Monday, December 22, 2014

Tips tangani ego lelaki

Macam mana nak atasi atasi lelaki ego? Lelaki saja ke yang ego? Sebenarnya, perempuan pun ada ego juga. Ego nie apa benda? Kalau ikut kamus dewan bahasa ego nie membawa maksud sifat-sifat seseorang sebagai individu (kelakuannya, keupayaannya berfikir dan sebagainya); keperibadian. Ego juga boleh di takrifkan sebagai perasaan mementingkan diri atau menganggap diri sendiri lebih (mulia, istimewa) daripada orang lain. Dengan kata mudah ego adalah perasaan megah akan diri sendiri. Dia tidak mengaku bersalah kerana egonya terlalu tinggi.


Gambar ehsan Google.

Ego dan lelaki seakan tidak dapat dipisahkan. Ia adalah normal bagi setiap lelaki dan pastinya bukan sifat diri yang sengaja dibuat-buat kerana memang tertanam dalam diri mereka.

Namun begitu, tidak perlu takut untuk berdepan lelaki yang ego kerana ia tidak bermakna semuanya negatif. Kebanyakkan lelaki rasional dan bijak mengendalikan ego masing-masing. Dalam entry nie, teman akan kongsikan beberapa tip cara terbaik untuk berdepan dengan ego lelaki.

Mendengar
Lelaki amat gemar apabila wanita mahu mendengar apa yang mereka mahu katakan. Ia berkemungkinan kerana nalurinya sebagai pemimpin yang sebati dengan jiwa. Tetapi lelaki juga manusia biasa. Apa yang mereka katakan tidak semestinya sentiasa betul. Sekiranya anda tak setuju dengan mereka, beritahulah dengan lembut untuk menjaga ego mereka.


Rasa bijak
Seorang lelaki amat mementingkan kehormatan atau pun maruah mereka. Sekiranya anda merasakan pendapat yang mereka berikan tidak masuk akal, jangan berikan kenyataan sehingga mereka menganggap mereka tidak bijak. Ia akan memburukkan lagi keadaan kerana mereka akan cuba mempertahankan walaupun mereka sedar mereka salah.


Jadi hero
Tidak dinafikan setiap lelaki di dunia ini amat mengharapkan untuk menjadi hero kepada seseorang wanita. Buatkan lelaki merasakan mereka adalah penyelamat anda. Sekiranya anda mempunyai masalah dan tahu bahawa pasangan anda mungkin tidak dapat membantu, jangan sesekali cuba untuk menyembunyikannya. Sekurang-kurangnya tanyalah juga pendapat mereka.


Berikan pujian
Pujian yang sederhana mampu mengurangkan keegoan seorang lelaki. Bukan wanita sahaja yang gemarkan pujian tetapi lelaki juga. Sekiranya mereka berusaha melakukan sesuatu untuk anda, berilah mereka pujian. Ia akan membuatkan mereka merasakan anda betul-betul menghormatikan mereka.


Jaga diri
Tahukah anda bahawa keegoan lelaki akan menurun sekiranya mereka melihat sesuatu yang cantik? Sekiranya anda dalam perselisihan faham dengan pasangan, pastikan pada waktu perbincangan anda berada dalam keadaan yang cantik. Ini kerana dari segi psikilogi, sekiranya anda berada dalam keadaan yang tidak terurus atau sebagainya, ia akan menaikkan lagi kemarahan pasangan anda. Berhiaslah secantik-cantiknya untuk tatapan si suami.


Sentiasa betul
Memang agak sukar untuk mengurangkan ego seseorang lelaki. Anda perlu bijak untuk membuat mereka merasakan mereka betul walaupun sebenarnya mereka salah. Gunakan kretiviti anda untuk melakukannya. Cuba elak daripada memberi bantahan secara terus kerana ia pasti secara terang menunjukkan mereka salah. Cuba berikan penjelasan secara kiasan supaya mereka tidak sedar anda membantah apa yang mereka nyatakan. Biarkan mereka sendiri yang memikirkannya.

1 comment :

  1. Ego lelaki yang paling obvious bilamana dia merasakan dirinya kacak dan pompuannya kurang cantik. Begitulah sebaliknya pulak bagi pompuan.

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...