Hujan agak lebat juga petang Jumaat 28 November, 2014 lepas. Klik kat sini kalau nak baca entry wordless tu. Setibanya di Subang dari Federal Highway, sebelum projek LRT yang sedang rancak dalam pembinaan tu. Teman toleh kiri, terpandang empat ekor angsa yang tiba-tiba muncul dari kawasan hutan kecil tu jalan beratur entah nak kemana pun teman tak pasti. Mungkin nak balik ke sarang dia kot :)
Hehehe... gambar tak berapa nak clear... maklum la, shoot sambil drive... bahaya betul...
Kalau kat kampung, biasanya angsa nie akan balik ke rebannya semula untuk tidur... tapi angsa-angsa nie nak ke mana agaknya ye... mmm... seronok bila tengok angsa nie berkeliaran di bandar besar... terkenang pula teman semasa di Amsterdam dulu, angsa jenis Swan tu bebas berenang dalam sungai tu. Seronok tengok haiwan-haiwan nie bebas.
situasi yg susah nak jumpe ni kan... angsa oh angsa camne ko leh sampai situ? heeeee~nak gak snap tuu walaupun tgh drive, bahya, jgn amalkan tau!
ReplyDeletejarang nampak angsa dalam bandar...mesti sapa² yg nampak angsa ni pelik..dari mana datangnya angsa ni dan nak kemana..
ReplyDeletesaya seram sikit dengan angsa ni
ReplyDeletedia jenis mematuk orang jugak kan ^_^