Thursday, February 6, 2014

Petua : Untuk menghilangkan kedutan diwajah atau di bahagian mata

Penampilan wajah merupakan asset terpenting kebanyakkan orang. Betul tak statement nie? Manakan tidak, sebelum keluar rumah, mesti belek wajah di cermin. Sebelum keluar kereta pun ada jugak yang sempat membelek wajah mereka di cermin. Kalau pergi toilet pulak, sebelum keluar mesti tengok cermin dulu, betul-betulkan rambut dan sebagainya.


Sebab itu ada yang sangat risau bila kedutan muncul di wajah. Nak buat macam manakan, setiap orang pasti akan meningkat usia mereka. Bila usia meningkat, pasti akan ada perubahan berlaku pada diri. Disini teman nak kongsikan kompilasi petua untuk masalah kedutan di wajah. Cegah sebelum parah, maksudnya kalau wajah dah berkedut tu, tak dapek la teman nak membantunya... :)

Teman kongsikan beberapa pilihan untuk kome amalkan.



Pilihan 1: Minyak Kelapa - Urut wajah anda dengan minyak kelapa sebelum tidur. Cara ini terbukti cukup efektif untuk mencegah timbulnya kedutan.





Pilihan 2: Krim Campuran - Buat krim campuran yang terbuat dari madu, minyak zaitun dan krim, lalu sapukan ke wajah anda. Ia dipercayai efektif untuk menghilangkan kedutan di wajah.

Pilihan 3: Lemon - Sapukan sari jeruk lemon ke kulit wajah beberapa kali sehari. Selain menghilangkan kedutan, ia juga dapat membantu menghilangkan bintik hitam di wajah.


Pilihan 4: Nanas - Haluskan nanas kemudian sapukan pada wajah anda. Biarkan selama 5 - 10 minit. Cara ini dapat membantu mengatasi kedutan yang mengganggu penampilan.



Pilihan 5: Tepung Kunyit - Buat pasta dengan mencampurkan tepung kunyit dan air tebu. Kemudian sapukan pada wajah anda. Cara ini dapat membantu mencegah munculnya kedutan di wajah.



Pilihan 6: Jus Campuran - Sapukan jus campuran nanas hijau dan epal ke wajah anda setiap hari. Cara ini boleh membersihkan muka dari garis-garis halus dan kedutan.

Gambar ehsan Google.

Selamat mencuba ye.

Klik disini untuk membaca rahsia menegangkan kulit.

4 comments :

  1. petua no 1 tu nampak macam mudah kalau nak buat..tinggal beli minyak kelapa jer..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. bagus²....cuma nak buat antara rajin dengan tak...padahal bahan yg semulajadi dan semudah ABC je pun...tapi beli juga krim malam....hehehhe

    ReplyDelete
  3. Boleh nak cuba juga. nak hilangkan kedutan juga.

    ReplyDelete
  4. Petua yang berguna untuk di kongsi. Terima kasih.

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...