA'AAFINII
Berikan lah  aku  kesihatan,  apabila kita sihat, kita dapat menambah kebaikan dan manfaat serta kita tidak menjadi beban kepada orang lain.

WA'FUANNII
Aku mohon agar kesalahanku dihapus dari catatan.

Dari doa tersebut Dimulakan dan Diakhiri dengan mohon keampunan dari الله sehingga kita benar-benar bersih dari dosa.

Allah SWT memerintahkan kita untuk membaca doa tersebut, Rasulullah  SAW mencontohkan  kepada kita, menurut logiknya  doa tersebut pasti terkabul dan diterima oleh Allah SWT.

Terkadang  yang menjadi persoalan, dimana  hati dan fikiran kita, ketika kita membaca doa itu dan kita tidak hafal arti serta maknanya.

Padahal  doa tersebut sangat hebat, dan masih banyak orang sering terburu-buru yang  sepatutnya perlu tuma'ninah dengan  menghayati  benar-benar meminta kepada Allah SWT.

Jika perkongsian ini baik, panjang-panjangkan lah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Saturday, July 28, 2018

Kuliah : Hukum Sujud Sahwi

Entry hari ini, teman hendak kongsikan berkenaan sujud sahwi. Sahwi bererti lupa. Menurut Imam merangkap Penolong Pengarah Pembinaan Sakhsiah Masjid Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sujud sahwi ini dilakukan adalah untuk menampung beberapa jenis kesalahan yang dibuat ketika solat akibat lalai atau terlupa. Antara kesalahannya adalah terlupa melakukan salah satu sunat ab’adh, iaitu tahiyat awal dan doa qunut.


Hal ini adalah berdasarkan hadis daripada al-Mughirah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang kamu berdiri sesudah dua rakaat tetapi ia belum sampai sempurna berdiri, maka hendaklah ia duduk kembali (untuk tasyahud pertama) tetapi jika ia sudah berdiri dengan sempurna, maka jangan ia duduk kembali dan hendaklah ia sujud dua kali (Sujud Sahwi)”. (Riwayat Ahmad)

Sujud Sahwi
Gambar ehsan Google.



Selain itu, ia juga dianjurkan sekiranya kita berasa ragu-ragu terhadap bilangan rakaat. 



Dari Abu Sa’id al-Khudri RA, di mana Rasulullah SAW bersabda:




إِذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِـيْ صَلاَتِهِ فَلَمْ يَدْرِ كَمْ صَلَّى؟ ثَلاَثًا أَوْ أَرْبَعًـا؟ فَلْيَطْرَحِ الشَّكَّ وَلْيَبْنِ عَلَى مَـا اسْتَيْقَنَ ثُمَّ يَسْجُدُ سَجْدَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ. فَإِنْ كَـانَ صَلَّى خَمْسًا شَفِعْنَ لَهُ صَلاَتُهُ، وَإِنْ كَانَ صَلَّى إِتْمَامًا ِلأَرْبَعٍ كَانَتَا تَرْغِيْمًا لِلشَّيْطَانِ.




“Jika salah seorang di antara kamu ragu dalam solatnya sehingga dia tidak tahu berapa rakaat yang telah dia lakukan, tiga rakaat atau empat rakaat. Maka hendaklah ia tepis keraguan itu dan ikutilah yang dia yakini. Setelah itu, hendaklah dia sujud dua kali sebelum salam. Jika ternyata dia mengerjakan lima rakaat, maka dia telah melengkapkan solatnya. Namun, jika dia mengerjakan empat rakaat, maka dua sujud tadi adalah penghinaan bagi syaitan.” (Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i RA)



Sujud sahwi hukumnya adalah sunat. Ini bermakna, tidaklah batal solat seseorang jika tidak dilakukan.




CARA SUJUD SAHWI YANG LENGKAP
Walaupun hukumnya sunat, eloklah kita melakukannya apabila perlu. Ini kerana, cara sujud sahwi sebenarnya amat mudah, iaitu seperti berikut:



1. NIAT
Sujud sahwi perlu diniat terlebih dahulu pada penghujung rakaat terakhir. Sesudah tahiyat akhir, sebelum memberi salam, takbir dan sujud dengan lafaz sujud sahwi.



