Hari apa yang baik untuk potong kuku? Mari kita cuba amalkan, apa yang kita tahu, nanti kita
akan dapat banyak lagi ilmu apa yang kita tak tahu.
Rasanya ramai dah tahu (dalam kitab ada dijelaskan), tapi
elokkah jika kita selalu saling ingat-mengingatkan untuk kebaikan bersama.
Barang siapa yang mengerat kukunya pada:
Hari Sabtu - Keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya
penyakit.
Hari Ahad - Keluar kekayaan masuk kemiskinan.
Hari Isnin - Keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa - Keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu - Keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya
kepapaan
Hari Khamis - Keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya
sembuh dari penyakit
Hari Jumaat - Keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada
hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah s.w.t
Kesimpulannya hari yang baik untuk memotong kuku ialah
Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain
daripada hari-hari tersebut banyak mudaratnya !! Sebab itu orang tua-tua selalu berpesan dan
mengingatkan, Patutlah generasi sekarang banyak berpenyakit dan banyak masalah, Kita sudah tidak mahu ikut panduan dan nasihat yang baik, Semuanya dianggap kebetulan, Mana ada sesuatu itu Allah jadikan secara kebetulan, Kita yang selalu
menganggap sesuatu perkara itu adalah kebetulan. Hakikatnya tiada sesuatu itu
berlaku secara kebetulan. Ia berlaku atas sebab musabab yang sudah ditentukan
yang juga atas keizinan Allah s.w.t sama ada perkara yang baik mau pun yang buruk.
Tahu je pasal ni tapi selalu pakai balun je potong kuku hari ape. :D
ReplyDeletehari ini ari Isnin, jom potong kuku....
ReplyDelete