Durian adalah raja segala buah. Sekarang nie musim durian. Di tepi jalan, banyak gerai dibuka untuk menjual buah durian. Teman nie memang gemar sangat makan buah durian. Tapi, teman tak beli buah durian. Teman pegi kutip kat dusun tu. Maklum la, teman kan selalu balik kampung ziarah ayah dan ibu teman. Dusun buah-buahan kat depan rumah je. Itu yang best sangat. Pagi-pagi sebelum breakfast, pekena dulu durian barang sebiji dua...๐.
Nie habuan untuk teman bawa balik durian untuk bekalan sehari dua. Apa macam? Kalau bawak dalam kereta banyak macam nie, mau ada yang pitam tak tahan dengan bau durian yang pelbagai spesis nie...
Jangan pulak kome bawak durian macam dalam video yang kawan-kawan teman kongsikan kat highway hari tu. Lawak benor laa... Lucu... kikikikiki...๐๐๐๐๐ dah rupe mister Bean la pulak....
Ok, dalam entry nie teman nak kongsikan satu petua atau cara macam mana nak hilangkan bau durian dalam kereta. Mudah je caranya. Teman kalau drive, memang selalu ON Air Cond dan cermin kereta memang selalu tertutup rapat. Masa kome nak bawa buah durian tu, letakkan sekali serumpun daun pandan. Bergantung lah banyak mana durian yang kome nak bawak tu. Macam teman nie, untuk dua troli buah durian tu, teman letakkan serumpun pokok pandan kat atas buah durian tu. Memang berkesan. Tak ada bau buah durian. Biarkan daun pandan tu dalam kereta sehari dua. Kereta kome tu pasti akan berbau segar.
Jadi selesa sangat la kalau nak mengangkut durian dari Tanjung Malim bawa balik ke Sungai Buluh. Cuba lah petua nie, kome pasti tidak menyesal๐๐๐.
Oh..guna daun pandan..ada orang ckp letak roti beberapa keping..ada plak cakap letak arang beberapa buku..ada cakap letak tangkai durian kat tempat ekon..hehehe...
ReplyDeleteada jugak yg kata letak tangkai durian kat dlm lubang hidung.. hahahhaa
ReplyDeleteada yg kata letak roti beberapa keping..
ReplyDeleteahahah ok lawak. tapi takut berlaga2 tu calar2 or putus plak. hehe..
ReplyDelete