2. SUJUD
Lafaz ini dibacakan 3 kali dalam sujud sahwi:

سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَيَسْهُوْ

Maksudnya: Maha suci Allah, zat yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa




3. DUDUK ANTARA DUA SUJUD
Selepas membaca lafaz tersebut, bangun daripada sujud dan duduk dalam posisi di antara dua sujud, sama seperti yang biasa kita lakukan dalam solat. Bacaan juga sama seperti duduk antara dua sujud.



4. SUJUD SEKALI LAGI
Sesudah itu duduk kembali pada posisi duduk di antara dua sujud dan lakukan sujud sahwi sekali lagi. Kemudian duduk dalam keadaan tahiyat akhir dan beri salam seperti biasa (tak perlu mengulang bacaan tahiyat akhir sekali lagi).




BAGAIMANA KALAU TERTINGGAL PERBUATAN YANG TERMASUK DALAM RUKUN SOLAT?
Setakat ini, kita dijelaskan bahawa kita digalakkan melakukan sujud sahwi apabila kita terlupa sesuatu perbuatan sunat ab’adh, iaitu doa qunut atau tahiyat awal yang tidak termasuk dalam 13 rukun solat.



Jadi, apakah yang sepatutnya kita lakukan jika kita terlupa melakukan perkara yang termasuk dalam rukun (contohnya membaca al-fatihah atau rukuk)?



Menurut kuliah ini, kita tidak boleh menggantikan perkara yang tertinggal tadi dengan sujud sahwi semata-mata. Contohnya, kita terlupa membaca al-fatihah pada rakaat ketiga dalam solat maghrib. Maka, kita perlu membaca al-fatihah yang tertinggal tadi dengan cara mengulang rakaat ketiga secara keseluruhannya (kerana rakaat ketiga tadi tidak dikira sempurna). Sebelum mengakhiri solat, barulah kita melakukan sujud sahwi.




HIKMAH SUJUD SAHWI
Sujud sahwi sangat dituntut untuk membaiki solat kita yang cela. Allah yang Maha Penyayang masih boleh menerima ibadah kita walaupun ada cacat celanya.



Segala amalan yang dituntut dalam Islam pasti ada hikmahnya. Dalam perihal sujud sahwi, kita sebagai hamba banyak kekurangannya. Maka, Rasulullah SAW mengajar kita cara sujud sahwi sebagai salah satu cara menutup kekurangan kita.



Kita sebagai hamba perlu segera memohon keampunan kepada Allah jika khilaf. Hanya kepada Allah tempat kita bersujud dan memohon keampunan atas kealpaan kita.



Semoga amal ibadat kita diterima oleh Allah.


Wednesday, July 25, 2018

Wordless : Hospital Slim River

Teman disini menemani ayahanda tercinta. Hospital nie banyak jasanya kepada masyarakat sekitar Muallim nie.


Thursday, July 19, 2018

Petua : Untuk menghilangkan bau durian dalam kereta

Durian adalah raja segala buah. Sekarang nie musim durian. Di tepi jalan, banyak gerai dibuka untuk menjual buah durian. Teman nie memang gemar sangat makan buah durian. Tapi, teman tak beli buah durian. Teman pegi kutip kat dusun tu. Maklum la, teman kan selalu balik kampung ziarah ayah dan ibu teman. Dusun buah-buahan kat depan rumah je. Itu yang best sangat. Pagi-pagi sebelum breakfast, pekena dulu durian barang sebiji dua...😊.

Nie habuan untuk teman bawa balik durian untuk bekalan sehari dua. Apa macam? Kalau bawak dalam kereta banyak macam nie, mau ada yang pitam tak tahan dengan bau durian yang pelbagai spesis nie...

Durian

Jangan pulak kome bawak durian macam dalam video yang kawan-kawan teman kongsikan kat highway hari tu. Lawak benor laa... Lucu... kikikikiki...😂😂😂😂😂 dah rupe mister Bean la pulak....



Ok, dalam entry nie teman nak kongsikan satu petua atau cara macam mana nak hilangkan bau durian dalam kereta. Mudah je caranya. Teman kalau drive, memang selalu ON Air Cond dan cermin kereta memang selalu tertutup rapat. Masa kome nak bawa buah durian tu, letakkan sekali serumpun daun pandan. Bergantung lah banyak mana durian yang kome nak bawak tu. Macam teman nie, untuk dua troli buah durian tu, teman letakkan serumpun pokok pandan kat atas buah durian tu. Memang berkesan. Tak ada bau buah durian. Biarkan daun pandan tu dalam kereta sehari dua. Kereta kome tu pasti akan berbau segar.

