Tuesday, October 10, 2017

Kome tau tak tong gas untuk memasak itu pun ada tarikh luput?

Jom baca sebagai perkongsian bersama. Kejadian kebakaran akibat tong gas bocor dan meletup sering berlaku. Malang tidak berbau tetapi kita boleh elakkan kejadian ini dengan memastikan tong gas yang dibeli selamat digunakan.

Tong Gas

Untuk memeriksa tong gas, lihat di salah satu sisi selinder gas yang mana tarikh luput akan dikodkan secara alpha-numerical,

Contohnya D-17. Huruf A, B, C atau D bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun.

A untuk March (Suku pertama)
B untuk Jun (Suku kedua)
C untuk September (Suku ketiga)
D untuk December (Suku keempat)

Digit dibelakang huruf itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa tong gas itu selamat digunakan. Jadi D 17 bermaksud tong gas itu selamat digunakan sehingga December 2017 sahaja.

Tong Gas

Langkah kecil ini boleh memastikan keselamatan jiwa keluarga tersayang. C21 tu ,tong gas tu masih selamat diguna sehingga bulan jun tahun 2021.

2 comments :

  1. pernah beli tong gas, bila pasang terus keluar bunyi gas...ingatkan kepala rosak..tukar kepala baru..rupa²nya mmg tmpt saluran tu rosak.....

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...