Jadi selesa sangat la kalau nak mengangkut durian dari Tanjung Malim bawa balik ke Sungai Buluh. Cuba lah petua nie, kome pasti tidak menyesal😁😊😊.


Wednesday, July 18, 2018

Wordless : Jalan Subang

Selalu je menguna jalan nie. Tapi hari nie baru tau, nama jalan nie jalan Subang. Jalan Subang nie adalah laluan di antara Politeknik Shah Alam dan Stadium Shah Alam, yang menghubungkan Shah Alam dan lebuhraya Guthrie.

Jalan Subang

Wednesday, July 11, 2018

Wordless : Cahaya SPK

Kadang-kadang bila tersangkut dalam kesesakkan lalu lintas di Jalan Persiaran Mokhtar dahari nie, mula la boring, tak tau nak buat apa... Dah hobi teman suka mabil gambar, teman snap la gambar nie...

Cahaya SPK



Tuesday, July 10, 2018

Cakap untuk menaip WhatsApp message - Android

Sebelum ini, hanya penguna platform iOS versi terkini saja yang dapat menikmati function nie. Kini, penguna Android juga dapat menikmati fungsi WhatsApp dengan menghantar message tanpa perlu menaip.

Untuk mengguna features ini pengguna Android perlu mengikut langkah-langkah yang ditunjukkan dalam perkongsian video dibawah;





Sunday, July 8, 2018

Kuliah : Amalan-amalan kepada kunci-kunci rezeki

Teman sekadar untuk memanjangkan perkongsian info ini. Pernah juga teman kongsikan berkenaan rezeki dalam entry-entry sebelum nie.

Berikut adalah kunci-kunci rezeki yang boleh kita jadikan amalan seharian;

  1. Istighfar
  2. Takwa
  3. Tawakkal
  4. Silaturahim
  5. Berinfak
  6. Menafkahi penuntut agama
  7. Berbuat baik kepada orang miskin dan lemah
  8. Mensyukuri nikmat
  9. Bekerja mencari rezeki dengan qo’naah
  10. Mencari rezeki dengan jalan yang halal



Saturday, July 7, 2018

Kuliah : Tegur salah, tak tegur pun salah

Orang sekarang kalau kita tegur atau nasihat, terus melenting... Dimarahnya pula orang yg menegur "Suka hati aku lah nak buat apa, dosa aku sendiri yang tanggung!"... Ikut aku la nak buat apa, kubur masing-masing...


Lebih parah kalau dibiarkan atau disokongnya lagi orang yang membuat kemungkaran tersebut...

Astaghfirullah hal 'azim






Wednesday, July 4, 2018

Wordless : Terung pipit

Dulu kat kampung, ada la tanam pokok terung pipit nie. Tapi, teman tak pernah pulak cuba makan terung pipit nie... Betul ke harga pasaran terung pipit nie RM 10.99 sekilo... Rasa nak bukak ladang Terung Pipit la pulak...

Terung Pipit


Sunday, July 1, 2018

Kuliah : Persoalan puasa enam dan qadha puasa di bulan Syawal

Puasa enam ialah puasa sunat yang dikerjakan seba­nyak enam hari dalam bulan Syawal. Ia lebih afdal di­kerjakan secara berturut-turut di awal bulan Syawal ia­itu bermula dari 2 Syawal. Bagaimanapun, ia boleh juga di­kerjakan secara berselang-seli sepanjang Syawal.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun.” (Riwayat Muslim)


Manakala, puasa qadha adalah puasa yang di lakukan untuk mengantikan puasa wajib di bulan Ramadhan. Qadha puasa boleh di lakukan sepanjang tahun dan perlu membayar fidyah jika gagal mengantikan dalam satu tahun hijrah tersebut.

Persoalan timbul jika mengqadha puasa dalam bulan syawal. Berikut adalah pendapat ulama.

Hukum qadha puasa

Perkongsian dari FB Mufti Wilayah